Tuesday, December 20, 2016

Aku Nak Kembali Jadi LIMITED..

Jom Baca Sejarah, Kisah Kehidupan Dan Kejayaan Perokok Bebas Sepenuhnya Dari Gejala Merokok Berbekalkan Azam Dan Sebotol Makanan Tambahan Bernama Vivix.

Memori 2010 -2012, Tiga tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran bagi seorang yang ingin bebas dari Tembakau dan Nicotine (Merokok).


Lelaki Limited Edition Itu AKU..!!
Aku dulu perokok, hampir menjadi perokok tegar. Mulanya hanya suka-suka, aku merokok di luar kawasan rumah. Begitulah rutin merokok aku sedari tahun 1999 hingga 2010. Tiada seorang pun ahli keluarga aku yang tahu aku adalah perokok kecuali rakan sekerja dan bakal Isteri (pada waktu itu tahun 2008).

Diawal perkenalan kami dulu pun sekitar 2008, dia sedia maklum yang aku adalah perokok. Sehinggalah kami disatukan sebagai Suami Isteri pada tahun 2009. Perjanjian pertama, aku kena berhenti merokok. Ok, bukan mudah sebenarnya. Tapi dengan sedikit usaha, InsyaAllah akan Berjaya.

Hari ini, dengan bangganya aku nak bagi tahu seluruh dunia yang aku sudah bebas dari Tembakau dan Nicotine. Kejayaan 4 tahun tanpa Tembakau dan 2 Tahun tanpa Nicotine.
Bukan mudah untuk seorang perokok untuk terus bebas dari gejala merokok, tambahan pula sekarang ni ada gejala baru iaitu Vaping.

So budak-budak Vapor tak perlulah nak bangga sangat, aku dah kenal Vape ni sejak 8 tahun lepas, dan baru 2 tahun kebelakangan ini ianya glamour di Malaysia.

Rokok pertama aku beli dan hisap adalah Jenama Marlboro (1999) , Jenama Dunhill (2010) dan yang terakhir ada Jenama Mileseven (2012).


Antara Rokok Kegilaan Aku Suatu Ketika Dahulu.


Azam 1 January 2013 aku adalah untuk terus bebas dari rokok, nak berhenti merokok bukan macam nak berhenti kerete, “pijak pedal brake, kerete pun berhenti”. Dua tahun aku tak ambil tembakau (merokok) tapi masih ambil Nicotine. Caranya, vaping.

Vape atau Rokok elektronik pertama (2013) aku beli dari web SmokeHaven.com. Kedua (2014) dari joyetech.com moden eGo One & eVic-VTC Mini.


"Vape ON" katanya..


Semua Rokok Elektronik tu aku masih simpan di Office walaupun aku dak tak gunakan lagi. Sayang woiii nak buang, aku beli pakai duit tu. Dan aku pun tak bercadang untuk jual semula, sebab aku tak nak jadi penyumbang ”saham” kepada gejala yang tidak sihat.

Alhamdulillah, menjelang 1 January 2017 depan adalah merupakan tahun ke-4 aku bebas dari gejala merokok. Bagaimana aku boleh berjaya dengan jayanya.? Caranya cukup mudah, kalau dulu kena “Katakan Tidak Pada Rokok”, tapi sekarang kena kata “Katakan Tidak Pada Rokok Dan Vape”. hehehe

Sebenarnya aku bermula dari pertengahan tahun 2012, selepas aku berkenalan dengan En Vivix. Orang kata En.Vivix ni boleh bantu perokok untuk berhenti merokok. Sebelum tu aku berkenalan juga dengan En.NiQuitin, itupun selepas aku ke Klinik Berhenti Merokok di salah sebuah Hospital Kerajaan di Negeri Johor. Haaa itu rahsia aku, sebenarnya aku ni memang perahsia orangnya. Sehinggakan aku nak berhenti merokok ni pun aku rahsiakan dari pengatahuan Isteri.

Kenapa aku pilih untuk berhenti dari terus jadi perokok.? Sebabnya, isteri aku tak suka orang yang merokok. Ok fine, aku usahakan. Keduanya, aku taknak anak-anak aku  tengok aku merokok. Sebenarnya banyak sebeb kenapa aku perlu berhenti merokok, tapi macam aku kata tadi yang aku ni perahsia orangnya. Jadi, cukup sekadar aku bagi dua sebab kanapa aku perlu berhenti dari terus jadi perokok.

Bagaimana aku bermula..? Tahun 2012 dulu aku pernah ke Klinik Berhenti Merokok & aku dibekalkan dengan NiQuitin untuk tempoh 7 hari secara percuma dan selepas tu aku kena beli di Farmasi luar dengan harga 2 bungkus rokok. So, kos untuk beli NiQuitin pada waktu tu sangat tidak berbaloi. Akhirnya, aku kembali merokok kerana kos untuk merokok masih murah jika dibandingkan dengan kos untuk berhenti merokok.

Nak bagi tahu, sebenarnya orang yang merokok ni bukannya perlukan Nicotine, tapi perlukan tembakau.. Aku dulu perokok, aku tahu lah.. Sebab tu untuk bebas dari rokok, kena bebas dari tembakau dulu. Kesimpulannya, usaha aku di Klinik Berhenti Merokok tidak berjaya.

Sehinggalah aku terpaksa keluarkan modal yang agak besar untuk mencuba keberkesanan En.Vivix, harganya sekitar RM4++.++, hehehe. Emmm lepas instalment kereta Kelisa aku zaman tu.. tak apalah, belum cuba belum tahu.

Sepanjang tahun tu aku cuma mampu beli sekali jek, tapi ianya berhasil. Secara puratanya, aku Cuma merokok seminggu sekali sejak berkenalan dengan En.Vivix. Macam tipu jek kan, tapi itulah hakikatnya. Sebab masa tu Misi aku untuk bebas dari Tembakau dulu, apabila bebas dari tembakau maka secara perlahan-lahan akan bebas jugalah dari Nicotine.

En.Vivix tu sebenarnya adalah makanan  tambahan yang aku beli dari Pengedar Bebas Shaklee yang mana beliau juga adalah Isteri aku sendiri. Kali pertama ditanya kenapa nak makan Vivix, jawapan aku tidak lain tidak bukan “nak muda 25 tahun dari usia sebenar” sebabnya itulah tread mark Vivix yg aku tahu. Tak kan aku nak kata nak berhenti merokok, sebab selepas diijabkabulkan isteri aku tak pernah nampak aku merokok walaupun pada masa tu aku masih merokok dan sedang berusaha untuk tidak merokok lagi.

Dengan VIVIX Aku Berhenti Merokok.

Biasanya orang makan Vitamin Vivix ni sebulan sebotol, tapi sebab harganya yang agak mahal juga, so aku cuba berjumat sebaik mungkin. Sebotol aku habiskan dalam tempoh 4 bulan. Walaupun begitu, hasil dari aku berjimat cermat tu sekarang aku telah bebas sepenuhnya dari rokok.

Dan sekarang aku cukup tak selesa untuk berada dikalangan orang-orang yang merokok. Adakalanya aku menjadi agak sensitive jika berbual isu berkaitan rokok. Tapi taklah sampai tahap aku tak bergaul dengan perokok. Persahabatan harus diteruskan, jangan sebab kita tak merokok kita hilang kawan.

Rahsia sebenar untuk berhenti merokok dengan Vivix tidak semua orang tahu, kecuali orang yang telah berjaya. Sebab tu kenalan aku yang dulunya pengguna Vivix dan pernah berjaya berhenti merokok kini telah kembali merokok. Kenapa.? Sebabnya tidak tahu cara yang betul. Bagaimana pula aku tahu caranya..?

Aku dah lupa apa manfaat asap rokok ni..

Kehidupan Normal perokok adalah akan hisap beberapa batang rokok sebelum mandi pagi, samaada diruang terbuka (Balkoni rumah) atau ruangan tertutup (tandas). jangan tipulah perokok sekalian, aku pun dulu macam korang juga. Celik mata bangun pagi, pekena rokok sebatang. Sebab tu dulu-dulu zaman aku masih merokok, sebelum mandi pagi utk solat subuh aku mandikan kereta (Kelisa) dulu pakej sekali sebatang rokok. Haaa rahsia terbongkar lagi. Sekarang ni, maaflah ye En Viva, kita mandi hujung minggu jek ar, itupun kalau aku rajin atau kalau En Viva kotor sangat.

