Pernah main Dart..?
Macamana nak menang main Dart..?
Syarat utama adalah kita kena set target dan fokus kepada papan dart tersebut.
Atau ada yang tak pernah main? Bukan saja-saja baling. Kita kena habiskan point yang ditetapkan, samaada 301, 501 mahupun 1001.. Siapa habiskan kiraan mata dulu dialah yang menang. (Adapun titik tengah merah ‘bulls-eye’ bukanlah mata tertinggi ok)
Begitulah juga dengan hidup kita.
Wajib ada target. Tanpa target, kita tiada tujuan hidup. Masa dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Tanpa tujuan hidup yang jelas, ramailah yang melepak menghabiskan masa di Shopping Mall, di tepian jalan, di kedai kopi yg mana ianya menyumbang kepada masalah sosial di kalangan masyarakat.
Ada banyak cara untuk kita buat target untuk berjaya. Saya senaraikan beberapa cara berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.
1. Target biar SPESIFIK
Mana satukah lebih jelas;
“Saya nak jadi jutawan”, atau “Saya akan mempunyai simpanan RM1 juta sebelum saya berumur 30 tahun”.
Ayat pertama lebih berbunyi seperti angan-angan. Atau kita sendiri pun tak yakin dengan target tersebut.
Pastikan kita tahu sesuatu target dengan jelas. Di mana, bila, siapa, bagaimana, kenapa, dan lain-lain.
2. Masa yang mencukupi
“Saya target untuk sampai di Perak pada pukul 10am”. Sedangkan anda berada di Skudai sekarang pukul 9am.
Bunyinya pun sudah mustahil. Saya beri contoh di atas untuk pemandu kereta.
3. Target mesti REALISTIK
“Saya nak jadi Ultraman dan bunuh raksasa-raksasa yang mengganggu ketenteraman awam.”
Haha, over pulak impian ni. Ini hyperbola namanya.
Maksudnya, target mesti berpijak di bumi nyata.
Ya betul, orang kata kita kena DREAM BIG. Pepatah arab juga berkata “Letaklah impian anda di bintang Suraya.”
Supaya jika tidak dapat yang BIG pun, dapat yang agak besar, dan jika tak dapat sampai bintang Suraya pun, dapatlah sampai ke puncak Gunung Everest.
Yang paling penting… Jangan takut berimpian besar! Kerana di situlah anda bakal mendapat motivasi dan usaha yang HEBAT!
Jika berimpian pun sudah takut, bagaimana mungkin anda mampu melakukannya di alam nyata??
4. Tulis dan Paparkan Target Anda Di Tempat Yang Hari-hari Anda Lihat
Tulis, print dan tampal/gantung target anda di cermin, di dinding, di dalam almari, di dapur, di pintu peti sejuk, di mana-mana sahaja yang anda akan temui dan baca setiap hari!
Tulis dengan jelas dan cantik. Jika target agak rahsia, gantunglah di belah dalam pintu almari bilik tidur anda. Mungkin juga di cermin meja solek anda. Juga di dalam dompet.
Ya, kita sangat perlukan bimbingan untuk mencapai target. Dan tulisan anda adalah bimbingan terbesar anda!
5. Beritahu Target Anda Kepada Orang Terdekat
Selepas tetapkan target, beritahu orang terdekat anda tentang target tersebut.
Beritahu pasangan anda, mak-ayah, adik-beradik, kawan rapat, saudara, nenek, atau sesiapa sahaja yang anda rasa dapat membimbing dan mengingatkan anda sekiranya anda tersasar.
Anda juga akan berasa malu jika target tidak tercapai. Malu yang memotivasikan. Bukan malu yang membuatkan anda menyorokkan muka.
Jadi, pastikan anda letakkan target yang SPESIFIK dan REALISTIK.
Jom set target..
No comments:
Post a Comment