Tuesday, April 11, 2017

Jangan Marah Marah Nanti Cepat Tua


Setiap orang pasti pernah marah. Ianya terjadi kerana marah adalah respon kepada rasa kurang selesa yang terjadi. Namun jika kita sering marah-marah, wajah kita akan kelihatan sangat tua..

Nasihat "Jangan marah-marah, nanti cepat tua" memang sudah tidak asing lagi. Tapi, tahukah anda bagaimana dengan hanya marah wajah boleh kelihatan lebih tua.. Bagaimana ia berlaku.? 


Saat marah, wajah memiliki ekspresi tertentu seperti mata dan mulut yang terbuka lebar, dahi berkerut dan sebagainya. Oleh itu, jika kita kerap marah maka kerutan pada wajah yang timbul saat kita marah lama kelamaan akan menjadi kekal. Itu yang menyebabkan wajah kita kelihatan lebih tua dari usia.. Selain itu, pada saat kita marah, otot-otot pada wajah dan tubuh menjadi tegang. Ketegangan yang wujud mempercepatkan wujudnya kedut-kedut pada wajah mahupun pada bahagian tubuh lain. Itulah yang menjadikan wajah kelihatan tua.

Keadaan emosi yang terjadi dikala marah melanda boleh meningkatkan hormon stres dalam tubuh. Padahal hormon stres adalah racun yang boleh merosakkan fungsi organ tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penuaan.

Jadi, kalau anda rasa tak nak nampak tua sebelum usia, anda harus belajar untuk kawal kemarahan anda. Dulu aku adalah seorang pemarah, tapi kini tidak lagi. Aku berjaya jadi "budak baik" yang tak suka marah tak tentu hala atau membabi buta.. hehehe itu semua terjadi selepas aku rajin sangat makan Shaklee B Complex. Dengan B Complex aku cukup rasa tenang dan selesa walaupun pada masa yang sama aku sepatutnya harus marah..


Jadi ingat, "Jangan marah-marah, nanti cepat tua" 

Taknak tua sebelum usia, marilah kawal kemarahan anda drngan Shaklee B Complex..


Sedekah Tidak Sekadar Ringgit..


Sedekah tidak harus berupa harta benda atau wang ringgit. Ada sedekah yang sangat mudah untuk kita lakukan, tanpa perlu mengeluarkan tenaga. Sedekah itu ialah "Senyuman". Hanya dengan sedikit saja menarik wajah dan bibir sehingga menciptakan sebuah senyuman yang indah dan manis.

Kalaupun kita sukar untuk memberikan senyuman, jangan sampai menampakkan wajah yang masam dan sinis. Tampilkan wajah yang indah, menyenang dan menenangkan untuk dipandang, kerana menampakkan keceriaan wajah kepada saudara kita akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang bersedekah.

Selain memberikan senyuman, alangkah lebih indah dan mulia apabila disertakan dengan ucapan salam ketika bertemu sesama muslim. Ucapan salam merupakan sapaan terbaik dari pada ucapan-ucapan yang lainnya kerana ucapan salam merupakan doa untuk orang lain. Dengan ucapan salam bererti kita mendoakan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan kepadanya.

Ucapan salam selain mengandungi doa juga akan memberi banyak manfaat. Dengan mengucapkan salam dapat menimbulkan rasa cinta, Bukan cinta kerana nafsu, melainkan cinta kerana agama dan cinta kerana Allah.

Dengan itu, marilah kita lakukan dan amalkan apa yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita. Semoga amalan yang ringan ini dapat mengbawa kita ke syurga yang indah dan di dalamnya penuh dengan kenikmatan-kenikmatan yang tiada bandingnya..




Monday, April 10, 2017

Amalkan Gaya Hidup Sihat, Elak Penyakit Kronik..

Trend generasi muda kini lebih gemar menghadap gajet atau telefon bimbit sangat membimbangkan..


Golongan belia harus membudayakan amalan gaya hidup sihat bagi mengelak dari menghidap penyakit kronik seperti berat badan berlebihan, obesiti dan diabetis pada usia muda..


