Saturday, March 29, 2014

7 Tubuh Idaman Jejaka..

Jom Angkat Berat..
Aktiviti mengangkat berat ialah rutin wajib dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman. Walaupun sejak akhir-akhir ni aku banyak kali terlepas sesi penting ni.. tapi itu bukan alasan untuk aku terus berhenti. Angkat berat bukan sekadar membantu membina kekuatan malah membantu meningkatkan metabolisme. jom tengok beberapa kelebihan lain daripada latihan beban ini.






1. Tinjak Imej
 

Tahukah anda dengan melaksanakan latihan berat ini, tubuh akan menjadi lebih anjal sekali gus memperbaiki imej dan keyakinan diri. Lelaki akan lebih berpuas hati sekiranya setiap masa mereka mampu menambah bebanan yang diangkat kerana ia melambangkan keberkesanan latihan tersebut. Gadis di luar sana gemar melihat lelaki bertubuh sasa kerana bagi mereka ia melambangkan keselamatan selain berasa bangga apabila mempunyai teman seperti kamu.

2. Memperbaiki Tidur
 

Mereka yang biasa melaksanakan aktiviti ini juga mendapat waktu tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak. Latihan ini juga jauh lebih baik bagi mereka yang kerap mengambil pil tidur, di samping tiada kesan sampingan dan tidak perlu mengeluarkan wang sekali pun.

3. Berat Badan Terkawal
 

Boleh meningkatkan kadar metabolisme sehingga 15 peratus dan semestinya ia mampu memberikan jaminan buat mereka yang ingin mengawal berat badan. Jangan hanya mengangkat berat sahaja, tetapi tidak menjaga pemakanan kamu! jawabnya segala usaha anda akan menjadi sia-sia..

4. Melegakan Sakit Belakang 

Juga mampu melegakan sakit belakang kerana setiap kali latihan dilakukan, secara tidak langsung ia terus menyasarkan kepada bahagian otot belakang. Sekiranya kamu sering mengalami masalah sakit belakang, apa lagi beralihlah ke senaman ini.

5. Elak Artritis
 

Otot yang kuat boleh menjadi hentakan kuat pada tulang sendi dan mampu ia melegakan sakit pada tulang. Bagi mereka yang mengalami masalah osteoporosis dan artritis sememangnya senaman angkat berat yang teratur pasti mampu mengelakkan penyakit ini daripada terus berlaku.

6. Bantu Pencernaan
 

Latihan beban yang dilakukan dalam masa tertentu sebenarnya banyak membantu dalam proses pencernaan. Bagi latihan biasa pula ia sebenarnya mampu meningkatkan tahap kepantasan pencernaan sebanyak 56 peratus dan mengurangkan kanser kolon.

7. Elak Sakit Jantung
 

Setelah banyak lemak dicernakan, ia juga boleh merendahkan paras gula dan lemak dalam badan. Paling pasti senaman ini menuju ke arah kesihatan kardiovaskular yang boleh mengelakkan jejaka daripada mendapat penyakit pembunuh nombor satu iaitu jantung.

No comments:

Post a Comment