Seawal 6 pagi lagi Abg Iqi dah bangun, mandi, solat dan sarapan sebelum bergerak ke sekolah.. Alhamdulillah dan semoga segala urusan Abg Iqi menuju kejayaan dipermudahkan..
Abg Iqi dan Kereta Rasmi untuk ke Sekolah |
Hari ni sesi persekolahan bermula 8 pagi hingga 1130 pagi jek.. So, pegi sekolah lengang kangkung tak perlu bawa beg sekolah..
Bila tengok Abg Iqi bergambar tepi kereta papa A.K.A kereta rasmi ke sekolah ni teringat balik zaman-zaman aku sekolah tahun satu dulu.. hahaha mcm ni juga kot..
Abg Iqi di Dataran Perhimpunan |
Sebagai pelajar yang bertubuh kecil sama seperti aku, so wajib utk Abg Iqi beratur dalam barisan pada kedudukan paling hadapan.. wajib.. aku pun dulu mcm tu juga..
Sepanjang sesi persekolahan hari ni, keadaan murid & sekolah masih terkawal, walaupun ada seorang dua anak-anak yang menjerit-jerit memanggil ayah & ibu masing2.. hehehe lumrahlah tu..
Alhamdulillah, hr ni Abg Iqi sangat tenang.. Seperti dah biasa dengan sekolah ni.. Waktu rehat tadi aku bekalkan Abg Iqi duit belanja RM5 utk berbelanja di kantin sekolah, walaupun agak sesak tapi Abg Iqi tetap tenang beratur dan beli makanannya sendiri.. Aku perhati dari jauh jek.. Aku kena biasakan keadaan macam ni, sebab Abg Iqi dah besar dah banyak yg Abg Iqi belajar..
Kelas Tingkat Satu, Duduk Pula Dekat Pintu.. |
Kelas Abg Iqi kat tingkat satu, duduk pula betul-betul kat tepi pintu.. amboiii dah mcm bunyi pantun dua kerat pula.. Oklah, semua urusan dah selesai hari ni, harap Ahad depan perjanjian aku ngan Abg Iqi berhasil.
Perjanjian di kantin Sekolah..
Aku : Ahad depan hingga Khamis papa hantar Abg Iqi sampai depan Kelas lepas tu papa balik, balik sekolah pukul 1 petang papa datang ambil..
lepas tu mulai minggu depan papa hantar Abg Iqi kat pintu pagar Sekolah jek, Boleh.?
Abg Iqi : Ok, Boleh.. Abg Iqi janji..
Sekolah ni dekat sangat dengan Office aku.. |
Hehehe Selamat Bersekolah kepada semua Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Nusantara Gelang Patah..
No comments:
Post a Comment