Monday, March 31, 2014

Masih Anak Dara Lagi..

Asalamuallaikum semua.. Di pagi yang damai ni, aku sudah pun sampai di pejabat. Sambil melayan bunyi burung-burung berkicau tiba-tiba disulami bengan bunyi "Orang" membebel.. hahaha awal pagi dah kusut.. Inilah rutin hidup yang aku tak dapat nak elak.. Tapi tak apa lah, selagi bebelan tu tak berkaitan dengan hidup dan mati aku.. So terpaksalah aku tulikan telinga.. Tak gemar nak jaga tepi kain orang lain, sebab tepi kain aku pun belum tentu terjaga rapi lagi.. woooo pedas pula HALLS Vapor Action ni..

Aku masih anak dara lagi... ehhh Aku masih teruna lagi dalam soal penulisan ni.. So masih banyak benda yang perlu untuk aku study cukup-cukup.. Insya Allah, ini akan jadi rutin aku setiap pagi bila mana PC telah di Switch On'kan.. haaa termasuk dah bahasa teknikal seorang Penolong Jurutera Elaktrik (PJE)..

Mungkin ada yang dah sedia maklum atau tidak, Aku adalah Penjawat Awam Gred JA29 menyandang Jawatan Penolong Jurutera Elektrik di Jabatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Pakar Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor.. Jawatan yang baru beberapa bulan aku sandang.. Suatu Jawatan yang memerlukan aku menjadi lebih Arif dalam menempuhi perjalanan sebagai PJE.. Sebenarnya Jawatan PJE aku ini membuatkan aku lebih seronok untuk bekerja.. Kalau dulu aku cuma seorang Juruteknik Elektrik (JE) dan sekarang PJE.. Semestinya tanggungjawab dan beban tugas adalah sangat berbeza.. Tapi tidak bagi aku, Sewakut masih berjawatan JE lagi aku dah buat kerja-kerja PJE. Jadi tak lah terasa sangat "Kejutan Budaya' tu..

Bukan nak salahkan sesiapa, aku anggap itu semua sebagai sesi pembelajaran yang amat berguna pada aku.. Aku tak perlu nak tunggu "Orang" suap untuk bagi aku makan.. Aku boleh makan sendiri dengan kudrat yang aku ada.. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesihatan yang baik pada aku untuk aku terus berjuang meneruskan hidup.. Sehingga hari ini, aku masih boleh "Hidup" bersendirian..

Seronok bila dapat berita gembira apabila Jawatan JE dimansuhkan dan semua JE ditukar lantik ke jawatan baru iaitu PJE.. Wooo lupa nak bagi tau, JE gred J17 dan PJE pula Gred JA29.. Ada sahabat kata PJE JA29 ni "Celup".. Sebab Gred asal PJE ni J29.. Suka hati "Awak" ar.. Aku tak perlukan pengiktirafan daripada "Awak".. heheh kan dah kena sembur.. Nampak tak beza PJE Lama & Baru.. PJE Lama Gred J29 & PJE Baru Gred JA29.. Nampak..? heheheh Ada aku kisah.. Aku tak kisah ar, sebab aku tahu dimana aku duduk..Tapi aku akui memang banyak beza PJE lama & baru ni.. Aku boleh buktikan.. Dan tentunya "Kelebihan" berpihak kepada PJE Baru.. Bukan aku seorang , tapi Mejoriti PJE Baru Setuju dengan aku..

Tak apa lah, walau apa pun bezanya di dunia ni, Di sisi Allah kita tetap sama.. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang.. Bak kata pepeatah melayu, Berdiri sama tingg, duduk sama rendah.. kalau tak faham maksudnya, rajin-rajinlah baca Kamus Dewan Bahas Dan Pustaka..

Memandngkan hari ni aku ada masa terluang yang panjang, so aku nak sambung baca Buku Kegemaran aku.. Dah 3 atau 4 hari aku tak sempat baca buku tu.. sambung muka surat 312, TAHA Surah ke-20.. Buku Terjemahan Al Hidayah Al Quran Al Karim..


Asalamuallaikum..

No comments:

Post a Comment