Amalan gaya hidup sihat adalah merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsistan dan berterusan juga ianya amat baik dari sudut kesihatan. Ia termasuklah pemgambilan makanan seimbang, melakukan senaman, menjaga kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan sebagainya.

Pemakanan seimbang adalah kunci untuk ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari.

Makanan tidak seimbang memungkinkan seseorang itu mudah mendapat penyaki berbahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita menggamalkan pemakanan seimbang. Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.

Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat mengeluarkan toksik dalam badan. Aktiviti senaman boleh dibuat dimana-mana sahaja seperti di taman permainan, kawasan lapang, gym atau di dalam rumah dengan menggunakan alatan yang sesuai. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi.


Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga  seperti nyamuk, lalat dan lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Amalan menjaga kebersiha ini perlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Saya akan memastikan rumah kediaman, kereta dan semua peralatan yang saya dan keluarga gunakan berada dalam keadaan yang paling bersih. Shaklee Get Clean telah menjadi sebahagian daripada kerja-kerja membersih saya..


Amalan gaya hidup sihat juga boleh kita amalkan jika kita tidak melakukan perkara-pekara yang boleh menjejaskan kesihatan. Perkara yang boleh menjejaskan kesihatan adalah seperti Merokok, mengambil dadah dah meminum arak. Selain tidak baik untuk kesihatan ianya juga sangat membazirkan wang ringgit yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Dan yang terakhir sekali adalah mengambil rehat yang cukup.. sekarang dah pukul 1 tengah hari.. so marilak kita berehat.. lari dari segala lelah dan lupakanlah seketika kerja yang tak pernah habis tu..

bye... jom rehat..



Pelari Memiliki Risiko Radang Sendi..?


Pada dasarnya, kurang aktif adalah merupakan salah satu faktor utama terjadinya radang sendi @ osteoartritis. Aktiviti berjalan atau berlari merupakan salah satu cara untuk mencegah dari berlakunya gangguan pada sendi terutamanya sendi lutut. Hal inilah yang menyebabkan mengapa seorang pelari memiliki risiko radang sendi yang rendah.


Berlari membantu melumasi lutut anda. Saat anda berlari, sendi-sendi anda akan terlumasi sama halnya seperti minyak pelincir melumasi engin kereta anda. Pernahkah anda merasa disaat mula berlari kaki anda terasa kaku, tetapi setelah berlari beberapa lama, kaki tidak terasa kaku lagi..?


Seorang pelari biasanya memiliki berat badan yang lebih ringan. Kerana berlari merupakan salah satu sukan olahraga yang dapat membakar banyak kalori. Memiliki berat badan yang ideal juga turut mengurangkan risiko radang sendi. Para ahli bahkan menyatakan setiap 500gm yang berkurangan dari berat badan anda, maka tekanan pada lutut anda juga akan berkurangan hingga 1 - 1.5kg.


Walaupun tidak semua pelari melakukannya, akan tetapi sebahagian besar pelari mengambil makanan sihat. Berbagai penelitian telah menunjukkan bahawa orang yang berolahraga secara teratur cenderung lebih bijak dalam memilih makanan.. Pengambilan makanan tambahan seperti kalsium juga adalah salah satu alternatif untuk mencukupkan segala keperluan tulang.. Sepertimana saya, saya sentiasa mengambil Shaklee Ostematrix bagi mencukupkan nutrisi yang perlu untuk tulang bagi mencegah berlakunya radang sendi..

Pelari seringkali melakukan pelbagai jenis peregangan saat berlari. Berbagai jenis peregangan ini dapat membantu melumasi sendi-sendi tubuh dan membuatnya semakin kuat.


Jadi, kenapa kita harus berhenti dari berjalan dan berlari..? 

Makanan Bersih Untuk Perut Sixpack

Ramai berpedapat terlalu banyak makan akan menyebabkan anda tidak akan memiliki tubuh idaman dan perut sixpack.. Pola "makanan bersih" yang diambil dengan teratur dan baik boleh memungkinkan anda memiliki tubuh idaman dan perut sixpack, sekaligus menyebabkan anda boleh makan dengan lebih kerap lagi..


