Sunday, April 9, 2017

7 Kaedah Melegakan Sakit Otot Selepas Bersenam

Tahniah kerana anda telah berjaya menghabiskan rutin senaman pagi anda. Tentunya ketika ini otot-otot badan anda berada dalam kedaan yang kurang selesa. Jangan biarkan kesakitan itu melarat, saya kongsikan bagaimana cara untuk melegakan sakit otot selepas bersenam..



Ini adalah perkaya paling penting yang sering kita lupa, iaitu untuk merehatkan otot. Otot perlu rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.

1. Lakukan Senaman Kardio Ringan

Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang. Apa yang anda boleh buat, mungkin berbasikal santai dalam 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman.

2. Minum Teh Hijau



Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen redikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

3. Mandi Sauna


Meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrient ke otot. Sebaiknya mandi sauna dibuat selepas habis bersenam. Ia sanyak baik untuk rehatkan dan melegakan tubuh secara psikologi.

4. Urutan



Cara terbaik untuk melegakan otot adalah dengan berurut, dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang pakar dan lakukan urutan keseleuruh badan. Ia boleh melegakan tisu dalaman otot yang ssukar dilegakan menerusi kaedah lain seperti senaman regangan. Semasa berurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

5. Tidur Secukupnya

Ianya bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Menggurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan tidur sekurrang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika ada masa terluang, tidurlah seketika pada waktu petang.

6. Senaman Regangan



Sering diabaikan ssedangkan ia sangat kritikal dalam memulihkan dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan sedikit senaman segangan selepas bersenam ketika otot masih berada di perinkat hangat dan senang dilenturkan.

Tahap setiap regangan adalah dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukan sehingga anda berasa otot selesa dan tidak sakit lagi.

7. Bernafas Dengan Baik

Sebaik-baiknya teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau penyejukan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan. Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali, Ketika menghembus nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan..

Semoga Berjaya..

No comments:

Post a Comment