Tuesday, April 22, 2014

Kopi Luwak Bernilai Emas..

Anda pengemar Kopi.? Pernah minum Kopi Luwak.? Jika belum, anda kena mencubanya. Apalah maksud Pengemar Kopi kalau Kopi Luwak pun anda belum pernah minum.. Kembara ke Kota Yogyakarta membawa aku ke tempat pembuatan Kopi Luwak,



Apa itu Kopi Luwak.?

Kopi Luwak adalah sejenis kopi luwak yang berasal dari biji kopi yang telah di makan oleh luwak iaitu musang, di fermentasi di dalam pencernaan luwak, dan kemudian keluar bersamaan dengan najis luwak tersebut. Biji kopi luwak yang keluar bersama najis masih tetap utuh tidak hancur dan kemudian diproses menjadi serbuk kopi dengan citarasa yang istimewa.

Bagaimana pengemar kopi, jelas bagaimana penghasilan Kopi Luwak ini..? Beranikah anda sebagai pengemar kopi untuk mencuba Kopi Luwak ini..?





 

MATARAM KOPI LUWAK merupakan Pembuat dan Pengedar kopi luwak yang ada di Yogyakarta, Kopi Luwak yang dihasilkan adalah berasal dari pegunungan Sumbing, Sindoro dan Dieng. Kopi luwak yang dihasilkan juga tentunya asli dengan citarasa kopi luwak yang istimewa. MATARAM KOPI LUWAK juga merupakan satu-satunya pembuat dan pengedar kopi luwak di Yogyakarta



Sewaktu mula-mula aku berkongsi cerita perihal Kopi Luwak ini, ada seorang Hamba Allah tiba-tiba bersuara, katanya "Alim ulamak berkata haram dimakan @ diminum kerana cara penghasilannya melanggar hukum syarak. Wallahualam."

Aku cuma  tersenyum, kerana aku tahu apa yg dia tak tahu. Dengan sepantas kilat aku bagi dia link www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang untuk bacaan beliau.

Harga Kopi Luwak ini mencecah sehingga RM5,000 sekilogram.

Sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.

Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.




1 comment: