Monday, April 10, 2017

Makanan Bersih Untuk Perut Sixpack

Ramai berpedapat terlalu banyak makan akan menyebabkan anda tidak akan memiliki tubuh idaman dan perut sixpack.. Pola "makanan bersih" yang diambil dengan teratur dan baik boleh memungkinkan anda memiliki tubuh idaman dan perut sixpack, sekaligus menyebabkan anda boleh makan dengan lebih kerap lagi..


Dalam soal ini, yang dimaksudkan dengan "Makanan Bersih" bukanlah mencuci tangan sebelum makan, atau hanya makan makanan yang kebersihannya terjamin dan bukan pula makan bersih sehingga tiada sisa makanan yang tertinggal di dalam pinggan. Akan tetapi, Makanan Bersih adalah istilah umum di dunia penjagaan kesihatan untuk hidangan makanan yang tinggi protin dan rendah lemak.



Bagaimana jika anda bertubuh kurus, adakah anda perlu untuk menghindari lemak..? Jawapannya ya, walaupun anda tergolong dikalangan orang yang bertubuh kurus dan sedang dalam program menaikan berat badan, tidak bererti anda bebas untuk makan makan berlemak sebanyak-banyaknya. Selain dapat menaikkan kadar kolesterol, lemak berlebihan akan menyukarkan anda untuk mendapat tubuh idaman dan perut sixpack yang anda inginkan.

Kunci utama untuk mendapatkan tubuh idaman dan perut sixpack selain menaikkan berat badan, Makanan Bersih dan bersukan adalah laluannya..

Tabiat makan yang lebih kerap (2-3 jam sekali) banyak membantu untuk menaikkan Calorie intake. Selain itu, jenis makan yang anda ambil juga mempengaruhi bentuk tubuh anda setelah anda mendapat berat badan ideal. Pilih makanan dengan protein berkualiti tinggi. Jika anda adalah orang yang terlalu sibuk, Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder boleh dijadikan pilihan makanan tinggi protein yang paling sesuai. Selain itu, kekacang juga boleh dijadikan alternatif makanan tinggi protein. Jangan risau, lemak yang ada pada kekacang adalah lemak baik yang dapat membantu merendahkan kolesterol.




Pada waktu tidur, tubuh tidak akan mendapat apa-apa nutrisi pun, oleh sebab itu sarapan sangat penting untuk membekal semula nutrisi di dalam tubuh. Jadi... jangan lupa sarapan pagi yee, selain untuk mengembalikan nutrisi, sarapan pagi juga penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda sepanjang hari. Pililah karbohidrat kompleks (whole grains atau oat) serta protein (susu atau telur) sebagai menu sarapan pagi. Untuk makan tengah hari dan malam pula, hindari daripada makanan yang mengandungi lemak tinggi seperti fast food dan makanan bergoreng serta minuman tinggi kadar gulanya. Pililah menu makanan yang diolah dengan cara direbus, bakar atau panggang.

Sunday, April 9, 2017

7 Kaedah Melegakan Sakit Otot Selepas Bersenam

Tahniah kerana anda telah berjaya menghabiskan rutin senaman pagi anda. Tentunya ketika ini otot-otot badan anda berada dalam kedaan yang kurang selesa. Jangan biarkan kesakitan itu melarat, saya kongsikan bagaimana cara untuk melegakan sakit otot selepas bersenam..



Ini adalah perkaya paling penting yang sering kita lupa, iaitu untuk merehatkan otot. Otot perlu rehat secukupnya untuk pulih dan menjadi semakin kuat.

1. Lakukan Senaman Kardio Ringan

Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang. Apa yang anda boleh buat, mungkin berbasikal santai dalam 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman.

2. Minum Teh Hijau



Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen redikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

3. Mandi Sauna


Meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrient ke otot. Sebaiknya mandi sauna dibuat selepas habis bersenam. Ia sanyak baik untuk rehatkan dan melegakan tubuh secara psikologi.

4. Urutan



Cara terbaik untuk melegakan otot adalah dengan berurut, dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang pakar dan lakukan urutan keseleuruh badan. Ia boleh melegakan tisu dalaman otot yang ssukar dilegakan menerusi kaedah lain seperti senaman regangan. Semasa berurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

5. Tidur Secukupnya

Ianya bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Menggurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan tidur sekurrang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika ada masa terluang, tidurlah seketika pada waktu petang.

