Monday, March 31, 2014

Masih Anak Dara Lagi..

Asalamuallaikum semua.. Di pagi yang damai ni, aku sudah pun sampai di pejabat. Sambil melayan bunyi burung-burung berkicau tiba-tiba disulami bengan bunyi "Orang" membebel.. hahaha awal pagi dah kusut.. Inilah rutin hidup yang aku tak dapat nak elak.. Tapi tak apa lah, selagi bebelan tu tak berkaitan dengan hidup dan mati aku.. So terpaksalah aku tulikan telinga.. Tak gemar nak jaga tepi kain orang lain, sebab tepi kain aku pun belum tentu terjaga rapi lagi.. woooo pedas pula HALLS Vapor Action ni..

Aku masih anak dara lagi... ehhh Aku masih teruna lagi dalam soal penulisan ni.. So masih banyak benda yang perlu untuk aku study cukup-cukup.. Insya Allah, ini akan jadi rutin aku setiap pagi bila mana PC telah di Switch On'kan.. haaa termasuk dah bahasa teknikal seorang Penolong Jurutera Elaktrik (PJE)..

Mungkin ada yang dah sedia maklum atau tidak, Aku adalah Penjawat Awam Gred JA29 menyandang Jawatan Penolong Jurutera Elektrik di Jabatan Kerja Raya Malaysia Cawangan Pakar Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor.. Jawatan yang baru beberapa bulan aku sandang.. Suatu Jawatan yang memerlukan aku menjadi lebih Arif dalam menempuhi perjalanan sebagai PJE.. Sebenarnya Jawatan PJE aku ini membuatkan aku lebih seronok untuk bekerja.. Kalau dulu aku cuma seorang Juruteknik Elektrik (JE) dan sekarang PJE.. Semestinya tanggungjawab dan beban tugas adalah sangat berbeza.. Tapi tidak bagi aku, Sewakut masih berjawatan JE lagi aku dah buat kerja-kerja PJE. Jadi tak lah terasa sangat "Kejutan Budaya' tu..

Bukan nak salahkan sesiapa, aku anggap itu semua sebagai sesi pembelajaran yang amat berguna pada aku.. Aku tak perlu nak tunggu "Orang" suap untuk bagi aku makan.. Aku boleh makan sendiri dengan kudrat yang aku ada.. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesihatan yang baik pada aku untuk aku terus berjuang meneruskan hidup.. Sehingga hari ini, aku masih boleh "Hidup" bersendirian..

Seronok bila dapat berita gembira apabila Jawatan JE dimansuhkan dan semua JE ditukar lantik ke jawatan baru iaitu PJE.. Wooo lupa nak bagi tau, JE gred J17 dan PJE pula Gred JA29.. Ada sahabat kata PJE JA29 ni "Celup".. Sebab Gred asal PJE ni J29.. Suka hati "Awak" ar.. Aku tak perlukan pengiktirafan daripada "Awak".. heheh kan dah kena sembur.. Nampak tak beza PJE Lama & Baru.. PJE Lama Gred J29 & PJE Baru Gred JA29.. Nampak..? heheheh Ada aku kisah.. Aku tak kisah ar, sebab aku tahu dimana aku duduk..Tapi aku akui memang banyak beza PJE lama & baru ni.. Aku boleh buktikan.. Dan tentunya "Kelebihan" berpihak kepada PJE Baru.. Bukan aku seorang , tapi Mejoriti PJE Baru Setuju dengan aku..

Tak apa lah, walau apa pun bezanya di dunia ni, Di sisi Allah kita tetap sama.. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang.. Bak kata pepeatah melayu, Berdiri sama tingg, duduk sama rendah.. kalau tak faham maksudnya, rajin-rajinlah baca Kamus Dewan Bahas Dan Pustaka..

Memandngkan hari ni aku ada masa terluang yang panjang, so aku nak sambung baca Buku Kegemaran aku.. Dah 3 atau 4 hari aku tak sempat baca buku tu.. sambung muka surat 312, TAHA Surah ke-20.. Buku Terjemahan Al Hidayah Al Quran Al Karim..


Asalamuallaikum..

Sunday, March 30, 2014

Cinta Adda Alayia.. Kenapa Menyepi..?

