Berlari membantu melumasi lutut anda. Saat anda berlari, sendi-sendi anda akan terlumasi sama halnya seperti minyak pelincir melumasi engin kereta anda. Pernahkah anda merasa disaat mula berlari kaki anda terasa kaku, tetapi setelah berlari beberapa lama, kaki tidak terasa kaku lagi..?
Seorang pelari biasanya memiliki berat badan yang lebih ringan. Kerana berlari merupakan salah satu sukan olahraga yang dapat membakar banyak kalori. Memiliki berat badan yang ideal juga turut mengurangkan risiko radang sendi. Para ahli bahkan menyatakan setiap 500gm yang berkurangan dari berat badan anda, maka tekanan pada lutut anda juga akan berkurangan hingga 1 - 1.5kg.
Walaupun tidak semua pelari melakukannya, akan tetapi sebahagian besar pelari mengambil makanan sihat. Berbagai penelitian telah menunjukkan bahawa orang yang berolahraga secara teratur cenderung lebih bijak dalam memilih makanan.. Pengambilan makanan tambahan seperti kalsium juga adalah salah satu alternatif untuk mencukupkan segala keperluan tulang.. Sepertimana saya, saya sentiasa mengambil Shaklee Ostematrix bagi mencukupkan nutrisi yang perlu untuk tulang bagi mencegah berlakunya radang sendi..
Pelari seringkali melakukan pelbagai jenis peregangan saat berlari. Berbagai jenis peregangan ini dapat membantu melumasi sendi-sendi tubuh dan membuatnya semakin kuat.
Jadi, kenapa kita harus berhenti dari berjalan dan berlari..?
No comments:
Post a Comment