Sunday, January 22, 2017

Road to be Mr Babywearer

Sebagai pengenalan Persatuan Penggendong Bayi Selat Tebrau Johor Bahru, Johor (Selat Tebrau Babywearers) adalah pertubuhan yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) yang dianggotai oleh ibu bapa dan penjaga yang berminat dalam mengendong bayi. STB merupakan kelab yang aktif dengan keahlian mencapai 750 orang.

Ditubuhkan melalui laman sosial Facebook pada 6 Disember 2012, dengan barisan beberapa orang jawatankuasa yang diterajui oleh Dr. Nyazirah binti Abdul Wahab. Pertubuhan ini telah didaftarkan secara rasminya pada 4 Disember 2013 dengan nama Persatuan Penggendong Bayi Selat Tebrau Johor Bahru, Johor (Selat Tebrau Babywearers) dengan no. Pendaftaran PMM-020-01-0412201.

Objektif pertubuhan ini adalah untuk:

  • Memupuk kesedaran dikalangan ibu bapa / penjaga tentang keperluan mengendong bayi
  • Memberi pendidikan melalui perjumpaan dan kelas dari semasa ke semasa mengikut keperluan ahli persatuan
  • Merapatkan hubungan silaturahim dan kerjasama di kalangan ahli
  • Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan ciri-ciri semasa menggendong bayi
  • Menyebarkan maklumat tentang kebaikan menggendong bayi

21 January lepas adalah AGM Selat Tebrau Babywearers (STB) kali ke-4 yang berlangsung di Mak Jah Cafe UTM Skudai, Johor. Sebagai ahli berdaftar dengan nombor keahlian STB-004 dan isteri STB-007 wajiblah untuk kami menghadirkan diri. Sama seperti tahun-tahun sebelum ni, AGM STB tetap meriah.

Terima kasih kepada Admin STB 2016 kerana telah menyediakan tempah yang selesa, makanan yang sedap, goodies bag yang menarik dan tak lupa juga kepada penaja-penaja lain antaranya Southern Lion Sdn Bhd atas tajaan ubat gigi dan Baby Wearing by Baby Ultra atas tajaan Hannah Woven Wrap sebagai hadiah kepada Mr dan Mrs Babywearers.

Untuk sesi 2017 ni, aku telah  dipilih menjadi sebahagian daripada Admin STB dan merupakan kali kedua bergelar Admin, kali pertama adalah pada 2 tahun lepas iaitu tahun 2015. Semoga perlantikan aku sebagai Admin STB tahun ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam melancarkan perjalan progran yang bakal dilaksanakan.

Seperti tahun-tahun sudah, pencarian Mr dan Mrs Babywearers pasti ada. Tahun ni gelaran Mr Babywearer diberikan kepada aku. Kena tanya penal penilai kenapa pilih aku sebagai Mr Babywearer 2017..

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Puan Dot, Pengurusi STB 2017 kepada Mr Babywearer 2017
Mrs Babywearer 2017
Suasana AGM di dalam Cafe
Suasana AGM di luar Cafe
Geng Isteri
Terima Kasih Baby Wearing by Baby Ultra 
Inilah baby yang akan pakai Woven Wrap ni
Aku
Kami
Sedikit tatacara untuk menggunakan Woven Wrap. So kita layan dulu video kat bawah ni.. Kalau ianya berguna, share ar banyak2 video ni ye.. Nanti aku try buat video lain pula. Video bawah ni adalah tatacara untuk Front Wrap Cross Carry dalam Woven Wrap.












Wednesday, January 18, 2017

Mee Tarik di Hangzhou..


Mee Tarik Istimewa..
Suatu hari aku ke Negara China atas urusan kerja. Bertolak dari KLIA ke Guangzhou dan seterusnya ke Hangzhou, penerbangan entah berapa jam aku pun dah tak ingat dah.. Maklumlah pakcik ni dah tua.. hahaha yang pastinya sampai ke Airport Hangzhou sekitar pukul 1240 pagi, belum sampai ke Hotel penginapan lagi tu.. Bengkak mata asyik bangun tidur jek dalam flight..

Alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan, letih tapi seronok.. Sampai di hotel sekitar pukul 130 pagi, terus masuk bilik dannnn tidur..

Esok harinya.. Lepas sarapan pagi, agenda pagi ni adalah lawatan ke kilang tapi telah di tunda ke tengahari.. So, aku ambil kesempatan pagi tu untuk jalan-jalan sekitar hotel. Cuaca agak panas tapi udaranya cukup sejuk, so taklah aku peluh sangat time jalan-jalan kat luar tu..

Nampak macam ringan, ini dah kira berat untuk aku bersarapan.
Bangunan tinggi belakan tulah Hotel tempak aku menginap..
Buat pertama kali aku sampai ke Negara Tembok Besar China ni tentunya masalah utama adalah bahasa dan makanan.. Kalau korang terror bahasa English pun belum tentu korang boleh berkomunikasi dengan orang tempatan di situ.. So apa yang aku boleh buat terpaksa bawa juru bahasa untuk mudahkan segala urusan di situ..

Hari ni aku nak cerita pasal Mee Tarik.. Aku pernah dengar pasal mee tarik ni dah lama dah, katanya mee tarik asli berasal dari Negara China ni.. So dah ada peluang sampai ke sini, marilah kita cari dan cuba mee tarik yang istimewa sangat tu..

Perjalanan berkereta lebih 40 minit dari Hotel ke kedai makan yang dituju. Kedainya kecil jek, tapi pelanggannya ramai, Itu antara bukti yang menu di kedai makan tu sedap agaknya.. Lagi satu hal, bukan senang nak cari kedai makan yang menghidangkan makanan halal kat sini.. Sebab tu  sampai 40 minit berkereta baru boleh sampai ke kedai makan ni.. 

Menu di kedai makan ni boleh tahan banyak juga, tapi misi aku kali ni cuma nak makan mee tarik jek.. Satu kelainan yang aku jumpa di kedai ni adalah semua minuman yang di jual adalah minuman dalam botol atau tin jek, tak sama macam di Malaysia, kalau kedai makan tak ada Teh Tarik kira itu adalah kali terakhir orang akan singgah..

Apa ntah nama kedai ni..!!
Semua dah duduk.. aku terlambat rupanya..
Yang pakai kopiah putih tu Pelayan merangkap Tukang masak..
Korang nak order apa..? mintak jek..
Sijil Halal tu yang paling penting..
Dapur
Kalau di Malaysia, apa makanan pencuci mulut korang.. Biasnya buah segar ar kan.. Tapi di sini makan pencuci mulut aku Kebab.. haaa amacam..? Aku nak sebut nama makanan ni dalam bahasa tempatan aku tak tahu, tapi rupa dan rasanya sama macam kebab.. Roti berinti daging cincang yang di goreng dengan lada hijau dan tentunya ada resepi istimewa didalamnya.. hahah makan jer ar yee..

Kebab pencuci mulut katanya.
Mee Tarik Istimewa dah habis..
Alhamdulillah dimurahkan rezeki, misi pencarian Mee Tarik telah berjaya pada hari pertama kembara di Negara China ni.. Seingat aku sepanjang 3 hari 4 malam di sini, menu lunch aku adalah mee tarik.. Amacam, kalau tak sedap takkan aku boleh makan sampai habis mee tu kan.?




Tuesday, January 17, 2017

Babywearing..? Bukan hanya untuk ibu..

Suatu ketika dahulu mengendong lebih sinonim dengan kaum ibu sahaja, kini tidak lagi.. Sebab aku sendiri mengendong anak-anak aku, kalau bukan aku siapa lagi nak gendong..?

Peralihan aku dari menggunkan kereta sorong (Stroller) ke alat gendongan (Baby Carrier) bermula sekitar tahun 2012.. Iaitu selepas mendapat anak kedua. Mulanya isteri yang beria nak pakai baby carrier ni, aku cuma support dari belakang jek.. Melihatkan beban yang harus dipikul membuatkan aku kena ambil port dan belajar guna baby carrier tu.. Sebelum ni aku tak tahu pun ada kelas atau bengkel yang akan ajar cara nak guna carrier ni dengan betul, yang aku tahu lepas dah beli sehelai carrier aku cari cikgu kat Youtube untuk ajar aku.. Kalau kita betul nak belajar, semua benda boleh jadi mudah..

