Wednesday, April 19, 2017

Pengaruh Warna Dalam Kehidupan


Warna memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dimana merah selalu dikaitkan dengan budaya Cina. Hijau pula dikaitkan dengan budaya keagamaan dalam islam. Puti melanbangkan kebersihan dan kesucian. Hitam menunjukkan elegan. Selain itu hitam juga boleh membawa maksud kemurungan dan kematian.

Warna juga boleh menjadi simbolik dalam sesuatu acara atau perkara. Sebagai contoh warna kuning selalu dikaitkan untuk golongan DiRaja dan kerabat. Akan tetapi warna kuning juga selalu menjadi simbolik dalam dunia persilatan.

Warna coklat misalnya, lebih ke arah sifat vernakular dan tradisional manakala warna yang pelbagai dan terang pula digunakan untuk sesuatu yang lebih moden dan futuristik. Di MAlaysia khususnya, rata-rata masyarakat agak gemar memilih warna yang pelbagai samaada dalam pemilihan warna kereta mahupun pakaian.



Warna memainkan pernanan menampakkan penampilan yang lebih bergaya dan elegen. Seharusnya kita memilih pakaian dengan warna yang bersesuaian dengan tubuh badan kita, agar kita kelihatan lebuh cantik dan menawan. Warna juga berperanan dalam menarik minat pasangan berlawanan ke arah kita selain menunjukkan penampilan imej yang bersih dan menawan.

Ramai diantara kita yang tahu  bahawa warna boleh membuatkan kita lebih yakin dengan diri sendiri dan juga membutkan kita sebaliknya sekiranya seseorang itu salah memilih warna yang sesuai untuk diri kita. Sebenarnya masih ramai diantara kita yang tidak mengetahui bahawa warna yang dipakai mampu menarik perhatian atau minat seseorang yang mungkin kita tidak kenali.

Kita wajar melihat diri kita di cermin dengan warna baju yang dikenakan ke atas badan klita. Ada pendapat mengatak warna putih dan hitam adalah warna yang selamat dalam segi etika berpakaian. tetapi warna putih atau hitam juga boleh menenggelamkan seseorang dikhalayak ramai. Cara terbaik adalah minta pandangan pasangan anda, rakan atau kalau boleh daari pakar perunding imej bagi memilih warna dan fesyen yang bersesuaian dengan inej kegemaran kita.

Adalah sebaiknya warna di badan kita mestilah kurang daripada 3 warna. Pemilihan febrik yang sesuai dan mampu dipadankan dengan pelbagai aksoseri dan hiasan mampu menaikkan seri wajah dan ketrampilan seseorang. Pemilihan pakaian yang telalu mahal tidak semestinya menampakkan seseorang elegen tetapi pakaian yang sederhana dan sebagainya mampu merealisasikan impian seseorang untuk kelihatan lebih cantik dan menarik..

So, jangan pula ada yang pakai pakaian ala-ala badut datang ke pejabat hari ni ye.. 



Tuesday, April 18, 2017

Risiko 4 Penyakit Jika Badan Terlalu Kurus

Lelaki mana yang tidak mengidamkan badan yang tegap, kurus dengan perut six pack..? Pastinya semua lelaki ingin memiliki tubuh sebegitu..


Tapi, kamu tidak tahu jika badan terlalu krurus, kamu berisiko diserang penyakit. Jangan ingat mereka yang gemuk sahaja boleh menjadi magnet penyakit. 

Kalau kamu biasa timbang berat badan, pastinya kamu akan tahu yang Body Mass Index (BMI) iaitu kiraan berat badan idel dengan ketinggian kamu adalah sekitar 20 hingga 25. Jika lebih daripada 25, anda adalah obes. Manakala jika kurang daripada 18.5 pula anda dianggap terlalu kurus..


Ini adalah antara 4 penyakit yang mungkin orang kurus boleh hidapi.

