Wednesday, April 19, 2017

Pengaruh Warna Dalam Kehidupan


Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dimana merah selalu dikaitkan dengan budaya Cina. Hijau pula dikaitkan dengan budaya keagamaan dalam islam. Puti melanbangkan kebersihan dan kesucian. Hitam menunjukkan elegan. Selain itu hitam juga boleh membawa maksud kemurungan dan kematian.

Warna juga boleh menjadi simbolik dalam sesuatu acara atau perkara. Sebagai contoh warna kuning selalu dikaitkan untuk golongan DiRaja dan kerabat. Akan tetapi warna kuning juga selalu menjadi simbolik dalam dunia persilatan.

Warna coklat misalnya, lebih ke arah sifat vernakular dan tradisional manakala warna yang pelbagai dan terang pula digunakan untuk sesuatu yang lebih moden dan futuristik. Di MAlaysia khususnya, rata-rata masyarakat agak gemar memilih warna yang pelbagai samaada dalam pemilihan warna kereta mahupun pakaian.



Warna memainkan pernanan menampakkan penampilan yang lebih bergaya dan elegen. Seharusnya kita memilih pakaian dengan warna yang bersesuaian dengan tubuh badan kita, agar kita kelihatan lebuh cantik dan menawan. Warna juga berperanan dalam menarik minat pasangan berlawanan ke arah kita selain menunjukkan penampilan imej yang bersih dan menawan.

Ramai diantara kita yang tahu  bahawa warna boleh membuatkan kita lebih yakin dengan diri sendiri dan juga membutkan kita sebaliknya sekiranya seseorang itu salah memilih warna yang sesuai untuk diri kita. Sebenarnya masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui bahawa warna yang dipakai mampu menarik perhatian atau minat seseorang yang mungkin kita tidak kenali.

Kita wajar melihat diri kita di cermin dengan warna baju yang dikenakan ke atas badan klita. Ada pendapat mengatak warna putih dan hitam adalah warna yang selamat dalam segi etika berpakaian. tetapi warna putih atau hitam juga boleh menenggelamkan seseorang dikhalayak ramai. Cara terbaik adalah minta pandangan pasangan anda, rakan atau kalau boleh daari pakar perunding imej bagi memilih warna dan fesyen yang bersesuaian dengan inej kegemaran kita.

Adalah sebaiknya warna di badan kita mestilah kurang daripada 3 warna. Pemilihan febrik yang sesuai dan mampu dipadankan dengan pelbagai aksoseri dan hiasan mampu menaikkan seri wajah dan ketrampilan seseorang. Pemilihan pakaian yang telalu mahal tidak semestinya menampakkan seseorang elegen tetapi pakaian yang sederhana dan sebagainya mampu merealisasikan impian seseorang untuk kelihatan lebih cantik dan menarik..

So, jangan pula ada yang pakai pakaian ala-ala badut datang ke pejabat hari ni ye.. 



Tuesday, April 18, 2017

Risiko 4 Penyakit Jika Badan Terlalu Kurus

Lelaki mana yang tidak mengidamkan badan yang tegap, kurus dengan perut six pack..? Pastinya semua lelaki ingin memiliki tubuh sebegitu..


Tapi, kamu tidak tahu jika badan terlalu krurus, kamu berisiko diserang penyakit. Jangan ingat mereka yang gemuk sahaja boleh menjadi magnet penyakit. 

Kalau kamu biasa timbang berat badan, pastinya kamu akan tahu yang Body Mass Index (BMI) iaitu kiraan berat badan idel dengan ketinggian kamu adalah sekitar 20 hingga 25. Jika lebih daripada 25, anda adalah obes. Manakala jika kurang daripada 18.5 pula anda dianggap terlalu kurus..


Ini adalah antara 4 penyakit yang mungkin orang kurus boleh hidapi.

Serangan Jantung

Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena serangan jantung, orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam. 
Harus kita tahu, lemak orang gemuk membonjol terutama pada bahagian perut, tetapi lemak orang kurus tertampal pada bahagian jantung dan hati.

Kerap Letih

Mejoriti orang kurus akan kerap merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kekurangan darah. Selain Letih, petanda penyakit anemia lain selalu sakit kepala dan mudah semput.

Kurang Subur

Badan orang yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. 

Tulang Reput

Mejoritibdikalangan kita terlalu risau dengan perkataan lemak. Takus sangat menjadi gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. Kebanyakannorangbkurus tudak sedar yang mereka biasanya akan mengalami madalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis. Ini terjadi kepada mereka yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilka estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi reput.

Maksudnya, selepas ini sila berpada-padalah memasang impian untuk kurus semata-mata nak bergaya dengan pakaian dengan potongan slim fit.. Silap haribulan, penyakit yang datang..


Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat


Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang yang gemuk.

Mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Keadaan ini lebiih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka lebih sihat kerana tidak gemuk.


Orang yang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, akan tetapi menjadi orang kurus dan tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Jika mahu kelihatan kurus, diet sudah mencukupi. Akan tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah merupakan komponen gaya hidup yang paling penting.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak memakan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam. Tetapi jumlah makanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Menjadi orang kurus tidak semestinya mereka kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko kepada serangan jantung.

Merekak yang memiliki jisim berat banan yang normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan.


Oleh yang demikian, untuk kelihatan kurus, sihat dengan berat badan yang normak, senaman dan pemakanan seimbang adalah penyelesaiannya..