Cara paling berkesan untuk berhenti dari merokok dengan bantuan Vitamin Shaklee Vivix ni cukup mudah, anda hanya perlu mulakan hari-hari anda perokok sekalian dengan menelan Vivix terlebih dulu, sama seperti nasihat orang lama “minum air masak sebelum gosok gigi banyak manfatnya” dan lepas tu nak hisap rokok berkotak-kotak pun boleh, itupun kalau sangguplah. Haaa ini nasihat aku “Telan Vivix sebelum gosok gigi untuk berhenti Merokok 100%”

Petua Berhenti Merokok dari Aku..


Kesan awal pengambilan rokok selepas menelan Vivix adalah seperti menelan hempedu. Pahit bukan kepalang. Untuk mendapatkan sebuah kejayaan yang terindah bukanlah semudah makan ABCD, tapi seperit menelah hempedu. Hehehe ada sesiapa masih ingat rasa ABCD macam mana..? tentunya jika anda makan Hempedu, maka anda akan ingat rasa Hempedu berbanding ABCD kan..!!

Nasihat aku kepada mereka yang ingin terus bebas dari merokok, mulakan hari ini, jangan bertangguh. Tentu ada cara untuk terus bebas dari merokok. Tapi jika ingin mengikut jejak langkah yang aku ambil dulu, dipersilakan. Aku ada di sini sedia membantu anda semua.

Time to Quit - Smoking.




Tuesday, December 9, 2014

Sukan Rakyat VS Karnival Sukan..

Asalamuallaikum & Salam Sejahtera Semua..

Beberapa hari lepas, JKR Johor baru sahaja melabuhkan tirai Karnival Sukan JKR Johor yang diadakan di Daerah Kota Tinggi selaku tuan rumah bagi tahun 2014 ini.. Aku salah seorang wakil dari jabatan CKE Johor yang mengambil bahagian dalam sukan Bola Sepak buat kali ke dua selepas tahun 2012 lepas.. Karnival Sukan yang diadakan setiap dua tahun sekali ini memang meriah, tambahan pula bagi edisi tahun 2016 ianya akan diadakan di Daerah Muar yang telah dipilih selaku tuan rumah.. Khabarnya ada Mee Udang Muar kat Muar tu sepertimana yang aku pernah jumpa suatu ketika dahulu ketika aku masih berkhidmat di JPP Sabah sekitar tahun 2005-2008.. Ada sebuah warung sekitar Kota Kinabalu yang menjual menu Mee Udang Muar yang juga merupakan hidangan istimewa di warungnya.. Tak apalah, esok-esok aku sampai Muar akan aku cari Mee Udang tu..

Berbalik kepada cerita asal, sukan tahun ini adalah suatu permulaan kepada perubahan.. Berubah dari pasukan belasahan kepada pasukan yang disegani.. Beberapa acara sukan telah dipertandingkan antaranya Bola Sepak, Bola Tampar, Dart, Karom, Badminton dan ada beberapa sukan lain lagi..

Buat julungkalinya, Pasukan CKE Johor dapat melangkah ke peringkat akhir iaitu acara Dart, namun nasib tidak menyebelahi CKE Johor yang hanya dapat berbanga mendapat tempat ke dua selepas ditewaskan pasukan kuat dari Daerah Johor Bahru.. Walaubagaimanapun, ianya suatu pencapaian yang paling baik setakat ini buat semua atelit CKE Johor.. Sekalung tahniah buat Atelit Dart CKE Johor..


Dalam meraikan kemenangan Atelit Dart, Atelit lain sangat berduka akibat kekalahan yang menimpa.. hehehe pada aku ianya biasa, adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah.. Pasukan Bola Sepak CKE Johor terkandas sewaktu diperingkat kumpulan lagi.. Namun aku tetap berbanga dengan segala komitment yang telah diberikan oleh setiap Atelit Bola Sepak CKE Johor kerana tahun ini kami bukan lagi pasukan belasahan seperti yang berlaku dua tahun lepas.. Kami kalah semua perlawanan dengan bolos jaringan yang banyak tanpa ada sebarang gol.. Kami bangkit tahun ini dengan berjaya mengurangkan jumlah bolos jaringan dan menjaringkan beberapa gol.. Rekod kalah semua perlawanan tahun 2012 telah terpadam..