Serangan Jantung

Jangan ingat orang gemuk sahaja boleh kena serangan jantung, orang kurus juga berisiko. Orang kurus lebih cenderung berasa kurang sihat kerana berasakan mereka tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak perlu bersenam. 
Harus kita tahu, lemak orang gemuk membonjol terutama pada bahagian perut, tetapi lemak orang kurus tertampal pada bahagian jantung dan hati.

Kerap Letih

Mejoriti orang kurus akan kerap merasa letih. Fenomena kekurangan tenaga ini merupakan petanda awal penyakit seperti anemia atau kekurangan darah. Selain Letih, petanda penyakit anemia lain selalu sakit kepala dan mudah semput.

Kurang Subur

Badan orang yang terlalu kurus juga boleh menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. 

Tulang Reput

Mejoritibdikalangan kita terlalu risau dengan perkataan lemak. Takus sangat menjadi gemuk sehingga tidak sedar lemak bukanlah segala-galanya. Kebanyakannorangbkurus tudak sedar yang mereka biasanya akan mengalami madalah kepadatan tulang hingga menyebabkan mereka diserang osteoporosis. Ini terjadi kepada mereka yang terlalu kurus kerana apabila badan mereka tidak mempunyai lemak, badan tidak dapat menghasilka estrogen yang mencukupi hingga mengakibatkan tulang menjadi reput.

Maksudnya, selepas ini sila berpada-padalah memasang impian untuk kurus semata-mata nak bergaya dengan pakaian dengan potongan slim fit.. Silap haribulan, penyakit yang datang..


Kurus Tidak Bermakna Anda Sihat


Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang yang gemuk.

Mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Keadaan ini lebiih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka lebih sihat kerana tidak gemuk.


Orang yang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, akan tetapi menjadi orang kurus dan tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Jika mahu kelihatan kurus, diet sudah mencukupi. Akan tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah merupakan komponen gaya hidup yang paling penting.

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak memakan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam. Tetapi jumlah makanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Menjadi orang kurus tidak semestinya mereka kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko kepada serangan jantung.

Merekak yang memiliki jisim berat banan yang normal juga boleh memiliki tahap lemak tersimpan yang memeranjatkan.


Oleh yang demikian, untuk kelihatan kurus, sihat dengan berat badan yang normak, senaman dan pemakanan seimbang adalah penyelesaiannya..

Monday, April 17, 2017

Melompat Untuk Kurus

Bila kali terakhir anda bersenam dengan menggunakan tali skip.? Jangan sesekali pandang rendah pada tali skip. Walaupun ianya murah, tapi ia mampu membakar lebih banyak kalori dapirpada yang anda fikirkan.

Tahukah anda, melompat menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif.



Dianggarkan 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi melompat menggunakan tali skip dalam tempoh 10 minit, manakala 1000 kalori boleh terbakar jika melakukannya dalam tempoh satu jam.

Senaman tali skip ini mampu membaiki sistem kordiovaskular, memberikan stamina, fleksibaliti dan membina koordinasi dengan lebih baik dan berkesan menerusi gabungan minda dan kemahiran secara serentak.

Ia juga senaman yang berkesan bagi menguatkan tulang, otot paha, pinggul dan betis selain meningkatkan paras kalsium sekali gus membantu mencegah osteoporrosis.

Beberapa tips ketika melakukan senaman menggunakan tali skip.
  • Lakukan aktiviti regangan dan pergerakan memanaskan badan sebelum memulakan senaman melompat menggunakan tali skip
  • Pegang kedua-dua hujung tali di antara ketiak dan siku lalu pijak ia bagi memastikan atau mendapatkan ukuran yang sesuai dengan ketinggian anda.
  • Cuba untuk melompat hingga ketinggian tidak melebihi 30 sentimeter
  • Mendengar muzik sambil melompat juga sesuatu yang baik
  • Bagi menguatkan otot kaki, selalu melompat dengan menjengketkan kedua-dua belah kaki dan melompat setempat
  • Tukar cara melompat daripada sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat bagi mengelakkan penat atau bosan.
  • Jika penat, perlahankan pusingan tali dan pastikan tumit kaki diletakkan ke lantai sebelum melompat semula
  • Lakukan aktiviti regangan penyejukan badan bagi memastikan tiada kecederaan berlaku.
Apa tunggu lagi, segeralah melompat tali skipping..