6. Senaman Regangan



Sering diabaikan ssedangkan ia sangat kritikal dalam memulihkan dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan sedikit senaman segangan selepas bersenam ketika otot masih berada di perinkat hangat dan senang dilenturkan.

Tahap setiap regangan adalah dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukan sehingga anda berasa otot selesa dan tidak sakit lagi.

7. Bernafas Dengan Baik

Sebaik-baiknya teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau penyejukan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan. Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali, Ketika menghembus nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan..

Semoga Berjaya..

Thursday, April 6, 2017

Sukan Dart Dan Target Hanya Untuk Sebuah Kejayaan..

Pernah main Dart..?
Macamana nak menang main Dart..?

Syarat utama adalah kita kena set target dan fokus kepada papan dart tersebut.
Atau ada yang tak pernah main? Bukan saja-saja baling. Kita kena habiskan point yang ditetapkan, samaada 301, 501 mahupun 1001.. Siapa habiskan kiraan mata dulu dialah yang menang. (Adapun titik tengah merah ‘bulls-eye’ bukanlah mata tertinggi ok)




Begitulah juga dengan hidup kita.
Wajib ada target. Tanpa target, kita tiada tujuan hidup. Masa dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanpa tujuan hidup yang jelas, ramailah yang melepak menghabiskan masa di Shopping Mall, di tepian jalan, di kedai kopi yg mana ianya menyumbang kepada masalah sosial di kalangan masyarakat.

Ada banyak cara untuk kita buat target untuk berjaya. Saya senaraikan beberapa cara berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya.

1. Target biar SPESIFIK
Mana satukah lebih jelas;
“Saya nak jadi jutawan”, atau “Saya akan mempunyai simpanan RM1 juta sebelum saya berumur 30 tahun”.

Ayat pertama lebih berbunyi seperti angan-angan. Atau kita sendiri pun tak yakin dengan target tersebut.

Pastikan kita tahu sesuatu target dengan jelas. Di mana, bila, siapa, bagaimana, kenapa, dan lain-lain.

2. Masa yang mencukupi
“Saya target untuk sampai di Perak pada pukul 10am”. Sedangkan anda berada di Skudai sekarang pukul 9am.

Bunyinya pun sudah mustahil. Saya beri contoh di atas untuk pemandu kereta.

3. Target mesti REALISTIK
“Saya nak jadi Ultraman dan bunuh raksasa-raksasa yang mengganggu ketenteraman awam.”

Haha, over pulak impian ni. Ini hyperbola namanya.

Maksudnya, target mesti berpijak di bumi nyata.

Ya betul, orang kata kita kena DREAM BIG. Pepatah arab juga berkata “Letaklah impian anda di bintang Suraya.”

Supaya jika tidak dapat yang BIG pun, dapat yang agak besar, dan jika tak dapat sampai bintang Suraya pun, dapatlah sampai ke puncak Gunung Everest.

Yang paling penting… Jangan takut berimpian besar! Kerana di situlah anda bakal mendapat motivasi dan usaha yang HEBAT!

Jika berimpian pun sudah takut, bagaimana mungkin anda mampu melakukannya di alam nyata??

4. Tulis dan Paparkan Target Anda Di Tempat Yang Hari-hari Anda Lihat
Tulis, print dan tampal/gantung target anda di cermin, di dinding, di dalam almari, di dapur, di pintu peti sejuk, di mana-mana sahaja yang anda akan temui dan baca setiap hari!

Tulis dengan jelas dan cantik. Jika target agak rahsia, gantunglah di belah dalam pintu almari bilik tidur anda. Mungkin juga di cermin meja solek anda. Juga di dalam dompet.

Ya, kita sangat perlukan bimbingan untuk mencapai target. Dan tulisan anda adalah bimbingan terbesar anda!


5. Beritahu Target Anda Kepada Orang Terdekat
Selepas tetapkan target, beritahu orang terdekat anda tentang target tersebut.
Beritahu pasangan anda, mak-ayah, adik-beradik, kawan rapat, saudara, nenek, atau sesiapa sahaja yang anda rasa dapat membimbing dan mengingatkan anda sekiranya anda tersasar.

Anda juga akan berasa malu jika target tidak tercapai. Malu yang memotivasikan. Bukan malu yang membuatkan anda menyorokkan muka.

Jadi, pastikan anda letakkan target yang SPESIFIK dan REALISTIK.

Jom set target..

Sunday, April 2, 2017

Kepuasan Melampau..