Inilah barisan pemain Bola Sepak CKE Johor.. Gandingan muka lama dan muka baru menguatkan barisan kesebelasan pasukan.. Alasan kurangnya latihan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.. Pasukan kami hanya mula berlatih sekitar dua minggu sebelum tirai Karnival Sukan dibuka disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.. 


Sepertimana biasa, apa jua latihan yang aku buat samaada di padang atau di "mini gym" aku, minuman kegemaran tidak pernah lekang dari aku.. Air apa dalam botol tu..? antara soalan-soalan yang aku perlu jawab bila ada kawan-kawan yang bertanya.. "air special, performance drink" jawab aku.. so lepas tu, panjanglah ceritanya..

Selama aku minum Air Special tu a.k.a Shaklee Performance Drink, alhamdulillah tiada kesan sampingan yang buruk aku dapat.. Apa yang aku boleh cakap cuma kesan yang baik-baik jek aku dapat dengan izin Allah..

Memandangkan Karnival Sukan JKR Johor telah pun berlalu, maka rutin latihan padang akan berkurangan tapi rutin latihan aku di "Mini GYM" tidak pernah berhenti.. 

Selamat Cergas Semua..


Saturday, June 14, 2014

Setiap Malam Adalah Malam Wajib..

Salam Kecergasan Semua..

150614 Ahad adalah hari ke-3 berlangsungnya World Cup dan akan berakhir pada 130714 Ahad.. Suatu tempoh yang cukup meletihkan jiwa & raga bagi pencinta bola.. Aku juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan semua perlawanan.. Kebanyakan perlawanan akan bermula sekitar pukul 12 tgh mlm hingga 6 pagi.. Siang hari tidak tidur, malam hari berjaga melayankan bola pula.. Mampukan kita melalui saat-saat dramatik ini..

Sepanjang 3 hari World Cup berlangsung, sudah 8 perlawanan melibatkan 16 buah negara.. Pertembungan Englang Italy saja yang aku tak dapat tengok dari, kerana terpaksa bersiap untuk keluar bekerja.. Dengan ini, semua perlawanan yang bermula pada pukul 6 pagi aku tidak akan tengok, cukup sekadar mendengar keputusan saja.. Ehh kerja ker hari Ahad ni, heheh aku sedang bekerja sekarang ni.. Di Negeri Johor cuti hujung minggunya adalah hari Jumaat & Sabtu, Maka hari Ahad hingga Khamis adalah hari berkerja buat kami Kakitangan Awam di Negeri Johor..

Sebagai seorang peminat sukan dan juga penjawat awam, tumpuan 100% dan lebih perlu diberikan untuk setiap apa yang aku sukakan.. Sukan adalah kegemaran utama aku.. Dalam masa yang sama aku kena beri tumpuan sepenuhnya kepada kerja aku apabila berada di pejabat..

Seperti mana biasa, aku mulakan hari dengan sarapan yang paling aku suka.. Cukup buat aku hanya bersarapan dengan Shaklee VIVIX.. Sepanjang hari yg aku lalui walaupun cukup meletihkan aku masih berasa segar dan cergas, malah adakalanya seperti rasa penat tidak pernah datang.. Namun aku cuma manusia biasa, perlukan rehat yang secukupnya..

Shaklee VIVIX Sarapan Hebat Aku

Shaklee VIVIX banyak membantu aku untuk menguruskan segala urusan harian.. 140614 Sabtu juga merupakan hari paling letih kerana aku berada di Singapore membawa Isteri & anak2 berjalan melihat binatang di Zoo Singapore dan menikmati panorama bandar Singapore.. Seawal 630 pagi keluar rumah dan balik 11 malam selepas tu 12 tgh malam layankan bola Colombia Greece dan Uruguay Costa Rica pula.. Emmm bila masa aku tidur agaknya.. hehehe


Kembara Ke Kota Singapura
Itu adalah biasa, sanggup tidak tidur dikala isteri & anak2 tidur lena semata-mata nak tengok bola.. oooo aku tengok bola di rumah saja, keselamatan terjamin.. Aku sedaya upaya tidak akan meninggalkan Isteri & anak2 dirumah hanya kerana nak tengok bola di Kedai Mamak..