Sunday, April 16, 2017

5 Kaedah Atasi Kemurungan


Kemurungan adalah keadaan dimana seseorang akan merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, ketiadaan motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Sekiranya perasaan itu hadir untuk seketika, ia mungkin sekadar "the bluse". Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan boleh menggangu aktiviti harian seperti bekerja atau hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar ini adalah kemurungan yang serius.


Tanda-tanda kemurungan.

Anda terasa hilang harapan dan tidak mampu ditolong. Kehidupan nampak gelap dan terasa seperti tiada apa-apa yang mampu memperbaiki situasi tersebut.

Anda hilang minat melakukan aktiviti harian, tidak mahu bersosial dan sebagainya. Ataupun kehilangan perasaan untuk bergembira.

Tidur anda tidak teratur, samaada sukar untuk tidur atau tidur terlalu lama

Mudah untuk marah dan sentiasa rasa tidak senang. Mungkin anda akan bertindak ganas kerana tahap tolak ansur berkurangan. Semua benda/semua orang nampak seolah-olah sengaja menaikkan kemarahan anda

Tidak boleh fokus dan tidak boleh mengingati sesuatu perkara

Sering pening dan sakit-sakit di badan seperti sakit belakang, sakit perut, sakit otot dan sebagainya.



5 kaedah atasi kemurungan

Amalkan perhubungan atau pergaulan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tersayang seperti suami/isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.

Melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari akan memberikan impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental kita. Dengan bersenam kita akan berasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari mendatang. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.

Berfikir secara positif adalah suatu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif, tiada harapan atau kebosanan dalam hidup anda, Cari beberapa perkara yang boleh membuatkan hidup anda lebih gembira dan ceria.

Amaklan diet pemakanan yang seimbang. Kerana terlebih makan atau sebaliknya pasti memberikan impak yang negatif kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang dan sedikit makanan tambahan yang kaya dangan Vitamin B. Boleh ikut cara aku menguruskan tekanan atau kemurungan ni dengan mengambil Shaklee B Complex secara tetap setiap hari, kenapa Shaklee B Complex..? Kerana ianya lengkap dengan 8 jenis Vitamin B. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus bagaikan kerenga kerana ia akan membutkan anda tertekan dan tidak bertenaga.

B Complex ni salah satu vitamin yang aku mesti makan hari-hari..

Tingkatkan penampilan anda, sekiranya anda betul mengambil berat cara pemakaian anda dan penampilan setiap hari, pasti anda akan merasa lebih selesa dan gembira apabila menjadi diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan jelita, ia pasti akan membuatkan anda lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.

Jadi, jangan nak murung-murung sangat.. hidup ni sekali sahaja, mesti mahu ceria dan gembira..

Friday, April 14, 2017

8 Cara Berlari Dengan Betul


1. Biarkan tangan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke hadapan sikit.

3. Rehatkan rahang dah bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung. Ambil nafas secara perlahan-lahan.

4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut boleh dibengkokan sebaik kaki mencecah tanah.


5. Pastikan anda berlari diatas permukaan yang selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.

6. Untuk larian yang baik, anda perlukan sekurang-kurangnya seorang rakan untuk berlari bersama. Pastikan sabahat itu adalah seorang yang boleh memberikan anda semangat untuk terus berlari.

7. Pemakaian kasut yang sesuai dan selesa adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran larian anda disamping boleh mengurangkan kecederaan semasa berlari.


8. Mulakan larian anda dengan kadar yang sederhana atau sedikit perlahan. Ingat bahawa anda perlu menyimpan tenaga anda untuk berlari lama atau jauh.

