Tuesday, January 10, 2017

Jelajah 500 Kilometer dalam 100 hari..

Masa diperlukan 100 hari untuk sampai ke distinasi sejauh 500 kilometer dengan berjalan juga berlari.. Kenapa tidak berkenderaan..? Bukan tiada kereta, tapi yang pastinya tiada motorsikal bukan basikal.. Kenapa berjalan juga belari, jawapannya.. Virtual Run, Death Race 500Km.. 


Death Race Poster
Saja nak cuba sesuatu yang baru, lain dari yang lain katanya.. peraturannya mudah, hanya daftar, tunggu pengesahan pendaftaran dan mulalah berjalan atau berlari..

Pendaftaran aku buat pada 1 Oktober 2016 dan 3 Oktober bermulalah perjalanan aku menuju distinasi 500Km.. Berbekalkan bid nombor 5123.. heheh bila dapat bid pun dah rasa seronok, belum dapat medal dan baju finisher lagi tu..


Nanti aku nak Print & frame kan bid ni

Tengok medal DR500Km ni biasa-biasa jek, tapi aku nampak ada sesuatu yang istimewa disebalik medal tu.. Cuba korang perhati medal tu dalam-dalam, selami jiwa mereka.. Bagimana untuk berjaya tamatkan cabaran 500Km dalam masa hanya 100 hari..

Biasa jek Muka Medal ni..
Bukan 5KM atau 50KM tapi 500KM..
Sebenarnya ada yang lagi hebat, kurang 30 hari boleh tamatkan cabaran 500Km.. Ini Ultramen jek yang boleh buat..

Top 5 Finisher

Semalam dah dapat dah baju finisher 500Km dan medal.. tapi belum sempat sarung lagi.. masih bergantung kat rumah tu.. emmm bila nak pakai eah..? Sebab lain kenapa aku join VR ni mungkin sebab baju ditaja oleh Ultron kot.. heheheh

Ini baju Finisher dan medal aku.. 

Micro-dry t-shirt by Ultron
Tengah intai-intai untuk join VR 1000Km pula.. hahahah nak habiskan 500Km dlm 100 hari pun macam nak nangis.. Kalau 1000Km confirm nangis dulu baru dapat habiskan cabaran..

Aku bermula sekitar 3 Oktober dan berakhir pada 8 January.. Aku buat 33 jumlah larian untuk dapat 513.8 Km dan purata satu sesi larian adalah 15km hingga 16km. Misi 800KM Tahun 2017 baru saja bermula.. Jauh lagi perjalanan mencapai misi..

Catitan Jelajah 500KM bermula






Dibuka semula selepas seminggu ditutup..

Selamat tahun baru, masih belum terlambat rasanya.. Hari ni hari kesepuluh tahun 2017, baru lagi kita meraikan tahun baru 2017 dan meninggalkan tahun 2016..

Masih ingat lagi, 31 Disember lepas aku telah ditaja untuk berlari di Johor Countdown Run 2016 oleh 1000 Adventure Berhad..!! Ya, pertama kali dalam sejarah penglibatan aku dalam larian Marathon dan aku ditaja.. Walaupun hanya sekadar tajaan yuran pendaftaran sahaja, namun ianya adalah suatu nikmat yang harus disyukuri..

Johor Countdown Run 2016 (JCR16) berlangsung di Kompleks Sukan Educity di Iskandar Puteri, 3 kategori disediakan untuk para pelari iaitu kategori 5Km, 10Km dan 21Km.. Aku sepertimana biasa akan cuba berlari pada kategori 21Km, bergantung kepada bentuk muka bumi sepanjang treak larian.. Rekod larian setakan ni untuk jarak 21Km adalah 2 jam 45 minit dan beberapa saat.. heheheh

Kolam Renang di Kompleks Sukan Educity
Sebenarnya ada udang sebalik batu kenapa aku pilih untuk berlari dalam kategori 21Km pada JCR16 lepas, separuh daripada laluan 21Km tu adalah kawasan seliaan senggaraan lampu jalan aku.. So, buat pertamakalinya aku meronda lampu jalan sambil berlari.. Kalau sebelum ni aku meronda lampu jalan dibawah seliaan aku tu dengan menaiki kereta, tapi pada malam 31Disrmber lepas aku meronda lampu jalan sambil berlari.. hahahah seronok wooo.. 

Habuan menanti untuk para Finisher 21Km adalah medal dan sehelai baju tajaan Ultron selain goodies bag yang isinya juga agak menarik..