Jika anda adalah seorang yang aktif, anda pasti tahu bagaimana rasanya Letih pada tahap Maximum dan juga sebaliknya.. Seperti aku, aku betul-betul akan berasa letih apabila baju aku basah seperti disimbah denga air.. Haaa time tu conform aku dah x boleh buat apa-apa melainkan hanya duduk bersandar melayankan angin sepoi-sepoi bahasa..

Apa pula kaitannya bola & aktiviti harian aku dengan Shaklee VIVIX ni.. Alhamdulillah, selama aku makan Prodak Shaklee VIVIX ni aku punya stamina yang agak luar biasa.. Shaklee VIVIX banyak memberi aku tenaga tambahan.. Aku cuma makan sesudu teh saja VIVIX ni, tapi tenaga yang aku dapat bersamaan dengan tenaga 2 hari untuk aku kekal hidup aktif & aku juga syorkan kepada semua Lelaki yang bergelar Suami.. So, sesuailah untuk aku yang sukakan hidup yang aktif..

Sedikit gambar Kembara Ke Zoo bersama Isteri & Anak-Anak..
Isteri Nur Salwa & Md Muqri
Md Ziqri & Patung Gajah.. heheh
Aku dan Md Muqri


Sedikit pesanan buat para Suami, Paskitan kita kekal bertenaga setia saat dan dimama jua kerana sesuatu yang "Indah" akan datang tanpa diundang.. hahaha

Selamat Mencuba Semua..

Sebarang pertanyaan berkaitan Produk Shaklee bolehlah hubungi saya..
Md Fauzie Aris
Shaklee Independent Distributor
24/7
Call / Msg / WhatsApp 60 19 711 5995



Wednesday, June 4, 2014

Perpindahan Yang Tidak Dijangka

Asalamuallaikum Semua..

Berkuatkuasa 1 Jun 2014 aku tidak lagi bertugas di Unit Projek Rekabentuk II, maka dengan itu aku telah ditukarkan ke Unit Penyelenggaraan, Infrastruktur Dan Kerja Khas di pejabat yang sama iaitu di Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Johor. Memo arahan Penempatan Baru bertarikh 27 Mei 2014 aku patuhi dengan senang hati..

Ucapan ribuan terima kasih aku ingin ucapkan kepada Seluruh warga Unit Projek Rekabentuk II yang dikepalai oleh Ir. Rozni Azwar Bin Mohamed atas segala tunjuk ajar sepanjang hampir 6 tahun berada dibawah seliaan beliau. Kepercayaan yang beliau berikan kepada aku sangat membantu untuk aku terus berkhidmat dengan lebih cekap.

6 tahun berada di Unit Projek Rekabentuk II memberikan aku banyak pengalaman berharga, suka dan duka bergelar Juruteknik Elektrik tidak perhan aku lupakan.. Dikesempatan ini juga aku ingin memoham kemaafan daripada semua yang pernah terlibat dan bekerja dengan aku seandainya aku pernah mengasari, menyakiti, menguris hati dan perasaan kalian semua.. Aku tahu aku cukup tegas dalam beberapa perkara, namun itu semua atas dasar tanggungjawab yang telah aku pikul..

Meja Kerja Di Unit Projek Rekabentu II Sebelum Berpindah


Tekat aku, tidak akan ada lagi gelaran buat aku seperti "TAIKO JKR ELEKTRIK" selepas ini.. Aku tahu ada segelintir kontraktor dan pelanggn diluar sana yang menggelarkan aku sedemikian rupa kerana sikap tegas aku.. Sebenarnya rakan dari HQ yang menyampaikan perkhabaran itu, dan aku tahu siapa Orang HQ yang mengelarkan aku sedekian rupa.. Tapi biarlah rahsia..

Perpindahan secara rasmi ke Unit baru adalah hari ini, seawal pukul 8 pagi aku sudah mmengemas meja lama aku dan bersiap-siap untuk ke meja baru.. selepas 3 jam barulah aku siap mengemas di ruangan baru aku.. Selamat datang ke ruangan baru buat aku.. Dari tengah-tengah bangunan aku beralih ke sebelah kanan bangunan..

Meja Kerja Di Unit Penyelenggaraan, Infrastruktur Dan Kerja Khas..
Hari ini 5 Jun 2014 Khamis, hari paling sibuk buat aku kerana aku terpaksa mengangkut segala keperluan untuk berpindah maka dengan itu, hari ini juga merupakan hari pertama aku berada di Unit baru dibawah seliaan En Nor Hashim Bin Kamin.. Ucapan ribuan terima kasih juga untuk rakan dari Unit baru yang membantu memunggah barang2 dari unit lama aku. Semoga perpindahan ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kelancaran kerja di Unit baru..