So, dah tahu cari berlari dengan betul.. Mari kita mulakan larian hari ini juga..

Thursday, April 13, 2017

Mungkinkah Stinky

Jom layan lagu lama tahun 1969.. Lagu best dari seberang.. Indonesia.. Layankan jek lirik lagu ni..


Mungkinkah by Stinky


Tetes air mata basahi pipimu
Di saat kita kan berpisah
Terucapkan janji padamu kasihku
Takkan kulupakan dirimu
Begitu beratnya kau lepas diriku
Sebut namaku jika kau rindukan aku
Aku akan datang

Mungkinkan kita kan slalu bersama
Walau terbentang jarak antara kita
Biarkan kupeluk erat bayangmu
Tuk melepaskan semua kerinduanku

Lambaian tanganmu iringi langkahku
Terbersit tanya di hatiku
Akankah dirimu kan tetap milikku
Saat kembali di pelukanku

Begitu beratnya kau lepas diriku
Sebut namaku jika kau rindukan aku
Aku akan datang

Mungkinkan kita kan slalu bersama
Walau terbentang jarak antara kita
Biarkan kupeluk erat bayangmu
Tuk melepaskan semua kerinduanku

Kau kusayang
Slalu kujaga
Takkan kulepas selamanya
Hilangkanlah
Keraguanmu pada diriku
Di saat kujauh darimu

5 Tips Marathon Untuk Amatur

Jika anda masih baru dalam acara larian jarak jauh atau marathon, banyak yang perlu anda pelajari untuk terus berjaya.. Ikuti 5 tips mudah ini, anda pastinya akan sampai kegarisan penamat dengan perasaan yang berbunga-bunga..



Bina Stamina Sedikit Demi Sedikit 

Latihan untuk persediaan Marathon perlulah dibuat sedikit demi sedikit. Setiap kali berlatih atau berlari, tambahkan jarak larian anda.. Mungkin anda bermula dengan jarak 1Km pada sesi pertama dan gandakan jarak kepada 2Km pada sesi latihan seterusnya.. Dan begitulah seterusnya hingga anda mencapai jarak Kilometer yang akan anda lakukan pada hari marathon nanti.. Latihan yang sedikit tapi konsistan akan menjadikan anda lebih kuat dan dapat berlari lama, tanpa mengalami risiko cedera atau pancit..

Tukar Kasut 



Kasut yang sudah lama atau rosak atau sempit boleh mengakibatkan kecederaan, jadi jangan berlengah untuk tukar kasut anda.. Berbelanja lebih sedikit untuk dapatkan kasut yang paling selesa untuk berlari adalah lebih baik daripada anda mengalami kecederaan ketika berlari disebabkan kasut yang tidak sesuai dan selesa..

Pergi Jauh



Pastikan anda berlari pada jarak yang jauh untuk mendapatkan stamina. Tetapkan fokus anda pada jarak ataupun kilometer yang anda ingin tamatkan dan bukan kepada kelajuan atau masa yang akan anda ambil untuk tamatkan larian. Adalah lebih baik anda berehat dari berlari dan mula berjalan hingga ke garisan penamat daripada anda pancit ditengah jalan..

Makan Dan Minum Sambil Berlari

Anda perlu menambah tenaga setiap 30 hingga 45 minit semasa berlari marathon. Jadi semasa anda berlatih berlari jarak jauh, cuba anda buat uji kaji dengan pelbagai jenama dan perisa minuman tenaga, gula-gula ataupun energy/cereal bars untuk menetahui yang mana satu sesuai untuk perut anda.. Tapi kalau anda nak cuba minuman tenaga yang aku ambil boleh juga, suatu minuman tenga yang aku tidak akan tukar ganti untuk melengkapkan larian marathon aku.. Shaklee Performance Drink adalah minuman rasmi aku sebelum, semasa dan selepas berlari atau marathon..


