Wednesday, June 4, 2014

Perpindahan Yang Tidak Dijangka

Asalamuallaikum Semua..

Berkuatkuasa 1 Jun 2014 aku tidak lagi bertugas di Unit Projek Rekabentuk II, maka dengan itu aku telah ditukarkan ke Unit Penyelenggaraan, Infrastruktur Dan Kerja Khas di pejabat yang sama iaitu di Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor. Memo arahan Penempatan Baru bertarikh 27 Mei 2014 aku patuhi dengan senang hati..

Ucapan ribuan terima kasih aku ingin ucapkan kepada Seluruh warga Unit Projek Rekabentuk II yang dikepalai oleh Ir. Rozni Azwar Bin Mohamed atas segala tunjuk ajar sepanjang hampir 6 tahun berada dibawah seliaan beliau. Kepercayaan yang beliau berikan kepada aku sangat membantu untuk aku terus berkhidmat dengan lebih cekap.

6 tahun berada di Unit Projek Rekabentuk II memberikan aku banyak pengalaman berharga, suka dan duka bergelar Juruteknik Elektrik tidak perhan aku lupakan.. Dikesempatan ini juga aku ingin memoham kemaafan daripada semua yang pernah terlibat dan bekerja dengan aku seandainya aku pernah mengasari, menyakiti, menguris hati dan perasaan kalian semua.. Aku tahu aku cukup tegas dalam beberapa perkara, namun itu semua atas dasar tanggungjawab yang telah aku pikul..

Meja Kerja Di Unit Projek Rekabentu II Sebelum Berpindah


Tekat aku, tidak akan ada lagi gelaran buat aku seperti "TAIKO JKR ELEKTRIK" selepas ini.. Aku tahu ada segelintir kontraktor dan pelanggn diluar sana yang menggelarkan aku sedemikian rupa kerana sikap tegas aku.. Sebenarnya rakan dari HQ yang menyampaikan perkhabaran itu, dan aku tahu siapa Orang HQ yang mengelarkan aku sedekian rupa.. Tapi biarlah rahsia..

Perpindahan secara rasmi ke Unit baru adalah hari ini, seawal pukul 8 pagi aku sudah mmengemas meja lama aku dan bersiap-siap untuk ke meja baru.. selepas 3 jam barulah aku siap mengemas di ruangan baru aku.. Selamat datang ke ruangan baru buat aku.. Dari tengah-tengah bangunan aku beralih ke sebelah kanan bangunan..

Meja Kerja Di Unit Penyelenggaraan, Infrastruktur Dan Kerja Khas..
Hari ini 5 Jun 2014 Khamis, hari paling sibuk buat aku kerana aku terpaksa mengangkut segala keperluan untuk berpindah maka dengan itu, hari ini juga merupakan hari pertama aku berada di Unit baru dibawah seliaan En Nor Hashim Bin Kamin.. Ucapan ribuan terima kasih juga untuk rakan dari Unit baru yang membantu memunggah barang2 dari unit lama aku. Semoga perpindahan ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kelancaran kerja di Unit baru..

Aku sememangnya masih kurang pengalaman dalam mengendalikan kerja penyelenggaraan kerana sejak melapor diri sebagai Juruteknik Elektri pada tahun 2005 dulu aku terus berada di bawah Unit Projek.. Sebagai warga baru aku kena belajar semula daripada A hingga Z hal-hal berkaitan kerja penyelenggaraan.

Harapan aku semoga rakan-rakan di Unit baru ini dapat memberi tunjuk ajar dan membantu aku supaya aku tidak tersesat jauh..

Salam Perpisahan untuk Unit Projek Rekabentuk II dan Salam Pertemuan  buat Unit Penyelenggaraan, Infrastruktur Dan Kerja Khas..

Semoga Maju Jaya..

"DO WHAT YOU LOVE & LOVE WHAT YOU DO"

No comments:

Post a Comment