Aku sememangnya masih kurang pengalaman dalam mengendalikan kerja penyelenggaraan kerana sejak melapor diri sebagai Juruteknik Elektri pada tahun 2005 dulu aku terus berada di bawah Unit Projek.. Sebagai warga baru aku kena belajar semula daripada A hingga Z hal-hal berkaitan kerja penyelenggaraan.

Harapan aku semoga rakan-rakan di Unit baru ini dapat memberi tunjuk ajar dan membantu aku supaya aku tidak tersesat jauh..

Salam Perpisahan untuk Unit Projek Rekabentuk II dan Salam Pertemuan  buat Unit Penyelenggaraan, Infrastruktur Dan Kerja Khas..

Semoga Maju Jaya..

"DO WHAT YOU LOVE & LOVE WHAT YOU DO"

Sunday, June 1, 2014

Tubuh Seksi Idaman Jejaka..

Asalamuallaikum dan Selamat Pagi..

Salam Cergas Semua..

Memulakan bulan Jun dengan semangat baru, selepas beberapa bulan lepas aku banyak tertinggal sesi Workout. Mungkin disebabkan aku terlalu sibuk dengan rutin hidup harian aku. Janggal rasanya kalau sehari aku tidak bersenam. Demi untuk menjaga kesihatan dan pada masa yang sama aku boleh berasa lebih cergas.

Menjadi kegilaan wanita zaman sekarang mencari lelaki yang bertubuh sasa atau pada pandangan wanita seksi. Aku juga ingin menjadi sebahagian daripada lelaki yang bertubuh sasa. Tapi tujuan utama aku adalah untuk memastikan aku sihat dengan melakukan senaman yang aku suka.

Aku pilih untuk bersenam menggunakan Dumbbell dan Barbell. Sesuai dengan sifat lelaki yang sukakan kerja-kerja berat. Aku tidak pergi ke GYM seperti kebanyakan lelaki lain yang mana pada aku mereka punya matlamat lain selain menjaga kesihatan iaitu membina otot.

Aku berangan-angan untuk mengadakan satu set Home GYM, Insya Allah kalau ada rezeki aku akan dapat capai impian aku itu. Dengan peralatan yg aku ada sekarang sudah cukup membantu untuk aku dapatkan potongan badan yang menjadi kegilaan para wanita terutamanya gadis muda sekarang ni.. hahaha


Dengan peralatan yang canggih tanpa usaha yang gigih tidak akan membuahkan hasil. Waktu paling sesuai untuk aku bersenam adalah sikitar 9 malam hingga 12 tgh malam. Maklumlah aku punya dua orang anak lelaki dan seorang isteri, mereka juga perlukan masa bersama aku. Dari pukul 6 petang hingga 9 @ 10 malam adalah masa aku untuk keluarga. Atas sebab itu jugalah aku memilih untuk bersenam di rumah.

Seperti kebanyakan ahli bina badan yang ada di alam semesta ni, mereka ada makanan tambahan untuk membantu proses pembentukan otot, aku juga tidak ketinggalan. Makanan tambahan aku sedikit unik berbanding orang lain. Makanan tambahan yg aku pilih adalah terdiri daipada Shaklee Vivix, Shaklee Cinch Shake Cafe Latte, MusclePharm Combat Powder, Grenade dan Grenada AT4.

Makanan Tambahan yang aku makan tidak terhad kepada 1 jenama sahaja, kenapa..?

Kenapa Shaklee Vivix...? 

Antara sebab kenapa adalah  Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Cinch Shake Cafe Latte kerana ia adalah merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dlm mengekalkan otot perlu semasa menurunkan berat badan. 
  1. Diperkaya dgn Leucine bagi mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan 
  2. Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas 
  3. Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan
Antara lain adalah...,

  1. MusclePharm Combat Powder kerana ianya adalah Powerful Protein Sources, 
  2. Grenade adalah untuk menyokong kadar metabolik dan tahap selera makan yang secara semulajadi bagi menyokong metabolisme lemak dan pengurusan berat badan.
  3. Grenada AT4 adalah dirumus untuk support the body's hormonal axis.