Jangan Degil, Badan Kita Bukan Getah

Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan jika keperitan yang anda alami di awal-awal permulaan larian, keperitan semakin hilang apabila anda terus berlari. Tapi, jika anda mengalami kesakitan yang berterusan atau semakin teruk sekiranya anda meneruskan larian, sila berhenti dan segeralah berjumpa dengan doktor. Jangan lupa untuk peruntukkan waktu rehat dalam jadual larian anda.. Jangan terlalu memaksa diri untuk terus berlari..

So, jangan takut untuk berlari.. Apa yang penting, kita kena belajar cara yang betul untuk berlari dalam marathon..

Selamat Berlari..


Sukan Dart Untuk Semua

Tamatlah sudah acara sukan dart tertutup CKE Johor.. Rasanya juara keseluruhan disandang oleh Rumah Merah.. Rumah Hujau hanya tempat kedua & ketiga untuk Rumah Kuning.. Berapa pungutan pingat aku tak sempat nak ambil tahu, sebab acara beregu yang aku masuk hanya di tempat keempat daripada enam beregu yang berentap.. Kecewa sedikit, tapi itulah adat pertandingan.. Yang kalah tetap kalah.. adoiiii.. Tiada alasan yang munasabah untuk menidakkan kekalahan kali ini..

Terima kasih kepada barisan player dart rumah hijau,

Single Lelaki :
En Napi
En Daim
En Azman

Single Wanita :
Pn Ros
Cik Amira

Beregu Wanita :
Pn Zirah
Cik Cha

Beregu Lelaki 1:
En Rozni
Aku

Beregu Lelaki 2 :
En Ady
En Zul Salleh

Four Sum :
En Ijan
En Zul
En Zaman
En Epul

Tahniah kepada semua kerana sama-sama menjayakan sukan tertutup kali ini.. Tiada kata dapat menggambarkan kegembiraan atas sambutan yang sangat menggalakkan ini.. Apa-apa pun, kita teruskan semangat kesukanan ini untuk acara sukan mendatang..

Akhir kata, marilah berkongsi kegembiraan.. korang layan jek ar ye gambar-gambat yang aku ambil ni.. maaflah ada game yang aku x sempat snap gambar tadi..


Four Sum : En Ijan, En Zul, En Zaman & En Epul

Regu Lelaki : 1 En Rozni

Kegembiraan selepas menumpaskan lawan di saingan awal

Regu Lelaki 2 : En Ady & En Zul Saleh

Regu Wanita Pn Zirah & Cik Cha

Cik Cha dengan gayanya yang tersendiri

Fokus En Zaman dalam Four Sum pusingan kedua

Single Wanita 1 : Pn Ros

Single Wanita 2 : Cik Amira

Semi Final Regu Lelaki 2 : En Zul Saleh masih tetap fokus walau pun hatinya dah kat Kampung..

En Ady juga masih lagi fokus walaupun sudah mengadu sakit badan kerana terlalu lama berdiri

Wednesday, April 12, 2017

Sarapan Untuk Terus Hidup Sihat

Sarapan apa pagi ni..? Aku balik dr kerja semalam dah order kat wife nak sarapan apa pagi hari ni.. Alhamdulillah, masakan wife aku memang terbaik di alam semesta.. Pasta kegemaran aku, kalau dapat makan pasta hari-hari pun aku tak kisah.. hahahah sebab aku suka pasta..


Ringkas jek pasta wife aku masak ni, main campak-campak jek bahan apa yang ada kat dalam peti ais tu.. Rupa pasta tak penting, yang penting rasa.. Kalau nak tahu bahan-bahannya, aku tak boleh nak cerita ar, sebab yang aku tahu makan jek.. heee


Sarapan sangat penting untuk teruskan kehidupan, jangan lengahkan sarapan pagi ye kawan-kawan.. Alhamdulillah aku dah kenyang dah, sekarang masanya untuk aku mula bekerja.. Tapi sebelum tu ambil mood dulu update blog..