Baru dua hari berlalu, pergerakan hampir terbatas kerana kesakitannya di celah kelengkang masih terasa. Mungkin kerana kurang persediaan atau aku yang terlebih buat pergerakan..


Iskandar Puteri Night Marathon 2017 adalah acara larian yang terbesar pada tahun ini, dengan penglibatan lebih 7000 peserta dari seluruh dunia. Empat kategori yang dipertaruhkan, Fun Run 5Km, 10Km, HM 21Km dan FM 42Km.. Buat masa ni aku cuma berani untuk berlari di Half Marathon 21Km jek, Insya Allah suatu hari nanti aku akan cuba di Full Marathon 42Km.

Puas rasanya bila dapat berlari, hilang segala suka duka, lupa segala beban kerja. Walaupun penat sebab kena berlari jauh, 21Km kot.. Tapi bila tiba di garisan penamat... woooo banyak seronok woo..

Asalnya suka-suka, tapi bila dah suka rasa rugi pula bila tak berlari lagi.. Sebabnya dengan berlarilah aku dapat rasa nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada aku.. Syukur Alhamdulilah sangat.. So siapa yang belum bermula, bermulalah sekarang demi kesihatan jangka masa panjang. Lakukanlah aktiviti fizikal, bukan setakat berlari jek, berbasikal, berenang atau apa pun..

Buat pertama kali juga aku berlari dengan beberapa orang teman, walaupun di kategori yang berlainan, apa yang penting aku ada teman. Sebelum tu nak ucap terima kasih dan tahnian kepada En Fauzee sebab berkongsi minat untuk berlari sama. Ini kali ke-3 kami berlari di Event yang sama dan Insya Allah akan ada lagi event-event seterusnya.

Macam biasa, sehari sebelum event kena datang collect race kit. Race kit kali ni ditaja oleh Brooks, kain baju ni memang sedap dipakai dan terbaik. hahaha Baju lari ni pun menjadi suatu koleksi aku juga sebenarnya. Sebab dah lama juga kot aku tak beli baju kat Mall. Sebabnya aku tak berapa nak suka pakai baju kain Cotton. Kecualilah baju untuk aku ke Pejabat.

Ini Nombor gantung di dada..

Dalam tu ada baju Brooks yang best.

Acara dinanti telah tiba, seperti kebiasaannya aku mesti sampai awal.. Flag off time untuk acara 21Km pada 9 Malam, tapi aku dah sampai di lokasi sekitar pukul 6 petang.. Alhamdulillah, dapat berjemaah Maghrib & Isyak bersama pelari-pelari lain di Masjid Kota Iskandar. Sebenarnya bila kita join event larian macam ni, masa kita untuk relax sebelum berlari adalah amat perlu..

Sahabat dari UEM - UEM selaku rakan penganjur IPNM17

Memperkenalkan, inilah dia En Fauzee..
Tepat pukul 8.50 malam, pelari 42Km pun dilepaskan.. Merialah Lebuh Kota Iskandar dengan kehadiran para pelari memenuhi jalan raya dan termasuklah aku..

Kalau korang bertuah, mungkin boleh nampak muka aku kat video Flag Off 21Km Category ni.. hahah siapa boleh nampak aku dalam video tu, aku nak baik hadiah. Hadiah berupa Medal IPNM17 21KM.. Baju Finisher memang tak dapat nak dijadikan hadiar ar kan..

Sebelum tu kita tengok dulu rupa paras Medal yang menjadi rebutan ni..

Pakcik Menang Medal & Baju..

Medal - Depan

Medal - Belakang
Siapa nak Medal IPNM17 21Km ni cepat-cepat ar screen shot muka aku dari video kat atas tu ye.. Ini bukan cobaan, ini betul-betul kejadian.. hahaha

Selamat berlari, semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk terus berlari..

Inilah dia yang menjadi kegilaan aku sekarang.. 


 


Wednesday, March 29, 2017

Senaman Pagi Paling Ringkas Untuk Hidup Yang Lebih Cergas..

Ramai yang tidak bersenam terutama mereka yang sibuk mengejar masa atau yang memang jenis tidak bangaun awal pagi. Tahukan anda, waktu pagi adalah waktu tubuh badan lesu dan perlu disegarkan dengan senaman..?

Marilah Berlari..

Senaman pagi bermanfat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani. Tidak susah mana pun untuk bersenam, cuma mahu dengan tidak sahaja.

Apa kata kita cuba beberapa senaman pagi yang boleh kita amalkan.