Percubaan pertama aku menggunkan baby carrier ni sekitar tahun 2012, masa tu aku temankan isteri join kelas Babywearing.. Isteri dan anak sulung Abg Iqi dalam dewan dengar talk, aku dengan Abg Muq kat luar dewan menunggu kelas tamat dengan penuh sabar.. heheheh tengoklah wajah kesabaran aku ini.. Ini adalah hasil dari Cikgu Maya aku ajar, setakat hari ni dialah Cikgu aku dalam dunia Babywearing qni..

Photo ehsan drpd SNUGGbaby.com
Ada beberapa jenis carrier dan hampir semua aku dah pakai, kecuali pouch.. Mungkin sebab aku tak jumpa lagi saiz pouch yang sesuai dengan aku ni.. 

Antara jenis carrier adalah Woven Wrap, Stretchy Wrap, Ring Sling, Pouch, Mei Tai dan Soft Structured Carrier (SSC).. Gambar kat atas tu aku berbelit dengan Stretchy Wrap.. Bukan senang sebenarnya nak pakai SW tu kalau tahap kesabaran tak cukup tinggi.. hehehh

OK sebelum tu, mari kita tengok gambar-gambar aku dengan beberapa jenis carrier.. Alhamdulillah sehingga hari ini aku belajar sendiri bagaimana cara dan kaedah untuk menggunkan baby carrier ni..

Tengah test drive Woven Wrap..
SSC Di Shopping Mall
Mei Tai di Kedai Makan
Ring Sling di Pasar Ikan
Aku tak rasa janggal untuk mengendong anak, walaupun orang keliling tengok aku macam pelik sikit. Korang nak tahu tak bertapa bangganya aku dapat gendong anak-anak aku berbanding letak dorang dalam stroller..!! Kenapa aku pilih untuk ber'Babywearing adalah sebab ianya mudah, selesa dan selamat.. hahaha Apa yang paling penting sebelum ambil keputusan untuk gunakan mana-mana baby carrier ni kena tahu dan faham kaedah T.I.C.K.S. haaa bukan main pakai sarung jek ye..

The Rule for Safe Babywearing..
Biasalah orang perempuan ni, dah dapat satu carrier kalau boleh nak dua, dah ada dua nak tiga pula.. tak apa lah, pelaburan juga namanya ni.. Ada juga carrier yang kami dah tak pakai kami akan jual balik.. haaa kan pelaburan namanya tu... Ok ini sedikit koleksi isteri aku, macam biasalah isteri beli suami pakai jek..  

SSC Woven Wrap dan Ring Sling

Woven Wrap
SSC
Ring Sling dari koleksi diatas ni aku belum pernah sarung lagi, sebab aku mula berjinak-jinak dengan ring sling ni baru beberapa minggu.. senang cakap baru tahun ni aku belajar pakai ring sling.. Sekali dah pakai rasa macam nak pakai selalu.. Macam gambar aku pakai ring slilng kat atas tadi tu, itu second time aku pakai kat pasar ikan, yang pertama aku pakai kat dalam mall itupun selepas isteri kata sakit badan tak larat nak gendong baby dannnn kebetulan hanya itulah carrier yang dibawa.. So, aku pun sarung jek ar.. Selesa juga walaupun kali pertama aku ber'Ring sling di khalayak umum..

First Time Ring Sling
Mudah dan selesa sebenarnya pakai baby carrier ni, tambah-tambah lagi kalau kita pakai carrier yang betul.. Tak percaya.. Korang nilai sendiri bertapa mudahnya bila Babywearing dengan carrier yang betul ni..

Jadi Cameramen pun boleh..

Window Shopping pun jadi mudah

Jalan kat tempat ramai orang pun mudah..