Macam biasa, jangan lupa untuk terus makan makanan sihat.. Makanan paling sihat aku adalah Supplement Shaklee.. 


Siapa tahu apa nama vitamin-vitamin yang aku makan ni..? Yang pastinya Vitamin ni made by Shaklee..

Selamat Sarapan Pagi Semua..

Faedah Bersukan Kepada Pengamalnya

Bersukan adalah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh dari tubuh badan kita. Malah kerajaan menggalakkan kita sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Zumba katanya..

Antara faedahnya adalah dapat menyihatkan tubuh.. Apabila kita bersukan atau melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, main badminton, membaling dart atau memanah dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan itu bermaksud berlakunya pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya badan kita akan terasa lebih segar dan tidak lesu untuk meneruskan aktiviti sepanjang hari.


Seterusnya, dengan bersukan kita dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin juga dapat menambah kenalan baru. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjogging di taman, kita akan bertegur sapa dengan orang sekeliling yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum.

Entah bila lagi nak berkumpul macam ni..
Selain itu bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang yang bermanfaat. Sesi latihan permainan atau riadah biasanya dilakukan di waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan sukan atau beriadah dapat menghindarkan diri dari terjebak dalam gejala sosial yang negatif.

Kesimpulannya, kita tidak akan rugi apa pun jika kita aktif bersukan. Jadi marilah kita bersukan secara sihat..

Sukan paling best aku pernah buat.. drift di padang pasir..
Dan esok adalah hari penentuan Sukan Dart di pejabat aku, semoga Rumah Hijau mendapat kejayaan yang cemerlang.. Selamat berjuang Dart Player.. 

Tuesday, April 11, 2017

Manjakan Mata Untuk Terus Nikmati Anugerah Terindah Ini

Tidak kira apa sahaja senaman yang kita buat semuanya adalah bagus untuk kesihatan.

Tidak terkecuali jika kita melakukan senaman mata. Ia bagus untuk menguatkan kesihatan mata seterusnya menjadikan penglihatan lebih jelas, kurang silau dan penglihatan kembali seperti baru.


Ada beberapa cara untuk melakukan senaman mata, antaranya adalah dengan Mengelipkan Mata. Berkelip mata selalunya senaman mata yang ramai orang terlepas pandang kerana ia terlalu mudah untuk dilakukan. Dengan berkelip mata ia mampu mengekalkan kesegaran mata dan dapat memberi sepenuh tumpuan untuk jangka masa yang panjang.

Caranya sangat mudah, setiap 3 - 4 saat pejamkan mata dan lakukan ia selama 2 minit.. Siap.. Mudah sangat kan.. Selepas selesai melakukan senaman mata ini, perhatikan rasa mata kita. Adakah anda rasa mata anda tegang, tenag atau letih..?


Selepas tu, cuba pula anda kelipakan mata selama 30 saat sekali dalam tempoh selama 2 minit. Adakah anda ada rasa perbezaannya..?

Sebenarnya setiapkali kita mengelip mata, kita tentunya akan berada dalam kegelapan dalam tempoh masa singkat yang mana ia banyak membantu untuk kita merehatkan mata daripada terus menyerap cahaya lantas ia mengurangkan ketegangan pada mata..


Cara lain adalah dengan menggunakan tapak tangan. Melakukan senaman ini akan mengurangkan rangsangan kepada mata dan otak. Untuk melakukan senama ni, anda harus duduk di kerusi dengan selesa dan gosokkan kedua-dua tengan anda bersama-sama sehingga terasa hangat kemudian tutup kedua-dua mata anda dengan tangan dan pastikan tiada cahaya yang boleh masuk menerusi jurang antara jari.

Ambil nafas dalam-dalam dan secara perlahan fikirkan sesuatu yang menyenangkan anda seperti pantai yang indah, tasik yang jernih atau gunung yang dingin.. heheheh dan ulang senaman ini selama 3 minit atau lebih..

