Sunday, June 1, 2014

Tubuh Seksi Idaman Jejaka..

Asalamuallaikum dan Selamat Pagi..

Salam Cergas Semua..

Memulakan bulan Jun dengan semangat baru, selepas beberapa bulan lepas aku banyak tertinggal sesi Workout. Mungkin disebabkan aku terlalu sibuk dengan rutin hidup harian aku. Janggal rasanya kalau sehari aku tidak bersenam. Demi untuk menjaga kesihatan dan pada masa yang sama aku boleh berasa lebih cergas.

Menjadi kegilaan wanita zaman sekarang mencari lelaki yang bertubuh sasa atau pada pandangan wanita seksi. Aku juga ingin menjadi sebahagian daripada lelaki yang bertubuh sasa. Tapi tujuan utama aku adalah untuk memastikan aku sihat dengan melakukan senaman yang aku suka.

Aku pilih untuk bersenam menggunakan Dumbbell dan Barbell. Sesuai dengan sifat lelaki yang sukakan kerja-kerja berat. Aku tidak pergi ke GYM seperti kebanyakan lelaki lain yang mana pada aku mereka punya matlamat lain selain menjaga kesihatan iaitu membina otot.

Aku berangan-angan untuk mengadakan satu set Home GYM, Insya Allah kalau ada rezeki aku akan dapat capai impian aku itu. Dengan peralatan yg aku ada sekarang sudah cukup membantu untuk aku dapatkan potongan badan yang menjadi kegilaan para wanita terutamanya gadis muda sekarang ni.. hahaha


Dengan peralatan yang canggih tanpa usaha yang gigih tidak akan membuahkan hasil. Waktu paling sesuai untuk aku bersenam adalah sikitar 9 malam hingga 12 tgh malam. Maklumlah aku punya dua orang anak lelaki dan seorang isteri, mereka juga perlukan masa bersama aku. Dari pukul 6 petang hingga 9 @ 10 malam adalah masa aku untuk keluarga. Atas sebab itu jugalah aku memilih untuk bersenam di rumah.

Seperti kebanyakan ahli bina badan yang ada di alam semesta ni, mereka ada makanan tambahan untuk membantu proses pembentukan otot, aku juga tidak ketinggalan. Makanan tambahan aku sedikit unik berbanding orang lain. Makanan tambahan yg aku pilih adalah terdiri daipada Shaklee Vivix, Shaklee Cinch Shake Cafe Latte, MusclePharm Combat Powder, Grenade dan Grenada AT4.

Makanan Tambahan yang aku makan tidak terhad kepada 1 jenama sahaja, kenapa..?

Kenapa Shaklee Vivix...? 

Antara sebab kenapa adalah  Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Cinch Shake Cafe Latte kerana ia adalah merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dlm mengekalkan otot perlu semasa menurunkan berat badan. 
  1. Diperkaya dgn Leucine bagi mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan 
  2. Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas 
  3. Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
Antara lain adalah...,

  1. MusclePharm Combat Powder kerana ianya adalah Powerful Protein Sources, 
  2. Grenade adalah untuk menyokong kadar metabolik dan tahap selera makan yang secara semulajadi bagi menyokong metabolisme lemak dan pengurusan berat badan.
  3. Grenada AT4 adalah dirumus untuk support the body's hormonal axis.




Aku pilih untuk kekal dengan potongan badan aku sekarang. Kerana itu aku perlu kerja keras untuk dapatkan apa yang aku mahu.




No comments:

Post a Comment