Dah penghujung bulan March rupanya, kalau dikirakan dari February 2011 hingga March 2014 lebih kurang 2 tahun.. Woooo lama rupanya aku x update apa-apa entry kat sini.. Aku sibuk uruskan kerja pejabat agaknya.. Maklumlah Penjawat Awam macam aku ni sibuknya bermusim.. Sekarang ni musim dingin, ada kerja terasa macam tak ada kerja.. Tapi apa yang penting sekali aku akan tetap datang ke pejabat ni walaupun hanya sekadar membelek-belek fail projek..

Mungkin situasi ini juga yang mendorong aku untuk terus "Berkarya".. hahaha banyaknya Karya aku tapi satu pun tak pernah aku terbitkan.. Biarlah sekadar untuk tatapan & bacaan aku sendiri.. Mungkin juga Karya Agung tu agak peribadi.. So, jangan lah mengharap akan aku terbitkan disini..

Seawal pukul 8.05 pagi, (hari ni lewat sikit jek sampai pejabat, punch card dalam pukul 7.59 pagi.. biasnya 15 minit sebelum pukul 8 aku dah sampai pejabat.. nak dijadikan cerita, pagi tadi sangkut kat jalan sebab ada kemalangan teruk..) masih termenung menatap Screen PC menunggu ilham.. Akhirnya sampai kesudah ilham tak sampai-sampai.. Emmm ini lah episod paling "Seronok" jika bergelar Penjawat Awan Kumpulan Sokongan..

Ada agenda besar sebenarnya hari ni, pukul 230 nt kena keluar pegi Meeting kat luar daerah.. tak ar jauh sangat, driving 45 minit sampai dah.. Meeting ni sepatutnya dibuat 2 tahun lepas.. Itu yang aku masih blur2 ni, kusut memikirkan kenapalah Meeting yang sepatutnya 2 tahun lepas nak dibuat hari ni.. tak apalah aku layankan jek.. Aku Yang Menurut Perintah..

Nak leraikan kekusutan, hari ni dari pagi tadi aku layan lagu Pak Arab Ehad Tawfik.. Antara lagu best Ehad ni Adda Alayia.. Tak berapa faham sangat, mungkin sebab music & melody dia yang boleh buat aku relax..

Malam Masih Muda

Jam dinding baru menunjukkan pukul 12am.. Malam masih muda.. Ada banyak lg pekerjaan yg belum aku satlekan.. Macam biasa sebelah pagi aku sibuk dengan kerja pejabat, sampai dirumah pasti ada kerja yang tidak diduga menanti..

Rutin harian selepas waktu bekerja pejabat tentunya menjemput anak2 dari sekolah.. Sampai saja dirumah, layankan anak2 bermain air sambil2 mencuci kereta yg agak kotor.. Maklumlah semalam perjalanan daripada Masjid Tanah Melaka ke Johor Bahru dalam keadaan hujan lebat & kadang2 renyai.. Potensi untuk kereta kotor pada tahap paling maksima adalah tinggi..

Selepas dinner Dominos Pizza tadi sambung layankan anak2 bermain.. Letih juga layankan anak2 kecil umur 4 & 1.5 tahun ni.. Macam2 perangai.. Tapi demi anak, aku buat2 tak rasa letih.. Pkl 10 td anak2 baru masuk tidur.. Wife aku kurang sihat, so dia tidur lagi awal dr anak2.. Tak apalah Sayang, Sayang rehat lah.. Abg boleh handle anak2 ni..

Bila anak2 dah tidur, rumah jadi sunyi sepi.. Tak ada bunyi TV @ Radio.. Cuma ada bunyi kipas angin jek.. Sambil2 layan Game Need For Speed kat Mobile Phone ni, sempat juga aku campak kain masuk dalam mesin basuh.. Sementara tunggu kain siap cuci aku terus layan Need For Speed.. hahaha aku dah jadi Most Wanted List No.2.. Rasanya baru jek download game ni 2 hari lepas.. Hari ni dah kat List No.2.. Hebat betul main game..

Kain dah basuh, tapi tak ampai lagi.. hehehe baru pkl 1230am.. Awal lagi ni.. Kejap lg ampai kain pukul 1am conform kena serang nyamuk lapar.. adoiii..

Sebenarnya ada rutin harian yang aku dah tinggalkan sejak 2 hari lepas.. Ini semua Need For Speed pasal ar ni.. Sepatutnya aku kena Workout.. aissss.. Tak boleh jadi layan game macam ni.. Boleh Jadi "Kentang" kalau terus macam ni.. Malam esok aku kena teruskan rutin harian aku.. Workout is my Business.. hahahah rugi ar beli alat senaman kalau tak pakai..

