Wednesday, April 12, 2017

Faedah Bersukan Kepada Pengamalnya

Bersukan adalah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh dari tubuh badan kita. Malah kerajaan menggalakkan kita sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Zumba katanya..

Antara faedahnya adalah dapat menyihatkan tubuh.. Apabila kita bersukan atau melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, main badminton, membaling dart atau memanah dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan itu bermaksud berlakunya pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya badan kita akan terasa lebih segar dan tidak lesu untuk meneruskan aktiviti sepanjang hari.


Seterusnya, dengan bersukan kita dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin juga dapat menambah kenalan baru. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjogging di taman, kita akan bertegur sapa dengan orang sekeliling yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum.

Entah bila lagi nak berkumpul macam ni..
Selain itu bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang yang bermanfaat. Sesi latihan permainan atau riadah biasanya dilakukan di waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan sukan atau beriadah dapat menghindarkan diri dari terjebak dalam gejala sosial yang negatif.

Kesimpulannya, kita tidak akan rugi apa pun jika kita aktif bersukan. Jadi marilah kita bersukan secara sihat..

Sukan paling best aku pernah buat.. drift di padang pasir..
Dan esok adalah hari penentuan Sukan Dart di pejabat aku, semoga Rumah Hijau mendapat kejayaan yang cemerlang.. Selamat berjuang Dart Player.. 

No comments:

Post a Comment