Muka depan Medal JCR2016

Belakang Medal dengan tulisan Finisher 21KM
Selesai acara larian di malam tahun baru, seminggu selepas tu aku berlari lagi di Iskandar Puteri, kali ni garis mula dan taman di Puteri Harbour.. Di sini terletaknya family theme park iaitu Sanrio Hello Kitty Town. Kalau berkelapangan, bolehlah bawa anak-anak ke sini. Okey, oleh kerana minggu sebelum tu aku dah berlari pada jarak 21Km, so malam ni aku cuma berlari untuk kategori 12Km sahaja..

Inilah tempatnya, Puteri Harbour
Tiga bulan sebelum Men Health Women Health Night Run Johor berlangsung aku dah mendaftar, nak menunggu hari kejadian punyalah lama.. hoooo sampai menghitung hari..

Alhamdulillah hari yang di tunggu kunjung tiba.. MHWH Night Run Johor berlangsung dengan meriahnya.. Walaupun aku datang bersendirian, tapi yang penting kegembiraan mengiringi aku berlari.. 12Km aku habiskan dalam masa 1 jam 13 minit.. Aku lari tak laju..

Simple jek Medal MHWH Night Run Johor ni..

12Km Finisher, utk permulaan tahun baru 2017
Ada sebab sebenarnya kenapa aku hanya masuk kategori 12Km bukannya 21Km dan kenapa bukan 5Km.. heheheh memandangkan MHWH Night Run Johor ni tak sediakan baju finisher utk kategori 21Km, aku ambil keputusan untuk lari dalam kategori 12Km sahaja.. Untuk jarak 10Km dan kebawah sekarang aku dah kategorikan ia sebagai Fun Run sahaja..

Okey'lah.. penutupan tahun 2016 dengan larian malam 21Km dan pembukaan tahun 2017 dengan larian malam 12Km.. Cuma sempat berehat seminggu, lepan ni lagi 6 minggu aku sambung lari dalam event yang dianjurkan oleh student UTM Skudai.. 


Larian Amal untuk IJN, berlari sambil beramal.. jom, masih boleh daftar lagi rasanya ni..

Monday, January 9, 2017

Memori Pokok Chery..


Duluu zaman tu umur aku baru 10 tahun agaknya.. masa tu aku tinggal di kampung.Kampung Takis Papar. Aku suka sangat singgah rumah MAkcik aku yang seorang ni, nama glamour Babu Tijah. Sebab kat halaman rumah dia ada banyak pokok bunga, pokok buah dan macam-macam jenis pokok lagi lah.. Antara pokok yang aku suka adalah pokok chery.

Fizikalnya pokok chery ni rendah jek, mudah nak panjat dan kalau jatuh pun boleh senyum-senyum lagi ar..

Pokok Chery daun sampai ke lantai..

Kalau korang asal dari kampung aku pasti korang kenal benar dengan pokok chery ni..

Semalam tengah aku sibuk jadi mandur tunggu orang angkut lampu, terperasan pula ada pokok chery kat depan stor lampu tu.. emmm jom ar tinjau-tinjau kot ada buah yang boleh dituai..

Ini jek yang paling merah

Salah Fokus.. hahaha
Selepas 20 tahun lebih aku jumpa balik pokok ni dan dapat makan buahnya, Alhamdulillah..

Buah Chery
Jemput makan ye, buah tak banyak.. berkongsi dengan burung.. 

Sunday, January 8, 2017

Terlewat Bukan Bermakusd Tertinggal..

Minggu kedua di Sekolah Kebangsaan dan juga di Sekolah Agama. Walaupun terlewat 2 hari di Sekolah Agama tidaklah bermaksud tertinggal dalam pelejaran..

Budak-budak lain dah mula belajar di Sekolah Agama 1 January, Abg Iqi baru nak daftar masuk sekolah 2 January dan 3 January terus masuk kelas dan belajar.

Abg Iqi dengan Kereta Rasmi ke Sekolah
Alhamdulillah, mudahnya urusan pendaftaran masuk Sekolah Agama di Negeri Johor ni. Kelekaan untuk mendaftar Abg Iqi di Sekolah Kebangsaan adalah punca kenapa Abg Iqi lewat masuk ke Sekolah Agama.

Macam ni lah gayanya budak Sekolah Agama kat Negeri Johor ni, baju diluar samping didalam. nampak cool..

Ada hikmah disebalik apa  yang berlaku, aku daftarkan Abg Iqi di Sekolah Agama Kampung jek. Sepatutnya aku daftarkan Abg Iqi di Sekolah Agama yang lain, yang lebih dekat dangan Sekolah Kebangsaannya, tapi..