Dalam soal ini, yang dimaksudkan dengan "Makanan Bersih" bukanlah mencuci tangan sebelum makan, atau hanya makan makanan yang kebersihannya terjamin dan bukan pula makan bersih sehingga tiada sisa makanan yang tertinggal di dalam pinggan. Akan tetapi, Makanan Bersih adalah istilah umum di dunia penjagaan kesihatan untuk hidangan makanan yang tinggi protin dan rendah lemak.



Bagaimana jika anda bertubuh kurus, adakah anda perlu untuk menghindari lemak..? Jawapannya ya, walaupun anda tergolong dikalangan orang yang bertubuh kurus dan sedang dalam program menaikan berat badan, tidak bererti anda bebas untuk makan makan berlemak sebanyak-banyaknya. Selain dapat menaikkan kadar kolesterol, lemak berlebihan akan menyukarkan anda untuk mendapat tubuh idaman dan perut sixpack yang anda inginkan.

Kunci utama untuk mendapatkan tubuh idaman dan perut sixpack selain menaikkan berat badan, Makanan Bersih dan bersukan adalah laluannya..

Tabiat makan yang lebih kerap (2-3 jam sekali) banyak membantu untuk menaikkan Calorie intake. Selain itu, jenis makan yang anda ambil juga mempengaruhi bentuk tubuh anda setelah anda mendapat berat badan ideal. Pilih makanan dengan protein berkualiti tinggi. Jika anda adalah orang yang terlalu sibuk, Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder boleh dijadikan pilihan makanan tinggi protein yang paling sesuai. Selain itu, kekacang juga boleh dijadikan alternatif makanan tinggi protein. Jangan risau, lemak yang ada pada kekacang adalah lemak baik yang dapat membantu merendahkan kolesterol.




Pada waktu tidur, tubuh tidak akan mendapat apa-apa nutrisi pun, oleh sebab itu sarapan sangat penting untuk membekal semula nutrisi di dalam tubuh. Jadi... jangan lupa sarapan pagi yee, selain untuk mengembalikan nutrisi, sarapan pagi juga penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda sepanjang hari. Pililah karbohidrat kompleks (whole grains atau oat) serta protein (susu atau telur) sebagai menu sarapan pagi. Untuk makan tengah hari dan malam pula, hindari daripada makanan yang mengandungi lemak tinggi seperti fast food dan makanan bergoreng serta minuman tinggi kadar gulanya. Pililah menu makanan yang diolah dengan cara direbus, bakar atau panggang.

Sunday, April 9, 2017

7 Kaedah Melegakan Sakit Otot Selepas Bersenam

Tahniah kerana anda telah berjaya menghabiskan rutin senaman pagi anda. Tentunya ketika ini otot-otot badan anda berada dalam kedaan yang kurang selesa. Jangan biarkan kesakitan itu melarat, saya kongsikan bagaimana cara untuk melegakan sakit otot selepas bersenam..



Ini adalah perkaya paling penting yang sering kita lupa, iaitu untuk merehatkan otot. Otot perlu rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.

1. Lakukan Senaman Kardio Ringan

Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang. Apa yang anda boleh buat, mungkin berbasikal santai dalam 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman.

2. Minum Teh Hijau



Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen redikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

3. Mandi Sauna


Meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrient ke otot. Sebaiknya mandi sauna dibuat selepas habis bersenam. Ia sanyak baik untuk rehatkan dan melegakan tubuh secara psikologi.

4. Urutan



Cara terbaik untuk melegakan otot adalah dengan berurut, dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang pakar dan lakukan urutan keseleuruh badan. Ia boleh melegakan tisu dalaman otot yang ssukar dilegakan menerusi kaedah lain seperti senaman regangan. Semasa berurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

5. Tidur Secukupnya

Ianya bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Menggurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan tidur sekurrang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika ada masa terluang, tidurlah seketika pada waktu petang.

6. Senaman Regangan



Sering diabaikan ssedangkan ia sangat kritikal dalam memulihkan dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan sedikit senaman segangan selepas bersenam ketika otot masih berada di perinkat hangat dan senang dilenturkan.

