Tapi, kamu tidak tahu jika badan terlalu krurus, kamu berisiko diserang penyakit. Jangan ingat mereka yang gemuk sahaja boleh menjadi magnet penyakit.
Kalau kamu biasa timbang berat badan, pastinya kamu akan tahu yang Body Mass Index (BMI) iaitu kiraan berat badan idel dengan ketinggian kamu adalah sekitar 20 hingga 25. Jika lebih daripada 25, anda adalah obes. Manakala jika kurang daripada 18.5 pula anda dianggap terlalu kurus..
Ini adalah antara 4 penyakit yang mungkin orang kurus boleh hidapi.
Serangan Jantung
Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena serangan jantung, orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam.
Harus kita tahu, lemak orang gemuk membonjol terutama pada bahagian perut, tetapi lemak orang kurus tertampal pada bahagian jantung dan hati.
Kerap Letih
Mejoriti orang kurus akan kerap merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kekurangan darah. Selain Letih, petanda penyakit anemia lain selalu sakit kepala dan mudah semput.
Kurang Subur
Badan orang yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.
Tulang Reput
Mejoritibdikalangan kita terlalu risau dengan perkataan lemak. Takus sangat menjadi gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. Kebanyakannorangbkurus tudak sedar yang mereka biasanya akan mengalami madalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis. Ini terjadi kepada mereka yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilka estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi reput.
Maksudnya, selepas ini sila berpada-padalah memasang impian untuk kurus semata-mata nak bergaya dengan pakaian dengan potongan slim fit.. Silap haribulan, penyakit yang datang..
No comments:
Post a Comment