Kemurungan adalah keadaan dimana seseorang akan merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Sekiranya perasaan itu hadir untuk seketika, ia mungkin sekadar "the bluse". Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan boleh menggangu aktiviti harian seperti bekerja atau hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar ini adalah kemurungan yang serius.
Tanda-tanda kemurungan.
Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.
Anda hilang minat melakukan aktiviti harian, tidak mahu bersosial dan sebagainya. Ataupun kehilangan perasaan untuk bergembira.
Tidur anda tidak teratur, samaada sukar untuk tidur atau tidur terlalu lama
Mudah untuk marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda
Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara
Sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.
5 kaedah atasi kemurungan
Amalkan perhubungan atau pergaulan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tersayang seperti suami/isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.
Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari akan memberikan impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental kita. Dengan bersenam kita akan berasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari mendatang. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.
Berfikir secara positif adalah suatu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan atau kebosanan dalam hidup anda, Cari beberapa perkara yang boleh membuatkan hidup anda lebih gembira dan ceria.
Amaklan diet pemakanan yang seimbang. Kerana terlebih makan atau sebaliknya pasti memberikan impak yang negatif kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang dan sedikit makanan tambahan yang kaya dangan Vitamin B. Boleh ikut cara aku menguruskan tekanan atau kemurungan ni dengan mengambil Shaklee B Complex secara tetap setiap hari, kenapa Shaklee B Complex..? Kerana ianya lengkap dengan 8 jenis Vitamin B. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus bagaikan kerenga kerana ia akan membutkan anda tertekan dan tidak bertenaga.
B Complex ni salah satu vitamin yang aku mesti makan hari-hari.. |
Tingkatkan penampilan anda, sekiranya anda betul mengambil berat cara pemakaian anda dan penampilan setiap hari, pasti anda akan merasa lebih selesa dan gembira apabila menjadi diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan jelita, ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.
Jadi, jangan nak murung-murung sangat.. hidup ni sekali sahaja, mesti mahu ceria dan gembira..
No comments:
Post a Comment