Golongan belia harus membudayakan amalan gaya hidup sihat bagi mengelak dari menghidap penyakit kronik seperti berat badan berlebihan, obesiti dan diabetis pada usia muda..
Amalan gaya hidup sihat adalah merupakan satu siri aktiviti atau program yang mesti dilakukan secara konsistan dan berterusan juga ianya amat baik dari sudut kesihatan. Ia termasuklah pemgambilan makanan seimbang, melakukan senaman, menjaga kebersihan, tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan, rehat yang mencukupi dan sebagainya.
Pemakanan seimbang adalah kunci untuk ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan seimbang dalam diet harian dan menjadikannya budaya hidup setiap hari.
Makanan tidak seimbang memungkinkan seseorang itu mudah mendapat penyaki berbahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita menggamalkan pemakanan seimbang. Kita juga mesti meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari.
Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat mengeluarkan toksik dalam badan. Aktiviti senaman boleh dibuat dimana-mana sahaja seperti di taman permainan, kawasan lapang, gym atau di dalam rumah dengan menggunakan alatan yang sesuai. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi.
Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat dan lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Amalan menjaga kebersiha ini perlu diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Saya akan memastikan rumah kediaman, kereta dan semua peralatan yang saya dan keluarga gunakan berada dalam keadaan yang paling bersih. Shaklee Get Clean telah menjadi sebahagian daripada kerja-kerja membersih saya..
Amalan gaya hidup sihat juga boleh kita amalkan jika kita tidak melakukan perkara-pekara yang boleh menjejaskan kesihatan. Perkara yang boleh menjejaskan kesihatan adalah seperti Merokok, mengambil dadah dah meminum arak. Selain tidak baik untuk kesihatan ianya juga sangat membazirkan wang ringgit yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Dan yang terakhir sekali adalah mengambil rehat yang cukup.. sekarang dah pukul 1 tengah hari.. so marilak kita berehat.. lari dari segala lelah dan lupakanlah seketika kerja yang tak pernah habis tu..
bye... jom rehat..
No comments:
Post a Comment