Cuba bangun awal sedikit daripada biasa dan luangkan masa 15 hingga 20 minit untuk membuat aktivit larian atau jogging. Tidak perlu pergi jauh, cukup sekitar rumah sahaja atau berjalan berhampiran rumah anda. Yang penting pastikan keadaan sekeliling adalah selamat. Mulakan aktiviti membakar lebihan kalori anda dengan membuat larian setempat setiap pagi sebelum anda keluar untuk pergi bekerja.


Suatu hari Run With Belang

Dan kepada anda yang malas untuk keluar dari rumah, buat sahaja senam robik. Sambil dengar muzik boleh ar gerak-gerakan badan sikit.. hehehe.. Buat jek kat dalam bilik tidur, tak ada orang nampak pun..

Tak larat berlari..? berjalan kaki pun sudah cukup sebagi satu amalan senaman harian. Berjalan kaki beribu langkah boleh menyihatkan jantung. Kalau terlebih rajin, boleh juga pergi kerja dengan berjalan kaki.. Aku Insya Allah akan berjalan kaki untuk ke pejabat bila rumah aku kat bekalang office tu sedia untuk diduduki.. hohoho lama aku tunggu rumah aku tu siap sepenuhnya..

Push Up dan Sit Up pun boleh dijadikan rutin senaman harian.

Oklah, anda dah boleh bermula hari ini, tidak ada yang mustahil jika anda mahu. Kesihatan tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli. Jom jaga kesihatan mulai sekarang, jangan dah sakit esok baru nak menyesal..


Lari tak cukup jauh lagi ni..






7 Tips Pilih Kasut Untuk Bersukan..

Nak bersukan atau berjogging ni pun perlu ada persiapan. Bukan setakat buat warming up dan cool down atau tahu tentang snek sihat selepas senaman jer. Malah memilih kasut sukan atau jogging pun tak kurang pentingnya.

Cara Memilih Kasut Sukan Yang Bersesuaian



#1: Mencuba Terlebih Dahulu

Mesti cuba terlebih dahulu kasut yang kita pilih. Jangan main sambar jer kalau berkenan di hati. Pastikan kaki berasa selesa semasa memakai kasut tersebut.
Pastikan juga kasut tidak ketat (sedikit longgar) dan tiada jahitan kasut yang menggigit kaki (boleh menyebabkan kaki melecet).

#2: Pakai Stokin

Cara terbaik adalah mencuba kasut yang kita dah berkenan tu dengan stokin. Sebabnya, nanti, bila dah nak bersukan atau berjogging, mesti kita guna stokin kan? Lebih selesa. Jadi dah dapat saiz yang betul-betul ngam dengan kaki kita.

#3: Bahagian Dalam Kasut Lembut

Pilih kasut yang bahagian dalamnya lembut. Bahagian yang lembut ni boleh mengelakkan kaki kita tercedera atau sakit semasa melompat atau berlari.
Lagi bagus kalau kasut tu ada ‘extra cushion’. Lagi selesa kaki kita.

#4: Material Luaran Kalis Air

Jika suka dan sangat disyorkan, pilihlah material luaran yang kalis air. Jadi, jika kita terlanggar lopak air di padang atau laluan yang basah, takdelah air nak masuk ke dalam kasut kita. Kalu tak, nanti kaki kita basah, kasut pun jadi semakin berat.

cara pilih kasut sukan yang betul

#5: Pilih Kasut Ikut Kesesuaian Kaki

Kadang-kadang, ada sesetengah kasut yang designnya nampak sangat cantik tapi bila kita pakai, terasa pelik dan tidak selesa pula.
Ada berkemungkinan kasut tersebut direkabentuk untuk golongan yang bertapak kaki kecil atau mungkin lebih kurus. Jadi bila orang bertapak kaki besar dan lebar memakainya, ianya kelihatan tidak menarik.
Ianya akan kelihatan menggelembung atau sempit walau pada hakikatnya saiz yang kita cuba tu sudah mengikut saiz kaki kita.
Jadi , pilihlah kasut yang sesuai dengan bentuk kaki kita dan nampak cantik dan bersesuaian dengan kaki kita.

#6: Cuba Kedua-dua Belah Kasut

Kalau nak betul-betul berpuas hati, lebih baik mencuba kedua-dua belah kasut. Sebabnya, ada sesetengah orang yang kaki mereka lebih besar sedikit sebelah kiri atau kanan berbanding sebelah lagi.
Jadi, sekali lagi untuk lebih selesa, baik try dua-dua belah kaki. Kalau tak, menyesal plak bila pakai dah tak sedap sebelah. 