Sekolah Kampung
Bukan niat untuk membeza-bezakan sekolah yang itu dengan sekolah yang ini, apa yang penting segala kemudahan untuk kegunaan murid-murid tahun satu macam Abg Iqi ni senang dan selesa.

Rutin harian Abg Iqi ke Sekolah Agama, segalanya aku yang uruskan Insya Allah. Balik dari Sekolah Kebangsaan, aku dah sampai dulu depan pagar sekolah sambi menanti Abg Iqi balik.. Pejabat aku jadi transit untuk Abg Iqi makan tengah hari, solat dan bersiap ke Sekolah Agama.


Balik Dari SK
Lunch kat Office papa
Lepas lunch kita solat dan terus ke Sekolah Agama, Ibu kena rajin-rajin ar sediakan bekal utk Abg Iqi dan papa lepas ni.. 

Abg Iqi Berlari masuk ke kelas, seronok katanya pegi sekolah
Hari Pertama di Sekolah Agama, aku hantar sampai pintu kelas.. selang beberapa minit aku tinggalkan Abg Iqi di Sekolah dibawah jagaan Ustaz Md Ikmal. Terima kasih Ustaz.. Hari Kedua dan seterusnya aku hantar kat pintu pagar sekolah jek.. Berlari-larilah Abg Iqi masuk ke kelas.. Macam ada sesuatu yang seronok menanti di dalam kelas.. hahaha aku dulu tak macam tu pun..


OK, dah petang jom balik..
Selesai rutin sehari Abg Iqi di Sekolah Agama. Pergi sekolah dalam keadaan gembira balik sekolah pun masih gembira lagi.. Nampak tak, sekolah ni seronok sebenarnya. Semoga ianya berkekalan hingga taman persekolahan.

Jom balikk..

Wednesday, December 28, 2016

Dari Tadika ke Sekolah Kebangsaan..

Alhamdulillah.. Selesai sudah sesi pendaftaran masuk sekolah tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Nusantara. Hari ni adalah sesi suai kenal pelajar-pelajar yang juga merupakan hari pertama Abg Md Ziqri bersekolah dengan pakaian seragam putih biru..

Seawal 6 pagi lagi Abg Iqi dah bangun, mandi, solat dan sarapan sebelum bergerak ke sekolah.. Alhamdulillah dan semoga segala urusan Abg Iqi menuju kejayaan dipermudahkan..

Abg Iqi dan Kereta Rasmi untuk ke Sekolah

Hari ni sesi persekolahan bermula 8 pagi hingga 1130 pagi jek.. So, pegi sekolah lengang kangkung tak perlu bawa beg sekolah.. 

Bila tengok Abg Iqi bergambar tepi kereta papa A.K.A kereta rasmi ke sekolah ni teringat balik zaman-zaman aku sekolah tahun satu dulu.. hahaha mcm ni juga kot..

Abg Iqi di Dataran Perhimpunan

Sebagai pelajar yang bertubuh kecil sama seperti aku, so wajib utk Abg Iqi beratur dalam barisan pada kedudukan paling hadapan.. wajib.. aku pun dulu mcm tu juga..

Sepanjang sesi persekolahan hari ni, keadaan murid & sekolah masih terkawal, walaupun ada seorang dua anak-anak yang menjerit-jerit memanggil ayah & ibu masing2.. hehehe lumrahlah tu..

Alhamdulillah, hr ni Abg Iqi sangat tenang.. Seperti dah biasa dengan sekolah ni.. Waktu rehat tadi aku bekalkan Abg Iqi duit belanja RM5 utk berbelanja di kantin sekolah, walaupun agak sesak tapi Abg Iqi tetap tenang beratur dan beli makanannya sendiri.. Aku perhati dari jauh jek.. Aku kena biasakan keadaan macam ni, sebab Abg Iqi dah besar dah banyak yg Abg Iqi belajar..

Kelas Tingkat Satu, Duduk Pula Dekat Pintu..

Kelas Abg Iqi kat tingkat satu, duduk pula betul-betul kat tepi pintu.. amboiii dah mcm bunyi pantun dua kerat pula.. Oklah, semua urusan dah selesai hari ni, harap Ahad depan perjanjian aku ngan Abg Iqi berhasil.

Perjanjian di kantin Sekolah..

Aku : Ahad depan hingga Khamis papa hantar Abg Iqi sampai depan Kelas lepas tu papa balik, balik sekolah pukul 1 petang papa datang ambil..

lepas tu mulai minggu depan papa hantar Abg Iqi kat pintu pagar Sekolah jek, Boleh.? 

Abg Iqi : Ok, Boleh.. Abg Iqi janji..

