Tuesday, April 11, 2017

Sedekah Tidak Sekadar Ringgit..


Sedekah tidak harus berupa harta benda atau wang ringgit. Ada sedekah yang sangat mudah untuk kita lakukan, tanpa perlu mengeluarkan tenaga. Sedekah itu ialah "Senyuman". Hanya dengan sedikit saja menarik wajah dan bibir sehingga menciptakan sebuah senyuman yang indah dan manis.

Kalaupun kita sukar untuk memberikan senyuman, jangan sampai menampakkan wajah yang masam dan sinis. Tampilkan wajah yang indah, menyenang dan menenangkan untuk dipandang, kerana menampakkan keceriaan wajah kepada saudara kita akan mendapatkan pahala sama seperti pahala orang yang bersedekah.

Selain memberikan senyuman, alangkah lebih indah dan mulia apabila disertakan dengan ucapan salam ketika bertemu sesama muslim. Ucapan salam merupakan sapaan terbaik dari pada ucapan-ucapan yang lainnya kerana ucapan salam merupakan doa untuk orang lain. Dengan ucapan salam bererti kita mendoakan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan kepadanya.

Ucapan salam selain mengandungi doa juga akan memberi banyak manfaat. Dengan mengucapkan salam dapat menimbulkan rasa cinta, Bukan cinta kerana nafsu, melainkan cinta kerana agama dan cinta kerana Allah.

Dengan itu, marilah kita lakukan dan amalkan apa yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita. Semoga amalan yang ringan ini dapat mengbawa kita ke syurga yang indah dan di dalamnya penuh dengan kenikmatan-kenikmatan yang tiada bandingnya..




No comments:

Post a Comment