Tuesday, January 10, 2017

Dibuka semula selepas seminggu ditutup..

Selamat tahun baru, masih belum terlambat rasanya.. Hari ni hari kesepuluh tahun 2017, baru lagi kita meraikan tahun baru 2017 dan meninggalkan tahun 2016..

Masih ingat lagi, 31 Disember lepas aku telah ditaja untuk berlari di Johor Countdown Run 2016 oleh 1000 Adventure Berhad..!! Ya, pertama kali dalam sejarah penglibatan aku dalam larian Marathon dan aku ditaja.. Walaupun hanya sekadar tajaan yuran pendaftaran sahaja, namun ianya adalah suatu nikmat yang harus disyukuri..

Johor Countdown Run 2016 (JCR16) berlangsung di Kompleks Sukan Educity di Iskandar Puteri, 3 kategori disediakan untuk para pelari iaitu kategori 5Km, 10Km dan 21Km.. Aku sepertimana biasa akan cuba berlari pada kategori 21Km, bergantung kepada bentuk muka bumi sepanjang treak larian.. Rekod larian setakan ni untuk jarak 21Km adalah 2 jam 45 minit dan beberapa saat.. heheheh

Kolam Renang di Kompleks Sukan Educity
Sebenarnya ada udang sebalik batu kenapa aku pilih untuk berlari dalam kategori 21Km pada JCR16 lepas, separuh daripada laluan 21Km tu adalah kawasan seliaan senggaraan lampu jalan aku.. So, buat pertamakalinya aku meronda lampu jalan sambil berlari.. Kalau sebelum ni aku meronda lampu jalan dibawah seliaan aku tu dengan menaiki kereta, tapi pada malam 31Disrmber lepas aku meronda lampu jalan sambil berlari.. hahahah seronok wooo.. 

Habuan menanti untuk para Finisher 21Km adalah medal dan sehelai baju tajaan Ultron selain goodies bag yang isinya juga agak menarik..

Muka depan Medal JCR2016

Belakang Medal dengan tulisan Finisher 21KM
Selesai acara larian di malam tahun baru, seminggu selepas tu aku berlari lagi di Iskandar Puteri, kali ni garis mula dan taman di Puteri Harbour.. Di sini terletaknya family theme park iaitu Sanrio Hello Kitty Town. Kalau berkelapangan, bolehlah bawa anak-anak ke sini. Okey, oleh kerana minggu sebelum tu aku dah berlari pada jarak 21Km, so malam ni aku cuma berlari untuk kategori 12Km sahaja..

Inilah tempatnya, Puteri Harbour
Tiga bulan sebelum Men Health Women Health Night Run Johor berlangsung aku dah mendaftar, nak menunggu hari kejadian punyalah lama.. hoooo sampai menghitung hari..

Alhamdulillah hari yang di tunggu kunjung tiba.. MHWH Night Run Johor berlangsung dengan meriahnya.. Walaupun aku datang bersendirian, tapi yang penting kegembiraan mengiringi aku berlari.. 12Km aku habiskan dalam masa 1 jam 13 minit.. Aku lari tak laju..

Simple jek Medal MHWH Night Run Johor ni..

12Km Finisher, utk permulaan tahun baru 2017
Ada sebab sebenarnya kenapa aku hanya masuk kategori 12Km bukannya 21Km dan kenapa bukan 5Km.. heheheh memandangkan MHWH Night Run Johor ni tak sediakan baju finisher utk kategori 21Km, aku ambil keputusan untuk lari dalam kategori 12Km sahaja.. Untuk jarak 10Km dan kebawah sekarang aku dah kategorikan ia sebagai Fun Run sahaja..

Okey'lah.. penutupan tahun 2016 dengan larian malam 21Km dan pembukaan tahun 2017 dengan larian malam 12Km.. Cuma sempat berehat seminggu, lepan ni lagi 6 minggu aku sambung lari dalam event yang dianjurkan oleh student UTM Skudai.. 


Larian Amal untuk IJN, berlari sambil beramal.. jom, masih boleh daftar lagi rasanya ni..

No comments:

Post a Comment