Emmm ok, aku kena sambung kerja yang terbengkalai tadi.. Ada sikit lagi kain nak diampai.. Sikit2 pun bakul yang ke-3.. hohoho banyaknya kain tak basuh.. Itu ayat sebelum basuh kain.. Ini kain dah basuh, woooo banyaknya kain belum berlipat..

daaa.. selamat tidur semua..
waktu sekarang 1250am..

25 Rahsia Wanita Cantik Bersangutan Dengan Gelarannya..

Hasil bacaan dari beberapa buah buku dan artikel, aku dapat senaraikan 25 gelaran untuk wanita cantik.. Betul atau tidak ianya hanya sekadar perkongsian ilmu yang aku jumpa dan terbaca..Sengaja aku alih bahasa nama-nama gelaran bagi sedap disebut..

Miss Scathing
Miss Pincers
Miss Inhale
Miss Big
Miss First
Miss Wall
Miss Lane
Miss Porcupine
Miss Cute
Miss Hot
Miss Escape
Miss Restless
Miss Lips
Miss Pleasant
Miss Interior
Miss Length
Miss Spread Out
Miss Swollen
Miss Broad
Miss Palatable
Miss Endurance
Miss Wing
Miss Desire
Miss Presses
Miss Sparrow

Saturday, March 29, 2014

7 Tubuh Idaman Jejaka..

Jom Angkat Berat..
Aktiviti mengangkat berat ialah rutin wajib dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman. Walaupun sejak akhir-akhir ni aku banyak kali terlepas sesi penting ni.. tapi itu bukan alasan untuk aku terus berhenti. Angkat berat bukan sekadar membantu membina kekuatan malah membantu meningkatkan metabolisme. jom tengok beberapa kelebihan lain daripada latihan beban ini.






1. Tinjak Imej
 

Tahukah anda dengan melaksanakan latihan berat ini, tubuh akan menjadi lebih anjal sekali gus memperbaiki imej dan keyakinan diri. Lelaki akan lebih berpuas hati sekiranya setiap masa mereka mampu menambah bebanan yang diangkat kerana ia melambangkan keberkesanan latihan tersebut. Gadis di luar sana gemar melihat lelaki bertubuh sasa kerana bagi mereka ia melambangkan keselamatan selain berasa bangga apabila mempunyai teman seperti kamu.

2. Memperbaiki Tidur
 

Mereka yang biasa melaksanakan aktiviti ini juga mendapat waktu tidur yang lebih berkualiti dan nyenyak. Latihan ini juga jauh lebih baik bagi mereka yang kerap mengambil pil tidur, di samping tiada kesan sampingan dan tidak perlu mengeluarkan wang sekali pun.

3. Berat Badan Terkawal
 

Boleh meningkatkan kadar metabolisme sehingga 15 peratus dan semestinya ia mampu memberikan jaminan buat mereka yang ingin mengawal berat badan. Jangan hanya mengangkat berat sahaja, tetapi tidak menjaga pemakanan kamu! jawabnya segala usaha anda akan menjadi sia-sia..

4. Melegakan Sakit Belakang 

Juga mampu melegakan sakit belakang kerana setiap kali latihan dilakukan, secara tidak langsung ia terus menyasarkan kepada bahagian otot belakang. Sekiranya kamu sering mengalami masalah sakit belakang, apa lagi beralihlah ke senaman ini.

5. Elak Artritis
 

Otot yang kuat boleh menjadi hentakan kuat pada tulang sendi dan mampu ia melegakan sakit pada tulang. Bagi mereka yang mengalami masalah osteoporosis dan artritis sememangnya senaman angkat berat yang teratur pasti mampu mengelakkan penyakit ini daripada terus berlaku.

6. Bantu Pencernaan
 

Latihan beban yang dilakukan dalam masa tertentu sebenarnya banyak membantu dalam proses pencernaan. Bagi latihan biasa pula ia sebenarnya mampu meningkatkan tahap kepantasan pencernaan sebanyak 56 peratus dan mengurangkan kanser kolon.

7. Elak Sakit Jantung
 

Setelah banyak lemak dicernakan, ia juga boleh merendahkan paras gula dan lemak dalam badan. Paling pasti senaman ini menuju ke arah kesihatan kardiovaskular yang boleh mengelakkan jejaka daripada mendapat penyakit pembunuh nombor satu iaitu jantung.

