Jom Baca Sejarah, Kisah Kehidupan Dan Kejayaan Perokok Bebas
Sepenuhnya Dari Gejala Merokok Berbekalkan Azam Dan Sebotol Makanan Tambahan
Bernama Vivix.
Memori 2010 -2012, Tiga tahun yang penuh dengan dugaan dan
cabaran bagi seorang yang ingin bebas dari Tembakau dan Nicotine (Merokok).
|
Lelaki Limited Edition Itu AKU..!! |
Aku dulu perokok, hampir menjadi perokok tegar. Mulanya hanya
suka-suka, aku merokok di luar kawasan rumah. Begitulah rutin merokok aku
sedari tahun 1999 hingga 2010. Tiada seorang pun ahli keluarga aku yang tahu
aku adalah perokok kecuali rakan sekerja dan bakal Isteri (pada waktu itu tahun
2008).
Diawal perkenalan kami dulu pun sekitar 2008, dia sedia
maklum yang aku adalah perokok. Sehinggalah kami disatukan sebagai Suami Isteri
pada tahun 2009. Perjanjian pertama, aku kena berhenti merokok. Ok, bukan mudah
sebenarnya. Tapi dengan sedikit usaha, InsyaAllah akan Berjaya.
Hari ini, dengan bangganya aku nak bagi tahu seluruh dunia
yang aku sudah bebas dari Tembakau dan Nicotine. Kejayaan 4 tahun tanpa Tembakau
dan 2 Tahun tanpa Nicotine.
Bukan mudah untuk seorang perokok untuk terus bebas dari
gejala merokok, tambahan pula sekarang ni ada gejala baru iaitu Vaping.
So budak-budak Vapor tak perlulah nak bangga sangat, aku dah
kenal Vape ni sejak 8 tahun lepas, dan baru 2 tahun kebelakangan ini ianya
glamour di Malaysia.
Rokok pertama aku beli dan hisap adalah Jenama
Marlboro (1999) , Jenama Dunhill (2010) dan yang terakhir ada Jenama Mileseven
(2012).
|
Antara Rokok Kegilaan Aku Suatu Ketika Dahulu. |
Azam 1 January 2013 aku adalah untuk terus bebas dari rokok,
nak berhenti merokok bukan macam nak berhenti kerete, “pijak pedal brake,
kerete pun berhenti”. Dua tahun aku tak ambil tembakau (merokok) tapi masih
ambil Nicotine. Caranya, vaping.
Vape atau Rokok elektronik pertama (2013) aku
beli dari web SmokeHaven.com. Kedua (2014) dari joyetech.com moden eGo One
& eVic-VTC Mini.
|
"Vape ON" katanya.. |
Semua Rokok Elektronik tu aku masih simpan di Office
walaupun aku dak tak gunakan lagi. Sayang woiii nak buang, aku beli pakai duit
tu. Dan aku pun tak bercadang untuk jual semula, sebab aku tak nak jadi
penyumbang ”saham” kepada gejala yang tidak sihat.
Alhamdulillah, menjelang 1 January 2017 depan adalah
merupakan tahun ke-4 aku bebas dari gejala merokok. Bagaimana aku boleh berjaya
dengan jayanya.? Caranya cukup mudah, kalau dulu kena “Katakan Tidak Pada
Rokok”, tapi sekarang kena kata “Katakan Tidak Pada Rokok Dan Vape”. hehehe
Sebenarnya aku bermula dari pertengahan tahun 2012, selepas
aku berkenalan dengan En Vivix. Orang kata En.Vivix ni boleh bantu perokok
untuk berhenti merokok. Sebelum tu aku berkenalan juga dengan En.NiQuitin,
itupun selepas aku ke Klinik Berhenti Merokok di salah sebuah Hospital Kerajaan
di Negeri Johor. Haaa itu rahsia aku, sebenarnya aku ni memang perahsia
orangnya. Sehinggakan aku nak berhenti merokok ni pun aku rahsiakan dari
pengatahuan Isteri.
Kenapa aku pilih untuk berhenti dari terus jadi perokok.?
Sebabnya, isteri aku tak suka orang yang merokok. Ok fine, aku usahakan.
Keduanya, aku taknak anak-anak aku
tengok aku merokok. Sebenarnya banyak sebeb kenapa aku perlu berhenti
merokok, tapi macam aku kata tadi yang aku ni perahsia orangnya. Jadi, cukup
sekadar aku bagi dua sebab kanapa aku perlu berhenti dari terus jadi perokok.
Bagaimana aku bermula..? Tahun 2012 dulu aku pernah ke
Klinik Berhenti Merokok & aku dibekalkan dengan NiQuitin untuk tempoh 7
hari secara percuma dan selepas tu aku kena beli di Farmasi luar dengan harga 2
bungkus rokok. So, kos untuk beli NiQuitin pada waktu tu sangat tidak berbaloi.
Akhirnya, aku kembali merokok kerana kos untuk merokok masih murah jika
dibandingkan dengan kos untuk berhenti merokok.