Aku pilih untuk kekal dengan potongan badan aku sekarang. Kerana itu aku perlu kerja keras untuk dapatkan apa yang aku mahu.




Tuesday, April 22, 2014

Kopi Luwak Bernilai Emas..

Anda pengemar Kopi.? Pernah minum Kopi Luwak.? Jika belum, anda kena mencubanya. Apalah maksud Pengemar Kopi kalau Kopi Luwak pun anda belum pernah minum.. Kembara ke Kota Yogyakarta membawa aku ke tempat pembuatan Kopi Luwak,



Apa itu Kopi Luwak.?

Kopi Luwak adalah sejenis kopi luwak yang berasal dari biji kopi yang telah di makan oleh luwak iaitu musang, di fermentasi di dalam pencernaan luwak, dan kemudian keluar bersamaan dengan najis luwak tersebut. Biji kopi luwak yang keluar bersama najis masih tetap utuh tidak hancur dan kemudian diproses menjadi serbuk kopi dengan citarasa yang istimewa.

Bagaimana pengemar kopi, jelas bagaimana penghasilan Kopi Luwak ini..? Beranikah anda sebagai pengemar kopi untuk mencuba Kopi Luwak ini..?





 

MATARAM KOPI LUWAK merupakan Pembuat dan Pengedar kopi luwak yang ada di Yogyakarta, Kopi Luwak yang dihasilkan adalah berasal dari pegunungan Sumbing, Sindoro dan Dieng. Kopi luwak yang dihasilkan juga tentunya asli dengan citarasa kopi luwak yang istimewa. MATARAM KOPI LUWAK juga merupakan satu-satunya pembuat dan pengedar kopi luwak di Yogyakarta



Sewaktu mula-mula aku berkongsi cerita perihal Kopi Luwak ini, ada seorang Hamba Allah tiba-tiba bersuara, katanya "Alim ulamak berkata haram dimakan @ diminum kerana cara penghasilannya melanggar hukum syarak. Wallahualam."

Aku cuma  tersenyum, kerana aku tahu apa yg dia tak tahu. Dengan sepantas kilat aku bagi dia link www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-meminum-kopi-luwak-musang untuk bacaan beliau.

Harga Kopi Luwak ini mencecah sehingga RM5,000 sekilogram.

Sebuah majalah kewangan antarabangsa, Forbes, menyatakan kopi ini dijual sehingga RM4,940 (AS$1,300) sekilogram yang layak menjadikannya kopi termahal di dunia.

Keistimewaan kopi, ini seperti kata penggemarnya, menghasilkan rasa kelat seperti campuran tanah dengan koko. Malah, hanya kira-kira 453 kilogram Kopi Luwak asli dihasilkan setiap tahun berikutan prosesnya yang rumit serta nilainya yang sangat tinggi.




Tuesday, April 1, 2014

Hidup Ku Hanya Untuk-Mu..

Assalamu'alaikum..

Semoga kehadiran kalian semua bakal memberikan sinar semangat buat aku yang sering jatuh di lembah dunia fana.. Selaku hamba yang lemah dan jahil, pasti akan longlai dalam perjalanan yang masih jauh untuk aku bertemu Tuhan yang Agung...

Kau datang ketika aku alpa,
Kau hilang ketika aku cari,
Berilah aku peluang untuk terus bersama-MU,
Walau berat untuk aku tanggung derita dunia ini dalam mencari-Mu..
Namun aku bahagia bila diri dalam dakapan-MU...

Aku mengenal-MU dengan-MU,
aau cintakan-MU kerana itu kehendak-MU,
Mmengapa KAU hilang ketika aku perlukan-MU..
Mengapa aku tersiksa bila berjauhan dengan-MU...

Aku yang berdosa dalam menilai diri ini..
Aku yang lupa bila aku cuba hargai dunia yang tiada,
Aku hina bila aku letak harapan pada dunia,
Sedang aku tahu itu semua adalah milik-MU...
Pengharapanku cuma pada-MU...

Bunuhlah diri ini ya Tuhan...
Agar mati jiwa ini kerana-MU...
Agar hidupku matiku selalu bersama-MU...

Maha Suci Tuhanku...
Ku rindukan-MU..
Ku rindukan belai-MU..
Terimalah diriku walau aku tak layak mendampingi-MU..