Tahap setiap regangan adalah dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukan sehingga anda berasa otot selesa dan tidak sakit lagi.

7. Bernafas Dengan Baik

Sebaik-baiknya teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau penyejukan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan. Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali, Ketika menghembus nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan..

Semoga Berjaya..

Thursday, April 6, 2017

Sukan Dart Dan Target Hanya Untuk Sebuah Kejayaan..

Pernah main Dart..?
Macamana nak menang main Dart..?

Syarat utama adalah kita kena set target dan fokus kepada papan dart tersebut.
Atau ada yang tak pernah main? Bukan saja-saja baling. Kita kena habiskan point yang ditetapkan, samaada 301, 501 mahupun 1001.. Siapa habiskan kiraan mata dulu dialah yang menang. (Adapun titik tengah merah ‘bulls-eye’ bukanlah mata tertinggi ok)




Begitulah juga dengan hidup kita.
Wajib ada target. Tanpa target, kita tiada tujuan hidup. Masa dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanpa tujuan hidup yang jelas, ramailah yang melepak menghabiskan masa di Shopping Mall, di tepian jalan, di kedai kopi yg mana ianya menyumbang kepada masalah sosial di kalangan masyarakat.

Ada banyak cara untuk kita buat target untuk berjaya. Saya senaraikan beberapa cara berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.

1. Target biar SPESIFIK
Mana satukah lebih jelas;
“Saya nak jadi jutawan”, atau “Saya akan mempunyai simpanan RM1 juta sebelum saya berumur 30 tahun”.

Ayat pertama lebih berbunyi seperti angan-angan. Atau kita sendiri pun tak yakin dengan target tersebut.

Pastikan kita tahu sesuatu target dengan jelas. Di mana, bila, siapa, bagaimana, kenapa, dan lain-lain.

2. Masa yang mencukupi
“Saya target untuk sampai di Perak pada pukul 10am”. Sedangkan anda berada di Skudai sekarang pukul 9am.

Bunyinya pun sudah mustahil. Saya beri contoh di atas untuk pemandu kereta.

3. Target mesti REALISTIK
“Saya nak jadi Ultraman dan bunuh raksasa-raksasa yang mengganggu ketenteraman awam.”

Haha, over pulak impian ni. Ini hyperbola namanya.

Maksudnya, target mesti berpijak di bumi nyata.

Ya betul, orang kata kita kena DREAM BIG. Pepatah arab juga berkata “Letaklah impian anda di bintang Suraya.”

Supaya jika tidak dapat yang BIG pun, dapat yang agak besar, dan jika tak dapat sampai bintang Suraya pun, dapatlah sampai ke puncak Gunung Everest.

Yang paling penting… Jangan takut berimpian besar! Kerana di situlah anda bakal mendapat motivasi dan usaha yang HEBAT!

Jika berimpian pun sudah takut, bagaimana mungkin anda mampu melakukannya di alam nyata??

4. Tulis dan Paparkan Target Anda Di Tempat Yang Hari-hari Anda Lihat
Tulis, print dan tampal/gantung target anda di cermin, di dinding, di dalam almari, di dapur, di pintu peti sejuk, di mana-mana sahaja yang anda akan temui dan baca setiap hari!

Tulis dengan jelas dan cantik. Jika target agak rahsia, gantunglah di belah dalam pintu almari bilik tidur anda. Mungkin juga di cermin meja solek anda. Juga di dalam dompet.

Ya, kita sangat perlukan bimbingan untuk mencapai target. Dan tulisan anda adalah bimbingan terbesar anda!


5. Beritahu Target Anda Kepada Orang Terdekat
Selepas tetapkan target, beritahu orang terdekat anda tentang target tersebut.
Beritahu pasangan anda, mak-ayah, adik-beradik, kawan rapat, saudara, nenek, atau sesiapa sahaja yang anda rasa dapat membimbing dan mengingatkan anda sekiranya anda tersasar.

Anda juga akan berasa malu jika target tidak tercapai. Malu yang memotivasikan. Bukan malu yang membuatkan anda menyorokkan muka.

Jadi, pastikan anda letakkan target yang SPESIFIK dan REALISTIK.

Jom set target..