#7: Pilih Design Yang Bersesuaian

Sekiranya kita ni seorang yang stylo, boleh pilih kasut sukan yang bukan sahaja khas untuk bersukan, tetapi memiliki design yang cantik serta sesuai dipakai untuk berjalan-jalan.
Tambah-tambah lagi kalau kita jenis bukan bersukan sangat, buat rugi jer beria-ia beli, pakainya sekali dua sahaja. Sudahnya dibiarkan di atas rak kasut. Sadis kasut tu…hehe

Apa-apa pun jenis kasut sukan pilihan kita, pastikan yang ianya betul-betul selesa dan bersesuaian. Bukan bermakna brand dan harga perlu gah dan mahal adalah yang terbaik. Tu semua terpulang kepada pilihan hati dan kemampuan kita.
Happy Healthy Exercise!!!

Sukan Dart bukan setakat balingan percuma..

Percaya atau tidak , permainan dart sebenarnya sukan kompetitif profesional , tetapi kita akan lebih mudah untuk melihat ia dimainkan di pub tempatan atau bar. Ia adalah satu permainan yang mencabar dan memerlukan tahap kemahiran yang tinggi, ketepatan dan tangan yang stabil. Anda mungkin tidak tahu, ianya memberi manfaat kesihatan yang besar .

Berikut adalah 10 manfaat kesihatan apabila anda bermain Dart :-



1. Melegakan tekanan : "Berehat" merehatkan fikiran anda daripada terus bekerja, anda boleh mula berehat dan akan mendapat mental dan fizikal yang cukup relax apabila anda membuat aktiviti riadah, dan dart adalah lencongan positif untuk terus relax sama ada di tempat kerja atau di rumah!

2.  Membina kerja berpasukan : Melontar dart boleh mengajar anda untuk berinteraksi dengan orang lain dan berjaya bersama-sama sebagai satu pasukan. Bermain dalam pasukan akan membuatkan anda lebih mudah untuk bersosial.


3. Meningkatkan koordinasi tangan / mata : Bermain dart boleh meningkatkan koordinasi tangan & mata. Jumlah balingan yang tinggi adalah memerlukan fokus @ ketepatan. 

4. Meningkatkan kemahiran sosial : Bermain dart bukan hanya untuk orang-orang yang mahu menjadi berdaya saing, ia merupakan acara yang boleh anda lakukan untuk berseronok dengan rakan-rakan !

5.  Meningkatkan konsentrasi : Fokus utama adalah apabila tiba giliran anda untuk tujuan balingan ke “bullseye“ itu . Ketidak tetapan balingan akan membuatkan anda merasa rugi. Dengan itu menjadikan anda lebih peka untuk fokus untuk menjadi yang terbaik.





6.  Menguatkuasakan pemikiran strategik : Bermain dart juga melibatkan banyak perancangan strategik kerana setiap lontaran adalah langkah taktikal. Pemikiran strategik yang lebih baik boleh diterjemahkan kepada perancangan logik setiap hari . 

7.  Membina keyakinan : Menang di dart ada tugas yang mudah dan dengan lebih banyak latihan pasti kejayaan meningkat. Maknanya ia boleh meningkatkan keyakinan anda dan membina harga diri yang lebih besar. 

8.  Menggunakan kemahiran bukan lisan : Apabila bermain di pasukan yang berdaya saing , anda perlu berkomunikasi dengan rakan sepasukan anda menggunakan sama ada isyarat tangan atau dengan membaca bahasa badan mereka supaya anda boleh mengetahui apa langkah seterusnya yang perlu anda ambil. Anda juga boleh belajar daripada profesional bagaimana untuk bermain dengan menonton bagaimana mereka menjatuhkan antara satu sama lain.

9.  Menggalakkan bersantai : Sebagai pengurang tekanan, dart boleh membantu anda berehat di tengah hari yang sibuk. Bermain dengan rakan atau sesi latihan solo semasa berehat di tempat kerja boleh menjadikan anda lebih cergas dan cerdas.

 10.  Menanamkan rasa kawalan diri : Melontar dart dan memberi tumpuan apabila bermain dart boleh meningkatkan Propriosepsi , atau pengetahuan tentang kedudukan tubuh anda sendiri , yang dapat meningkatkan kesedaran akan pergerakan anda . Belajar untuk mengawal pergerakan anda juga boleh membantu dengan mendisiplinkan diri.