Yang terakhir mungkin anda boleh cuba senaman dengan fokus pada objek yang jauh dan dekat. Ini juga merupakan senama yang mudah dan boeh dibuat pada bila-bila masa dan dimana jua.. Caranya sangat mudah samaada anda mahu duduk atau berdiri, ikut ar mana yang anda selesa.


Letakkan ibu jari di hadapan lebih kurang 10 inci daripada mata dan beri tumpuan pada jari, selepas itu tumpukan pula pandangan anda pada objek lain yang berada dalam 10 hingg 20 kaki di hadapan kita. Mudah kan..? Senaman ini hanya mengambil masa 2 atau 3 minit sahaja.

Bagi memastikan senaman anda itu berkesan, pola pemakan juga memainkan peranan penting untuk kesihatan mata.. Orang tua-tua kata, kalau nak mata sihat kena banyak makan lobak merah.. Betul ar tu, sebab lobak merah antara makan yang kaya dengan sifat anti-oksidan.


Sekarang ni lagi mudah dengan adanya Shaklee CarotoMax kerja penjagaan mata semudah ABC..



Tekanan Darah Tinggi Dan Bagaimana Ianya Berlaku


Tekanan darah tinggi adalah berbeza bagi setiap individu. Antara faktor yang menjadikan tekanan darah menjadi tinggi adalah kerana budaya hidup yang kurang aktif, merokok, paras kolesterol tinggi, mengambil makanan yang tinggi kandungan garam dan juga keturunan. Selain itu berat badan yang berlebihan dan peningkatan umur juga menjadi antara punca penyakit darah tinggi.

Sebenarnya penting untuk kita menjalankan pemeriksaan berkala untuk mengetahui tahap tekanan darah kita berada ditahap normal atau sebaliknya. Kadang kala kurang tidur dan stres juga boleh menyumbang kepada berlakunya tekanan darah menjadi tinggi.

Seorang pesakit darah tinggi akan sering berasa tidak sihat. Secara tidak langsung ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mentalnya.

Tanda-tanda awal penyakit darah tinggi adalah seperti sakit kepala, pening, penglihatan kabur, loya, muntah, sakit dada juga mudah semput.

Jika anda kerap mengalami tanda-tanda seperti di atas ataupun ada ahli keluarga yang mengalami tanda-tanda tersebut, eloklah membuat pemeriksaan lanjut bagi memastikan bahawa tekanan darah anda berada pada tahap yang normal.


Memang bahaya jika tekanan darah terlalu tinggi hingga tidak dapat dikawal kerana ia boleh menjadi penyebab kepada komplikasi penyakit yang lain seperti serangan jantung, angin ahmar atau strok, komplikasi mata (dimana boleh berlaku pendarahan dalam mata) dan juga komplikasi buah pinggang.

Jika pemeriksaan menunjukkan bacaan yang tinggi, maka langkah-langkah penjagaan awal perlu diutamakan seperti rajin bersenam, mula mengambil makanan yang seimbang dah sihat, mengurangkan pengambilan makan bergaram juga berkolesterol tinggi, berhenti merokok jika anda adalah seorang perokok dan berusaha untuk kurangkan berat badan jika berlebihan.

Alhamdulillah, walaupun saya tahu tekanan darah saya masih berada pada tahap yang normal, tapi saya tetap menjaga pemakanan saya bagi mengelak saya termasuk dalam golongan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi ini..


Kalau dulu saya mengamalkan memakan supplement Shaklee OmegaGuard untuk memastikan tekan darah dah tahap kolesterol saya rendah atau normal. 

Tapi kini saya telah beralih kepada pengambilan Shaklee Vivix kerana ianya lebih berkesan dan sangat terbaik.. 

Jika anda tergolong dalam kumpulan  yang berisiko terhadap tekanan darah tinggi, cubalah Shaklee OmegaGuard atau Shaklee Vivix, anda pasti teruja akan keberkesanannya dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan anda..


Nak cuba @ perlu khidmat nasihat..? Call @ Text saya +60197115995