Pusing-pusing KLCC dengan empat orang anak pun jadi mudah..
Mendaki tangga di Candi Burubudur pun tak jadi masalah

Dalam banyak koleksi carrier yang isteri aku ada, Woven Wrap Kokadi  Ahoi ni menjadi pujaan hati tu.. Tengoklah bertapa menawannya wrap itu..






Monday, January 16, 2017

Ladang Lembu Di Kaki Gunung Kinabalu..

Enam bulan lepas kami sekeluarga bercuti di Sabah, asalnya aku nak balik ke kampung halaman menziarah kedua ibu bapa jek.. Mohon cuti rehat 14 hari untuk balik ke kampung.. Setahun sekali, kenalah mohon cuti panjang sikit.. Dah sampai kampung, apa plan..? takkan duduk kampung jek kan..!! So aku bawa isteri dan anak-anak pusing-pusing Pekan Kundasang di Daerah Ranau. Perjalanan menaiki kenderaan 2 jam setengah hingga 3 jam daripada Pekan Papar, ianya bergantung juga pada jenis kenderaan yang anda pandu.. Hari tu aku sewa kereta Perodua Axia untuk dipandu ke Pekan Kundasang..

Sebelum sampai ke Pekan Kundasang tu, ada banyak pekan yang aku kena lalui.. Dari Pekan Papar - Pekan Kinarut - Pekan Putatan - Pekan Petagas - Pekan Tanjung Aru - Bandaraya Kota Kinabalu - Pekan Inanam - Pekan Telipok - Pekan Tamparuli - Pekan Nabalu - Pekan Kundasang dan akhir sekali adalah Pekan Ranau.. So, macam mana bersediakah anda untuk memandu melalui pekan-pekan ini..? Laluan agak biasa dan tentunya bukan lebuhraya, Negeri yang kaya dengan hasil hutan tapi pembangunan yang agak terkebelakang.. Dimana silapnya..? Ahli Politik Negeri Sabah tentu ada jawapannya.. hehehe

Jau perjalanan, luas permandangan..
Sesampainya di Pekan Ranau, lokasi pertama adalah KFC.. hahahah anak-anak dah lapar.. Kenyang perut kita sambung perjalanan ke Kolam Air Panas Poring.. Aku pun tak ingat kail terakhir aku sampai kesini bila.. Agaknya tahun 2009 atau 2010.. 

Dulu sekitar tahun 2009/2010... tapi batu tempat kami duduk tu masih ada hingga ke hari ini..
Lokasi pertama, Kolam Air Panas Poring..
Kalau dah sampai kolam, mestilah budak-budak tu nak terjun dalam air kan..! So, refresh kat sini 30 minit lepas tu ada lokasi lain untuk diterokai.. Tempat ni dibuka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 6 petang dan ada bayaran masuk yang dikenakan, untuk Warganegara Malaysia bayar masuk bermula dari RM1 - RM3 dan untuk Bukan Warganegara pula bermula dari RM10 -RM15..

Selain Kolam Air Panas, disini juga ada Kebun Rama-Rama, Laluan Kanopi, Taman Tropika dan banyak lagi.. Jom berkunjung ke Ranau..

Ok, selesai urusan di Kolam Air Panas kita bergerak ke Tagal Sungai Moroli Kg. Luanti pula.. Tagal.? Korang jangan tanya aku apa maksud TAGAL.. korang ikut jek..

Tempat ni kat tepi jalan jek, Orang Sabah bilang "Di Siring Jalan Sija Ini Tempat"
Kalau berani, cubalah masuk.. heheheh
Aktiviti di sini cuma kita tengok ikan dan ikan tengok kita.. hahahah.. Nak bagi makan ikan pun boleh, nak mandi manda dengan ikan pun boleh.. Nak tangkap ikan bawa balik kena tanya Penjaga Sungai.. heheheh Di sini pun dikenakan bayaran untuk masuk sama seperti di Kolam Air Panas Poring tadi dan waktu operasi bermula 830 pagi hingga 5 petang.. Kalau nak lagi best datang time lunch sekitar pukul 12 tengahari hingga 2 petang, ikan-ikan sangat lapar waktu tu, baru ar seronak nak suap makanan ke mulut ikan..