10 Tubuh Tidur Telanjang..

Bukan kebiasaan orang timur seperti kita untuk tidur telanjang.. Apa kata kita ubah ketidakbiasaan itu kepada kebiasaan.. Sebenarnya banyak manfaat yang kita akan dapat..



1. Menghilangkan Rasa Sakit.
Tidur tanpa pakaian memberi yang sangat baik untuk menghilangkan ketegangan dalam sistem saraf visera abdomen.


2. Meningkatkan Kesuburan Lelaki.
Pakaian yang digunakan semasa tidur dapat meningkatkan panas, sehingga memjejaskan jumlah sperma.


3. Menjaga Organ Intim Wanita.
Organ intim Wanita biasanya lembab menjadikan ianya tidak selesa dan kadangkala mengundang pelbagai jegala tidak sihat di sekitar Miss V. Jika tidur telanjang, ia cukup membantu para wanita agar organ intim mereka tetap kering dan pengaliran udara tetap lancar.


4. Membantu Lebih Intim.
Tidur tanpa pakaian juga membantu kita dan pasangan memupuk sikap keterbukaan serta meningkatkan perasaan seksual.


5. Membuat Merasa Lebih Nyaman.
Dengan kenyamanan yang kita rasakan, maka semua bahagian tubuh kita akan merasa lebih rileks. Dengan itu maka tidur kita akan lebih nyenyak dan kita akan mendapat tidur yang berkualiti. Sekaligus akan menyehatkan tubuh kita.


6. Mengurangkan Rasa Letih, Lemah dan Tegang. 
Tidur telanjang pada waktu malam dapat mengurangkan rasa letih, lemah serta tegang setelah sepanjang hari badan bekerja.

7. Mencipta “Mood” Untuk Bercumbu.
Lelaki mana yang akan tahan melihat pasangannya meringkuk di sisinya tanpa pakaian tidur. Ini menjadi seakan undangan bagi lelaki untuk melakukan hubungan seksual.

8. Menciptakan Hasrat.
Ketika kamu merasa terpisah dari pasangan, kamu mungkin juga kehilangan hasrat untuk bersamanya. Jadi lakukan langkan pencegahan sebelum ianya menjadi lebih parah, tidur telanjang amat membantu mengatasi masalah tersebut.


9. Menimbulkan Ikatan.
Ketika saling bersentuhan kulit di tempat tidur, ianya akan meningkatkan rasa ikatan di antara kamu dan pasangan. Ingatlah ketika baru menikah dulu, inginnya selalu bersentuhan, kan? Semakin kamu menyentuh, kamu semakin merasa dekat dengan pasangan.


10. Lebih Sihat.
Sering melakukan hubungan seks memberikan banyak manfaat kesihatan. Tidak perlu bercumbu setiap hari (kecuali kamu berdua memang menginginkannya), cukup beberapa kali saja dalam seminggu. Menghabiskan waktu 30 hingga 60 minit sehari untuk bercumbu boleh menjadi kita menjadi lebih aktif, sihat dan cergas!


Selamat Berjuamg Demi Perubahan..

Kenapa Perlukan Perubahan..

Hanya perlukan perubahan yang kecil.. ada pepatah menyebut, If You Change Nothing, Nothing Will Change.. so change something.. Like.. emm apa2 ar yang patut ditukarkan..

Azam Bulan April 2014 "Aku Akan Rajin Menulis".. nampak perubahan tu kecil sangat kan.. maksudnya sebelum ni aku memeng kurang suka menulis.. bukannya tiada apa yg perlu dituliskan.. ada, cuma MALAS.. so aku nak tukarkan MALAS tu kepada RAJIN.. "You Change are Important Meetings You Scheduled With Yourself, Bossed Don't Cancel".. hahaha kena kat Bossed aku..

Ini semua angkara iR Mr Faiz Said ar ni.. seorang sahabat yg bg aku semangat tuk menulis.. dia kata "Tulis jek apa ko rasa nak tulis".. so aku cuba utk buktikan..


Sememjak akhir-akhir ni aku dah tiada hujung minggu.. ehh mcm mana tu.. bekerja 24/7.. kerja office, kerja rumah & kerja luar.. haa kan 24/7.. non-stop.. tidur pun kerja juga.. kerja paling hebat.. kalau tak setuju, cuba dulu baru tahu kerja tidur tu hebat atau tak.. nanti aku cerita pasal tidur ni kat entry lain ye..