Tuesday, December 27, 2016

Berlari Untuk Lebih Sihat, Kacak Dan Bergaya..

Beberapa hari menjelang Tahun Baru 2017, apa plan aktiviti sukan anda..? Alhamdulillah, setakat hari ni aku dah daftar 4 aktiviti larian Marathon sekitar Negeri Johor. Inilah satu-satunya sukan atau aktiviti yang aku boleh gerak sendiri. Tak perlu ada penyokong pun.. JUST RUN lah..

Berpagi-pagi di Dataran Helang Pulau Langkawi

2016 memberi banyak pengalaman baru dalam acara marathon ni, sebenarnya aku bermula hanya di trek larian Taman Permainan di sebelah taman perumahan tempat aku menyewa ni jek sekitar tahun 2008.. Satu pusingan trek sekitar 1.4Km. Kemuncaknya adalah pada tahun 2016, selepas pelbagai aktiviti dan sukan yang aku buat tidak mendapat sokongan yang memberangsankan daripada orang keliling.. So aku tekad untuk teruskan berlari, sebab dengan berlari aku dapat tenangkan jiwa yang kadang-kadang memberontak. hahah

Ooo alang-alang tu aku nak bagi sedikit tips yang pada aku sangat berkesan. Tips mengawal kemarahan. Kalau ada sesuatu yang membuatkan anda rasa ingin marah, segeralah pergi bersukan. Antara sukan yang paling senang nak buat bila bersendirian dan murah ni adalah Berlari dan Berbasikal. Tapi kalau tengah kerja, kat office atau kat site jangan ar tinggalkan kerja pergi berlari @ berbasikal semata2 nak mengawal kemarahan, mau dapat surat amaran dari majikan macam tu.

Manusia ni lazimnya akan ada rasa marah dan lain-lain perasaan, Alhamudulillah setakat hari ni aku sudah semakin tenang selepas banyak sangat makan B Complex. B Complex ni sangat membantu untuk mengawal tekanan sekaligus meredakan sakit kepala dan kemurungan.
B Complex - Elek Kemurungan Dan Kawal Kemarahan


Ok, berbalik ke acara larian tadi.. Apa plan tahun 2017 ni.? Aku dah daftar 3 Acara larian sehingga bulan April. Antaranya, MHWH Night Run (7/1), Balloon Run (24/2) dan Iskandar Puteri Night Marathon (1/4). Insya Allah akan banyak lagi acara larian yang aku akan masuk.

Sepatutnya JB Half Marathon 2016 adalah acara penutup untuk larian aku tahun 2016 ni, tapi rezeki jangan ditolak apabila tiba-tiba mendapat tajaan untuk berlari di Johor Countdown Run 2016. Tak pernah terfikir untuk dapat tajaan macam in, sebab kos untuk berlari dalam acara marathon ni pun bukannya murah sangat.. Tapi Alhamdulullah..

Medal Cantik Bangunan Bersejarah - JB Half Maraton 2016 21KM
Ada rakan-rakan berkata dan bertanya, biasanya aktiviti macam ni, contohnya berlari dan berbasikal ni perlukan tenaga yang lebih. Mesti ada makan tambahan yang aku ambil untuk dapatkan tenaga semaksimum mungkin untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku.. Aku sangat mudah, tak perlu sampai ke China untuk cari makan tambahan atau booster energy, aku hanya ambil Performan Drink jek.. Banyak aktiviti larian aku dikuasakan oleh Performance Drink dari Shaklee. Lagi selamat dan sihat.

Baju Finisher ni yang lari 21Km je dapat..


Ok ar, jom tengok koleksi medal yang aku dah kumpul sepanjang tahun 2016 ni.. Tak banyak mana pun, baru nak berjinak-jinak dengan running event memang macam ni lah. Medal hanger pun x beli lagi.

Run 21KM

Run 11KM

Run 21KM

Run 7KM

Run 5KM

Run 5KM

Run 6KM

Run 10KM

Run 10KM

Run 5KM

Run 21KM

JDT Run 10KM

Selangor Run 10KM

Sarawak Run 10KM

Negeri Sembilan Run 10KM

Pulau Pinang Run 10KM

Perak Run 10KM

Alhamdulillah, target 500KM sepanjang tehun 2016 berjaya dicapai, target tahun 2017 pula adalah 800KM. Jika ada usaha, Insya Allah ada Kejayaan..

Berlari bukan untuk nama, tapi untuk jiwa.






















2 comments:

  1. memang terbaik, tahun ni pun aku first time join larian, sungguh padu bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku masih mencari teman utk sama2 berlari, tapi lari sorg2 x pe..

      Delete