Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.
Dianggarkan 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi melompat menggunakan tali skip dalam tempoh 10 minit, manakala 1000 kalori boleh terbakar jika melakukannya dalam tempoh satu jam.
Senaman tali skip ini mampu membaiki sistem kordiovaskular, memberikan stamina, fleksibaliti dan membina koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.
Ia juga senaman yang berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporrosis.
Beberapa tips ketika melakukan senaman menggunakan tali skip.
- Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman melompat menggunakan tali skip
- Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan atau mendapatkan ukuran yang sesuai dengan ketinggian anda.
- Cuba untuk melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter
- Mendengar muzik sambil melompat juga sesuatu yang baik
- Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat
- Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.
- Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula
- Lakukan aktiviti regangan penyejukan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.
Apa tunggu lagi, segeralah melompat tali skipping..
No comments:
Post a Comment