Memandngkan hari dah agak lewat, so kita teruskan perjalanan ke lokasi ketiga kita hari ni.. iaitu Ladang Lembu atau Desa Dairy Farm.. Ada apa kat situ, tentunya ada lembu.. hahah

Abang Muq sayang kat Lembu Batu ni..
Ada apa di sebalik awan..?
Misi untuk meninjau puncak Gunung Kinabalu dari jarak yang paling dekat gagal petang ni.. Jadi apa yang kita boleh buat adalah.... tengok lembu makan rumput kat padang ragut jek ar nampaknya.. 

Kakak Qisya buat bunyi lembu.. Moooooo...
Sebenarnya ada banyak aktiviti boleh dibuat disini, selain tengok lembu meragut rumput di padang ragut, kita boleh tengok proses memerah susu lembu dan aktiviti bersama degan lembu.. 

Yang nampak cuma lembu hitam dibalik rumput..
Selamat Datang katanya..
Sejuk sebenarnya.. hehehe
Taman di Desa Dairy Farm
Di Pusat Pemerahan Susu

Selesai hari pertama di Pekan Kundasang yang berakhir di Desa Dairy Farm, so kita balik ke rumah tumpangan di bawah tu jek.. 5 minit menuruni  bukit yang curam dengan berkereta..

Hari kedua di Pekan Kundasang, Misi hari ni adalah untuk mencerap puncak Gunung Kinabalu.. Seawal pagi yang pastinya sejuk, anak-anak dah siap sedia untuk jelajah hari kedua.. Buka-buka mata terus nampak puncak Gunung.. So, Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama ia ditutup awan.. heheheh..

Belum cukup dekat ni..
Dah nampak dari jauh, apa kata kita pergi dekat.. jom naik kereta mencerap Puncak Gunung Kinabalu..

Kak Qisya dan Gunung Kinabalu
Tiga Beradik Abg Iqi, Kak Qisya & Abg Muq
Haaa ini kami 5 Beranak.. Siap pula yang ambil gambar kami ni..?
Petang semalam kita dah masuk dalam ladang, pagi ni kita duduk tepi pagar masuk jek.. Sebabnya ladang tak buka lagi.. heheh awal betul kami sampai ke sini demi memenuhi hajat isteri nak tengok Gunung Kinabalu dari jarak paling dekat dan menarik..

Ok, kita dah tengok Gunung tapi belum sampai ke kakinya lagi.. Apa kata kita ke kaki gunung pula, terletak lebih kurang 10km dari sini. Namanya Kinabalu Park. Disinilah tempat bermulanya untuk para pendaki mendaki Gunung Kinabalu dan lebih selamat.

Selamat Mendaki semuanya..
Summit Trail.. Dari Dulu Kini Dan Selamanya..
Kedatangan aku ke sini kali ni sebagai pelawat, bukannya pendaki.. Pendakian terakhir adalah sekita tahun 2000.. 17 tahun berlalu, bilalah agaknya aku nak mendaki Gunung kinabalu lagi ni..? emmm.. Ambil mood dulu ar kalau macam ni, dah sampai kaki gunung tapi tak dapat mendaki.. Rasa macam nak nangis..

Disilah tempat bermula..
Di atas pondok ni ada pelantar disediakan untuk orang-orang yang datang macam kami hari ni, bukan untuk mendaki tapi hanya untuk dekat dengan alam. Apa yang menariknya sekarang kami berada di pintu masuk ke Kaki Gunung Kinabalu.. 

Bermain dengan sang Tupai..
Pagi ni ada seekor sang Tupai jek, yang lain masih tidur agaknya..
Nampaknya matahari dah semakin meninggi, perutpun dah semakin lapar. Sebelum berangkat balik ke kampung di Pekan Papar, kaim pusing-pusing pasar sayur di Pekan Kundasang buat bekalan balik ke kampung.. hehehh Selamat tinggal Pekan Kundasang..