Tuesday, December 9, 2014

Sukan Rakyat VS Karnival Sukan..

Asalamuallaikum & Salam Sejahtera Semua..

Beberapa hari lepas, JKR Johor baru sahaja melabuhkan tirai Karnival Sukan JKR Johor yang diadakan di Daerah Kota Tinggi selaku tuan rumah bagi tahun 2014 ini.. Aku salah seorang wakil dari jabatan CKE Johor yang mengambil bahagian dalam sukan Bola Sepak buat kali ke dua selepas tahun 2012 lepas.. Karnival Sukan yang diadakan setiap dua tahun sekali ini memang meriah, tambahan pula bagi edisi tahun 2016 ianya akan diadakan di Daerah Muar yang telah dipilih selaku tuan rumah.. Khabarnya ada Mee Udang Muar kat Muar tu sepertimana yang aku pernah jumpa suatu ketika dahulu ketika aku masih berkhidmat di JPP Sabah sekitar tahun 2005-2008.. Ada sebuah warung sekitar Kota Kinabalu yang menjual menu Mee Udang Muar yang juga merupakan hidangan istimewa di warungnya.. Tak apalah, esok-esok aku sampai Muar akan aku cari Mee Udang tu..

Berbalik kepada cerita asal, sukan tahun ini adalah suatu permulaan kepada perubahan.. Berubah dari pasukan belasahan kepada pasukan yang disegani.. Beberapa acara sukan telah dipertandingkan antaranya Bola Sepak, Bola Tampar, Dart, Karom, Badminton dan ada beberapa sukan lain lagi..

Buat julungkalinya, Pasukan CKE Johor dapat melangkah ke peringkat akhir iaitu acara Dart, namun nasib tidak menyebelahi CKE Johor yang hanya dapat berbanga mendapat tempat ke dua selepas ditewaskan pasukan kuat dari Daerah Johor Bahru.. Walaubagaimanapun, ianya suatu pencapaian yang paling baik setakat ini buat semua atelit CKE Johor.. Sekalung tahniah buat Atelit Dart CKE Johor..


Dalam meraikan kemenangan Atelit Dart, Atelit lain sangat berduka akibat kekalahan yang menimpa.. hehehe pada aku ianya biasa, adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah.. Pasukan Bola Sepak CKE Johor terkandas sewaktu diperingkat kumpulan lagi.. Namun aku tetap berbanga dengan segala komitment yang telah diberikan oleh setiap Atelit Bola Sepak CKE Johor kerana tahun ini kami bukan lagi pasukan belasahan seperti yang berlaku dua tahun lepas.. Kami kalah semua perlawanan dengan bolos jaringan yang banyak tanpa ada sebarang gol.. Kami bangkit tahun ini dengan berjaya mengurangkan jumlah bolos jaringan dan menjaringkan beberapa gol.. Rekod kalah semua perlawanan tahun 2012 telah terpadam..


Inilah barisan pemain Bola Sepak CKE Johor.. Gandingan muka lama dan muka baru menguatkan barisan kesebelasan pasukan.. Alasan kurangnya latihan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.. Pasukan kami hanya mula berlatih sekitar dua minggu sebelum tirai Karnival Sukan dibuka disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.. 


Sepertimana biasa, apa jua latihan yang aku buat samaada di padang atau di "mini gym" aku, minuman kegemaran tidak pernah lekang dari aku.. Air apa dalam botol tu..? antara soalan-soalan yang aku perlu jawab bila ada kawan-kawan yang bertanya.. "air special, performance drink" jawab aku.. so lepas tu, panjanglah ceritanya..

Selama aku minum Air Special tu a.k.a Shaklee Performance Drink, alhamdulillah tiada kesan sampingan yang buruk aku dapat.. Apa yang aku boleh cakap cuma kesan yang baik-baik jek aku dapat dengan izin Allah..

Memandangkan Karnival Sukan JKR Johor telah pun berlalu, maka rutin latihan padang akan berkurangan tapi rutin latihan aku di "Mini GYM" tidak pernah berhenti.. 

Selamat Cergas Semua..