Nak bagi tahu, sebenarnya orang yang merokok ni bukannya
perlukan Nicotine, tapi perlukan tembakau.. Aku dulu perokok, aku tahu lah..
Sebab tu untuk bebas dari rokok, kena bebas dari tembakau dulu. Kesimpulannya,
usaha aku di Klinik Berhenti Merokok tidak berjaya.
Sehinggalah aku terpaksa keluarkan modal yang agak besar
untuk mencuba keberkesanan En.Vivix, harganya sekitar RM4++.++, hehehe. Emmm
lepas instalment kereta Kelisa aku zaman tu.. tak apalah, belum cuba belum tahu.
Sepanjang tahun tu aku cuma mampu beli sekali jek, tapi
ianya berhasil. Secara puratanya, aku Cuma merokok seminggu sekali sejak
berkenalan dengan En.Vivix. Macam tipu jek kan, tapi itulah hakikatnya. Sebab
masa tu Misi aku untuk bebas dari Tembakau dulu, apabila bebas dari tembakau
maka secara perlahan-lahan akan bebas jugalah dari Nicotine.
En.Vivix tu sebenarnya adalah makanan tambahan yang aku beli dari Pengedar Bebas Shaklee yang mana beliau juga adalah Isteri aku sendiri. Kali pertama ditanya
kenapa nak makan Vivix, jawapan aku tidak lain tidak bukan “nak muda 25 tahun
dari usia sebenar” sebabnya itulah tread mark Vivix yg aku tahu. Tak kan aku
nak kata nak berhenti merokok, sebab selepas diijabkabulkan isteri aku tak
pernah nampak aku merokok walaupun pada masa tu aku masih merokok dan sedang
berusaha untuk tidak merokok lagi.
|
Dengan VIVIX Aku Berhenti Merokok. |
Biasanya orang makan Vitamin Vivix ni sebulan sebotol, tapi
sebab harganya yang agak mahal juga, so aku cuba berjumat sebaik mungkin.
Sebotol aku habiskan dalam tempoh 4 bulan. Walaupun begitu, hasil dari aku
berjimat cermat tu sekarang aku telah bebas sepenuhnya dari rokok.
Dan sekarang aku cukup tak selesa untuk berada dikalangan
orang-orang yang merokok. Adakalanya aku menjadi agak sensitive jika berbual
isu berkaitan rokok. Tapi taklah sampai tahap aku tak bergaul dengan perokok.
Persahabatan harus diteruskan, jangan sebab kita tak merokok kita hilang kawan.
Rahsia sebenar untuk berhenti merokok dengan Vivix tidak
semua orang tahu, kecuali orang yang telah berjaya. Sebab tu kenalan aku yang
dulunya pengguna Vivix dan pernah berjaya berhenti merokok kini telah kembali
merokok. Kenapa.? Sebabnya tidak tahu cara yang betul. Bagaimana pula aku tahu
caranya..?
|
Aku dah lupa apa manfaat asap rokok ni.. |
Kehidupan Normal perokok adalah akan hisap beberapa batang
rokok sebelum mandi pagi, samaada diruang terbuka (Balkoni rumah) atau ruangan
tertutup (tandas). jangan tipulah perokok sekalian, aku pun dulu macam korang
juga. Celik mata bangun pagi, pekena rokok sebatang. Sebab tu dulu-dulu zaman
aku masih merokok, sebelum mandi pagi utk solat subuh aku mandikan kereta
(Kelisa) dulu pakej sekali sebatang rokok. Haaa rahsia terbongkar lagi.
Sekarang ni, maaflah ye En Viva, kita mandi hujung minggu jek ar, itupun kalau
aku rajin atau kalau En Viva kotor sangat.
Cara paling berkesan untuk berhenti dari merokok dengan
bantuan Vitamin Shaklee Vivix ni cukup mudah, anda hanya perlu mulakan
hari-hari anda perokok sekalian dengan menelan Vivix terlebih dulu, sama
seperti nasihat orang lama “minum air masak sebelum gosok gigi banyak
manfatnya” dan lepas tu nak hisap rokok berkotak-kotak pun boleh, itupun kalau sangguplah.
Haaa ini nasihat aku “Telan Vivix sebelum gosok gigi untuk berhenti Merokok
100%”
|
Petua Berhenti Merokok dari Aku.. |
Kesan awal pengambilan rokok selepas menelan Vivix adalah
seperti menelan hempedu. Pahit bukan kepalang. Untuk mendapatkan sebuah
kejayaan yang terindah bukanlah semudah makan ABCD, tapi seperit menelah
hempedu. Hehehe ada sesiapa masih ingat rasa ABCD macam mana..? tentunya jika
anda makan Hempedu, maka anda akan ingat rasa Hempedu berbanding ABCD kan..!!
Nasihat aku kepada mereka yang ingin terus bebas dari
merokok, mulakan hari ini, jangan bertangguh. Tentu ada cara untuk terus bebas
dari merokok. Tapi jika ingin mengikut jejak langkah yang aku ambil dulu,
dipersilakan. Aku ada di sini sedia membantu anda semua.
|
Time to Quit - Smoking. |