Sekolah ni dekat sangat dengan Office aku..

Hehehe Selamat Bersekolah kepada semua Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Nusantara Gelang Patah..

Tuesday, December 27, 2016

Berlari Untuk Lebih Sihat, Kacak Dan Bergaya..

Beberapa hari menjelang Tahun Baru 2017, apa plan aktiviti sukan anda..? Alhamdulillah, setakat hari ni aku dah daftar 4 aktiviti larian Marathon sekitar Negeri Johor. Inilah satu-satunya sukan atau aktiviti yang aku boleh gerak sendiri. Tak perlu ada penyokong pun.. JUST RUN lah..

Berpagi-pagi di Dataran Helang Pulau Langkawi

2016 memberi banyak pengalaman baru dalam acara marathon ni, sebenarnya aku bermula hanya di trek larian Taman Permainan di sebelah taman perumahan tempat aku menyewa ni jek sekitar tahun 2008.. Satu pusingan trek sekitar 1.4Km. Kemuncaknya adalah pada tahun 2016, selepas pelbagai aktiviti dan sukan yang aku buat tidak mendapat sokongan yang memberangsankan daripada orang keliling.. So aku tekad untuk teruskan berlari, sebab dengan berlari aku dapat tenangkan jiwa yang kadang-kadang memberontak. hahah

Ooo alang-alang tu aku nak bagi sedikit tips yang pada aku sangat berkesan. Tips mengawal kemarahan. Kalau ada sesuatu yang membuatkan anda rasa ingin marah, segeralah pergi bersukan. Antara sukan yang paling senang nak buat bila bersendirian dan murah ni adalah Berlari dan Berbasikal. Tapi kalau tengah kerja, kat office atau kat site jangan ar tinggalkan kerja pergi berlari @ berbasikal semata2 nak mengawal kemarahan, mau dapat surat amaran dari majikan macam tu.

Manusia ni lazimnya akan ada rasa marah dan lain-lain perasaan, Alhamudulillah setakat hari ni aku sudah semakin tenang selepas banyak sangat makan B Complex. B Complex ni sangat membantu untuk mengawal tekanan sekaligus meredakan sakit kepala dan kemurungan.
B Complex - Elek Kemurungan Dan Kawal Kemarahan


Ok, berbalik ke acara larian tadi.. Apa plan tahun 2017 ni.? Aku dah daftar 3 Acara larian sehingga bulan April. Antaranya, MHWH Night Run (7/1), Balloon Run (24/2) dan Iskandar Puteri Night Marathon (1/4). Insya Allah akan banyak lagi acara larian yang aku akan masuk.

Sepatutnya JB Half Marathon 2016 adalah acara penutup untuk larian aku tahun 2016 ni, tapi rezeki jangan ditolak apabila tiba-tiba mendapat tajaan untuk berlari di Johor Countdown Run 2016. Tak pernah terfikir untuk dapat tajaan macam in, sebab kos untuk berlari dalam acara marathon ni pun bukannya murah sangat.. Tapi Alhamdulullah..

Medal Cantik Bangunan Bersejarah - JB Half Maraton 2016 21KM
Ada rakan-rakan berkata dan bertanya, biasanya aktiviti macam ni, contohnya berlari dan berbasikal ni perlukan tenaga yang lebih. Mesti ada makan tambahan yang aku ambil untuk dapatkan tenaga semaksimum mungkin untuk mengelakkan kejadian yang buruk berlaku.. Aku sangat mudah, tak perlu sampai ke China untuk cari makan tambahan atau booster energy, aku hanya ambil Performan Drink jek.. Banyak aktiviti larian aku dikuasakan oleh Performance Drink dari Shaklee. Lagi selamat dan sihat.

Baju Finisher ni yang lari 21Km je dapat..


Ok ar, jom tengok koleksi medal yang aku dah kumpul sepanjang tahun 2016 ni.. Tak banyak mana pun, baru nak berjinak-jinak dengan running event memang macam ni lah. Medal hanger pun x beli lagi.

Run 21KM

Run 11KM

Run 21KM

Run 7KM

Run 5KM

Run 5KM

Run 6KM

Run 10KM

Run 10KM

Run 5KM

Run 21KM

JDT Run 10KM

Selangor Run 10KM

Sarawak Run 10KM

Negeri Sembilan Run 10KM

Pulau Pinang Run 10KM

Perak Run 10KM

Alhamdulillah, target 500KM sepanjang tehun 2016 berjaya dicapai, target tahun 2017 pula adalah 800KM. Jika ada usaha, Insya Allah ada Kejayaan..

Berlari bukan untuk nama, tapi untuk jiwa.