Monday, April 17, 2017

Melompat Untuk Kurus

Bila kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip.? Jangan sesekali pandang rendah pada tali skip. Walaupun ianya murah, tapi ia mampu membakar lebih banyak kalori dapirpada yang anda fikirkan.

Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.



Dianggarkan 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi melompat menggunakan tali skip dalam tempoh 10 minit, manakala 1000 kalori boleh terbakar jika melakukannya dalam tempoh satu jam.

Senaman tali skip ini mampu membaiki sistem kordiovaskular, memberikan stamina, fleksibaliti dan membina koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga senaman yang berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporrosis.

Beberapa tips ketika melakukan senaman menggunakan tali skip.
  • Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman melompat menggunakan tali skip
  • Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan atau mendapatkan ukuran yang sesuai dengan ketinggian anda.
  • Cuba untuk melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter
  • Mendengar muzik sambil melompat juga sesuatu yang baik
  • Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat
  • Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.
  • Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula
  • Lakukan aktiviti regangan penyejukan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.
Apa tunggu lagi, segeralah melompat tali skipping..

Sunday, April 16, 2017

5 Kaedah Atasi Kemurungan


Kemurungan adalah keadaan dimana seseorang akan merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Sekiranya perasaan itu hadir untuk seketika, ia mungkin sekadar "the bluse". Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan boleh menggangu aktiviti harian seperti bekerja atau hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar ini adalah kemurungan yang serius.


Tanda-tanda kemurungan.

Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.

Anda hilang minat melakukan aktiviti harian, tidak mahu bersosial dan sebagainya. Ataupun kehilangan perasaan untuk bergembira.

Tidur anda tidak teratur, samaada sukar untuk tidur atau tidur terlalu lama

Mudah untuk marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda

Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara

Sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.



5 kaedah atasi kemurungan

Amalkan perhubungan atau pergaulan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tersayang seperti suami/isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.

Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari akan memberikan impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental kita. Dengan bersenam kita akan berasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari mendatang. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.

Berfikir secara positif adalah suatu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan atau kebosanan dalam hidup anda, Cari beberapa perkara yang boleh membuatkan hidup anda lebih gembira dan ceria.

Amaklan diet pemakanan yang seimbang. Kerana terlebih makan atau sebaliknya pasti memberikan impak yang negatif kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang dan sedikit makanan tambahan yang kaya dangan Vitamin B. Boleh ikut cara aku menguruskan tekanan atau kemurungan ni dengan mengambil Shaklee B Complex secara tetap setiap hari, kenapa Shaklee B Complex..? Kerana ianya lengkap dengan 8 jenis Vitamin B. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus bagaikan kerenga kerana ia akan membutkan anda tertekan dan tidak bertenaga.

B Complex ni salah satu vitamin yang aku mesti makan hari-hari..

Tingkatkan penampilan anda, sekiranya anda betul mengambil berat cara pemakaian anda dan penampilan setiap hari, pasti anda akan merasa lebih selesa dan gembira apabila menjadi diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan jelita, ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.

Jadi, jangan nak murung-murung sangat.. hidup ni sekali sahaja, mesti mahu ceria dan gembira..

Friday, April 14, 2017

8 Cara Berlari Dengan Betul


1. Biarkan tangan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke hadapan sikit.

3. Rehatkan rahang dah bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung. Ambil nafas secara perlahan-lahan.

4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut boleh dibengkokan sebaik kaki mencecah tanah.


5. Pastikan anda berlari diatas permukaan yang selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.

6. Untuk larian yang baik, anda perlukan sekurang-kurangnya seorang rakan untuk berlari bersama. Pastikan sabahat itu adalah seorang yang boleh memberikan anda semangat untuk terus berlari.

7. Pemakaian kasut yang sesuai dan selesa adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran larian anda disamping boleh mengurangkan kecederaan semasa berlari.


8. Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana atau sedikit perlahan. Ingat bahawa anda perlu menyimpan tenaga anda untuk berlari lama atau jauh.

So, dah tahu cari berlari dengan betul.. Mari kita mulakan larian hari ini juga..

Thursday, April 13, 2017

Mungkinkah Stinky

Jom layan lagu lama tahun 1969.. Lagu best dari seberang.. Indonesia.. Layankan jek lirik lagu ni..


Mungkinkah by Stinky


Tetes air mata basahi pipimu
Di saat kita kan berpisah
Terucapkan janji padamu kasihku
Takkan kulupakan dirimu
Begitu beratnya kau lepas diriku
Sebut namaku jika kau rindukan aku
Aku akan datang

Mungkinkan kita kan slalu bersama
Walau terbentang jarak antara kita
Biarkan kupeluk erat bayangmu
Tuk melepaskan semua kerinduanku

Lambaian tanganmu iringi langkahku
Terbersit tanya di hatiku
Akankah dirimu kan tetap milikku
Saat kembali di pelukanku

Begitu beratnya kau lepas diriku
Sebut namaku jika kau rindukan aku
Aku akan datang

Mungkinkan kita kan slalu bersama
Walau terbentang jarak antara kita
Biarkan kupeluk erat bayangmu
Tuk melepaskan semua kerinduanku

Kau kusayang
Slalu kujaga
Takkan kulepas selamanya
Hilangkanlah
Keraguanmu pada diriku
Di saat kujauh darimu